MOVIE REVIEW: ANAK RIMAU THE MOVIE MEMAPARKAN REALITI SISI KEHIDUPAN ATLIT SUKAN NEGARA

Assalammualaikum semua! Anak Rimau The Movie bakal menemui anda pada 1 September 2022. Jangan ketinggalan untuk menonton filem bergenre kesukanan di pawagam berdekatan anda. Sejujurnya, apabila menonton filem Anak Rimau The Movie, Ruby berasa rindu dengan zaman sekolah. Zaman bakat kita di gilap oleh jurulatih atau cikgu Pendidikan Jasmani. 

Pengalaman Ruby tidak sama dengan pemain bola sepak. Tetapi semangat kesukanan itu tetap ada. Ruby pemain sukan hoki semasa di sekolah rendah. Masih Ruby ingat bagaimana cikgu memanggil dan bertanya. "Kamu nak main Hoki?". Dari pertanyaan begitu, Ruby terus bermain sehingga ke peringkat sekolah. Suka duka itu biarlah rahsia. Hehehehe.

MOVIE REVIEW: ANAK RIMAU THE MOVIE MEMAPARKAN REALITI SISI KEHIDUPAN ATLIT SUKAN NEGARA


MOVIE REVIEW: ANAK RIMAU THE MOVIE MEMAPARKAN REALITI SISI KEHIDUPAN ATLIT SUKAN NEGARA

Kehidupan seseorang yang minat di dalam sukan bola sepak ini bukanlah mudah jika anda bukan siapa-siapa. Untuk mendapat perhatian, anda perlu pamerkan apa kebolehan anda. Barulah pihak guru, kelab atau akademi akan menilai. Kisah di dalam Anak Rimau The Movie sememangnya jelas dengan realiti yang para atlit lalui. Bukan hanya di Malaysia sahaja. Seluruh dunia!

Birokrasi? Kegemaran? Berkepentingan? Ya itu ada. Namun, apa yang membuat anda terus bertahan di dalam komuniti bola adalah jati diri anda. Bukan senang ya ingin kekal dalam sukan. Tambahan permainan yang berkumpulan seperti bola sepak mahupun hoki yang Ruby ceburi. Walau berlainan latar belakang keluarga, kewangan dan bangsa. Kita perlu kuat semangat dan fokus untuk capai matlamat. 

Lakonan mantap Beto Kusyairy sebagai Coach Zainal Abidin memang tidak perlu disangkal lagi. Sebiji dan serupa macam coach Ruby pernah tengok. Garang di padang, tetapi di luar mesra boleh mengadu masalah. Mana yang boleh dibantu, akan coach bantu. Kebiasaannya coach sukan ni dia lebih faham isu sosial belia. Rata-rata, belia lebih mudah meluah perasaan kepada coach ni. Men to men gitu.

Lakonan para pemain bola sepak di dalam Anak Rimau The Movie sangat natural. Ini kerana, mereka memang pemain bola sepak. Ruby bangga tengok semua pemain memainkan peranan watak dengan baik sekali. Barulah nampak real kan? Mereka bermain bola sepak di atas padang memang power. Bersungguh dan berpeluh. Penat kena denda pun Ruby boleh rasa. 

Manakala watak Adam Corrie tu memang benar wujud dalam dunia sukan tau. Tetapi kerana ada ibu bapa pemain yang sudi menaja la dapat menaiktaraf barang keperluan barang pemain di padang. Contohnya masa main Hoki dulu, kami dapat sorang satu jersey bernombor dan ada nama. Bangga woiii. Hahaha. Jalan cerita filem ini jelas, sinematografi sangat cun. Rasa macam ada kat padang bola pun ya juga. Hehehe. 

Seronok main sukan ni. Cuma tulah. Jiwa kena kental. Tak boleh lemah. Dalam pasukan sendiri kalau kau lemah, macam mana nanti di atas padang semasa melawan pasukan lawan? Mau mental koyak! Kita perlu guna 100% fizikal badan, emosi pun kena seimbang. Jadi, buat kalian semua yang bersemangat menonton perlawanan bola sepak. Jom kita tonton Anak Rimau The Movie. Lihat sendiri bagaimana kepayahan mereka untuk bertahan dari Anak Rimau dan seterusnya ke Rimau Muda yang diidamkan oleh semua pemain bola sepak Malaysia. 


MOVIE REVIEW: ANAK RIMAU THE MOVIE MEMAPARKAN REALITI SISI KEHIDUPAN ATLIT SUKAN NEGARA


Terbitan: Keeklr Entertainment
Pengarah: Areel Abu Bakar
Pengedar: Keeklr Entertainment
Genre: Sukan / Drama/ Aksi
Bahasa: Bahasa Melayu
Sari Kata: English
Klasifikasi: U (Umum)
Durasi Tayangan: 143 Minit (2 Jam 23 Minit)
Tarikh Tayangan: 1 September 2022
Pelakon:  Beto Kusyairy, Idan Aedan, Ahmad Daniel Hakimi, Hanz Daniel Skelchy, Adam Corrie, Taiyuddin Bakar, Megat Sharizal, Azhan Rani, Redzwan Adha, Wan Omar Daanyal, Joel Timothy Low, Mustaqim Bahadon
Trailer:



OST ANAK RIMAU THE MOVIE - PENTAS DUNIA




SINOPSIS ANAK RIMAU THE MOVIE


Anak Rimau The Movie memaparkan kisah sekumpulan anak muda berbakat tinggi dalam dunia bola sepak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang menyertai Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy). Mereka mengharungi pelbagai cabaran sebagai individu dan berpasukan ketika menghadapi fasa baru dalam dunia bola sepak.

Pemain perlu menentang cabaran peribadi dan halangan pasukan, sebelum berfikir mengenai kemenangan. Keazaman dan ketabahan pemain diuji menerusi kerjasama, isu keluarga, halangan hidup dan perlumbaan untuk menjadi yang terbaik demi memenangi Piala Jemputan Bola Sepak Belia ASEAN. Selain itu, filem ini juga menekankan kebaikan akan sentiasa datang kepada mereka beriman dan berani berpegang kepada kebaikan dalam diri dan orang lain seperti slogan Anak Rimau The Movie - ‘bola itu bulat’.

Jom ramai-ramai saksikan ANAK RIMAU THE MOVIE mulai 1 SEPTEMBER 2022 di pawagam berdekatan anda.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال