Assalammmualaikum semua. Ruby perhatikan trafik berkenaan penempatan sekolah tahun 1 2023 dan prasekolah 2023 mula masuk ke blog. Ramai mencari solusi, pengesahan, rayuan dan bagaimana proses tersebut. Maaf kepada semua ibu bapa yang bertanya dan tiada jawapan Ruby beri. Ruby sebenarnya kecewa juga dengan proses renyah untuk mendapatkan sekolah terbaik untuk anak-anak.
Selepas rayuan demi rayuan, Ruby redha dan akur dengan lokasi sekolah yang telah ditetapkan. Sekurang-kurangnya Ruby dan suami telah mencuba. Tetapi pihak pentadbiran PPD ada alasan mereka untuk tidak menempatkan anak-anak ke sekolah pilihan kami.
SEMAK DAN SAH PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2023
Maka, Ruby fokus ke sekolah yang diberi dan beri tumpuan kepada pendidikan anak-anak. Walaupun ada berkata, sekolah sahaja dahulu di sekolah yang ditetapkan. Nanti mohon lagi di sekolah yang diinginkan. Keputusan tetap sama. Tiada kekosongan. Jadi, lebih baik kami move on dan terima takdir ini.
Kebahagiaan itu kita yang cipta. Dari sekolah yang serba kekurangan, kami beri bantuan apa yang boleh untuk bantu sekolah tersebut. Lebih banyak manfaat sebab anak-anak pun selesa.
Ruby bersyukur, proses renyah ini hanya Ruby sahaja yang lalui. Anak-anak tidak mengetahuinya dan mereka tidak terganggu dengan urusan sekolah. Tak syok pula bila dah mula bersekolah, tiba-tiba pindah kan. Lainlah kalau pindah lain negeri kan? Ini dalam negeri Selangor juga. Memang PPD tak layan lah. Hahahaha.
Anak pertama Ruby, Adam tu... Dia tak dapat sekolah yang Ruby inginkan. Begitu juga anak kedua Ruby si Alif tu. Alasan yang pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berikan adalah sebab alamat dan kuota dah penuh. Walaupun Ruby ada alamat pejabat berdekatan. Mereka tidak mahu, mereka nak juga alamat tempat tinggal. Nak menipu alamat macam ibu bapa lain buat memang not my way la kan.
Takpe kita cuba Sekolah Menengah pula. Itu mungkin pihak pentadbir boleh tengok dari keputusan UPSR. Eh masih ada ke UPSR? Hurmm macam mana Sekolah Kebangsaan nak menilai tahap akademik pelajar ni? Sebab UPSR 1988 hingga 2021 sahaja. Risau bila memikirkan berkenaan pendidikan anak-anak. Kan?
Adam dah tahun 2. Manakala Alif sedang di prasekolah. Pada tahun 2023, Adam tahun 3 dan Alif akan masuk tahun 1. Syukur Alhamdulillah anak-anak dapat belajar dengan baik di sekolah.
Semakan dan Pengesahan Tahun 1 adalah perkara yang mendebarkan setiap ibu bapa. Semasa isi borang pada bulan March 2021 (iya isi borang dua tahun awal. Hehehe.) pun dah berdebar dengan borang yang banyak. Nak baca semua rekod imunisasi dan isi tarikh pun sampai juling mata. Dapat pula singkatan nama vaksin aneh-aneh. Google nama penuh vaksin baru jumpa dan faham. Hahaha.
Nak tunggu 1 Ogos 2023 sangat mendebarkan. Sebab sekolah yang kita mohon masa bulan March, mungkin tidak menjadi kenyataan. Setelah mencetak borang, fotostat dokumen peribadi, memandu ke sekolah, hantar semua borang. Seribu satu harapan kita dah letak di situ. Siap tour sekolah lah, nak tengok persekitaran sekolah anak kita. Bersih, kemas dan selesa itu utama.
Oleh kerana Alif pernah kena reject dari sekolah pilihan semasa permohonan prasekolah. Ruby telah memilih untuk mohon sekolah yang sama dengan Adam sahaja. Adik-beradik bersekolah di tempat yang sama. Mudah untuk Ruby hantar dan ambil. Maka, kali ini Ruby mengesahkan penempatan Alif dan cetak terus surat.
Surat itu perlu di hantar ke sekolah. Mudah je. Sehelai surat ini, hantar ke pondok pengawal sekolah. Nanti pegawai keselamatan sekolah akam hantar ke pejabat sekolah. Ada juga yang kata tidak perlu hantar sebab sudah mengesahkan di dalam talian. Jadi, untuk melegakan kegelisahan ibu bapa. Buat dua-dua. Sahkan di dalam talian dan hantar surat ke sekolah. Sempoiii. Pengesahan boleh dibuat bermula 1 Ogos 2022 hingga 31 Ogos 2022.
Awal September nanti, Guru Tahun 1 akan masukkan ibu atau bapa ke dalam Whatsapp Group. Fasa di Whatsapp Group pula ada tugasan lain pula untuk ibu atau bapa. Salah seorang penjaga sahaja akan berada di dalam Whatsapp Group info terkini diterima terus dari guru.
Di antara info yang akan dikongsikan adalah tarikh taklimat bersama ibu atau bapa dan pelajar. Makluman tentang kelas apa, pengambilan buku teks, buku aktiviti dan info-info lain. Setelah pembahagian kelas dibuat. Ibu atau bapa akan dimasukkan ke Whatsapp Group guru kelas pula.
Whatsapp Group itu akan digunakan selama 1 tahun persekolahan anak-anak kita. Di sini akan ada info tentang cuti sekolah, makluman barang keperluan untuk subjek PSV (Pendididkan Seni Visual), makluman pelajar yang tidak hadir ke sekolah, makluman homework, makluman sumbangan PIBG, mesyuarat PIBG, info berkenaan sekolah dan bahan bacaan Nilam. Tiada sembang-sembang berkenaan hal lain di dalam Whatsapp Group ini. Berniaga juga dilarang.
Ruby doakan semoga urusan anda semua dipermudahkan. Banyak-banyak bersabar dan terima kasih sudi membaca. All the best!
Tags
Pendidikan
info yang bermanfaat untuk parents yang ada anak yang bakal naik darjah 1..Mesti diorang tak sabar dah nak sekolah tu
ردحذفBetul tu. Persediaan awal untuk sekolah 2023 perlu start sekarang. Pakaian, peralatan dan barang keperluan selolah semakin mahal. Jadi perancangan budget perlu bermula dari sekarang. Tq akak sudi baca.
حذفGood Sharing, mudah sekarang boleh semak dan sahkan online je kan :)
ردحذفHa'ah semak online je. Kehadiran anak-anak pun boleh lihat online. Rajin juga Ruby cek setiap hujung bulan. Cantik je setiap hari hadir. Hehehe
حذفinfo dan maklumat bermanfaat untuk mereka yang mmepunyai anak2 yg akan masuk ke tahun 1 :)
ردحذفKann. Walaupun sedih tak dapat sekolah pilihan. Ruby tetap bersyukur ada penempatan sekolah untuk anak-anak.
حذف