BPEX 2022 PAMERAN SATU RUMAH SATU KELUARGA BUMIPUTERA MALAYSIA

BPEX 2022 PAMERAN SATU RUMAH SATU KELUARGA BUMIPUTERA MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Peluang keemasan buat semua Bumiputera khususnya untuk memiliki hartanah di Lembah Klang dan Selangor. Jom ramai-ramai kita hadir ke BPEX Pameran Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia yang bakal berlangsung pada 1 dan 2 Oktober 2022, Sabth Ahad di Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre.

Anak-anak muda, yang baru di dalam alam pekerjaan, penjawat-penjawat awam, peniaga-peniaga kecil mesti datang dan mengambil peluang memiliki hartanah di Lembah Klang. 

Jom menimba ilmu inisiatif-inisiatif dari kerajaan dan tawaran-tawaran hebat serta diskaun-diskaun oleh pihak pemaju kerana kebanyakan pemaju tidak mengenakan wang pendahuluan yang tinggi untuk memiliki kediaman.

BPEX 2022 PAMERAN SATU RUMAH SATU KELUARGA BUMIPUTERA MALAYSIA 



BPEX 2022 - Pameran Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia
Tarikh: 1 – 2 Oktober 2022
Masa: 11 PAGI – 9 MALAM
Lokasi: Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre

Menurut Pengarah Urusan Marvel Management Communication Sdn Bhd, Datuk Norashikin Taib - "Sebanyak lebih kurang 8,500 unit Kuota Bumiputera yang akan dipamerkan dan bernilai hampir RM6 bilion. Secara terperinci hampir 3000 unit dari pemaju-pemaju di sekitar Kuala Lumpur yang bernilai hampir RM2 bilion dan 5500 unit dari pemaju pemaju di sekitar Selangor yang bernilai RM4 bilion. Anggaran harga unit yang akan dipamerkan adalah bermula dari RM250,000"

Pameran kali ini juga membawa aspirasi kerajaan yang telah memperkenalkan skim-skim menarik seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dari Kementerian Kewangan, Skim Rumah Pertamaku (SRP) dari Cagamas, Skim PR1MA Rent-To-Own (RTO) yang mana golongan Bumiputera dapat meraih peluang untuk memiliki rumah di sekitar Lembah Klang dan istimewa untuk pembeli Rumah Pertamaku dimana ia juga dapat membantu golongan-golongan B40 atau M40 untuk memiliki rumah melalui skim-skim yang ditawarkan.

Tujuan utama pameran ini adalah untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera di bidang hartanah dan menggalakkan Kaum Bumiputera khususnya orang Melayu, celik hartanah dan menyahut aspirasi kerajaan untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera sebanyak 30%. 

Pembeli-pembeli Bumiputera dapat membuat pilihan hartanah yang berbagai dan menikmati harga promosi dan juga diskaun bumiputera sehingga 15%. 

Promosi-promosi lain berupa subsidi percuma perjanjian jual beli, setem duti dan pelbagai lagi seperti kelengkapan kabinet dapur, vaucer perabut dan peralatan elektrikal percuma juga akan di sediakan oleh pemaju-pemaju rumah di pameran ini.

MILIKI RUMAH DENGAN MUDAH MELALUI SKIM JAMINAN KREDIT


Program pemilikan kediaman BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia membawa pakej-pakej yang menarik terutama untuk golongan B40 dan M40 yang mana satu inisiatif Pembiayaan Perumahan iaitu I-biaya akan memudahkan golongan ini memiliki kediaman di Lembah Klang yang mana Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) inisiatif dari Kementerian Kewangan bertujuan untuk membantu golongan yang tiada pendapatan tetap dan tiada slip gaji untuk memiliki rumah pertama mereka, seperti pemandu teksi, golongan petani dan perusahan kecil yang boleh memiliki rumah maksima berharga RM 400, 000.

SKIM RUMAH PERTAMAKU


Selain itu, Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas juga akan membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dengan koloborasi bersama bank-bank yang terlibat seperti Maybank, Bank Muamalat, Bank Islam, dan Bank Rakyat dengan pembiayaan sebanyak 110 peratus dengan tiada bayaran pendahuluan. 

SKIM PR1MA SEWA BELI


Selain itu, pilihan yang lain ialah Skim PR1MA Sewa Beli (RTO) yang mana mereka yang berpendapatan rendah berminat untuk menyewa dahulu dan kemudian baru membeli serta memilikinya. Kaum Bumiputera boleh merebut peluang ini selagi unit-unit masih ada dan inisiatif-inisiatif ini masih dikekalkan. Siapa cepat dia dapat.

SATU RUMAH SATU KELUARGA MALAYSIA


Tujuan utama pameran ini adalah untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam bidang hartanah dan menggalakkan Kaum Bumiputera khususnya orang Melayu, celik hartanah dan menyahut aspirasi kerajaan untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera sebanyak 30 peratus hingga 60 peratus. 

Pembeli Bumiputera dapat membuat pelbagai pilihan hartanah dan menikmati harga promosi kuota Bumiputera dan juga diskaun sehingga 20 peratus serta rebat-rebat diskaun yang tinggi bagi memudahkan pembeli. Promosi lain berupa subsidi percuma perjanjian jual beli, setem duti dan pelbagai lagi seperti kelengkapan kabinet dapur, baucar perabot dan peralatan elektrikal percuma juga akan di sediakan oleh pemaju yang mengambil bahagian.

PROGRAM HOPE


Dipetik daripada kenyataan Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, di bawah program HOPE, kerajaan turut memperkenalkan inisiatif pemilikan perumahan Keluarga Malaysia (i-Miliki) melibatkan pemberian inisiatif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut kadar harga rumah. 

Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah sebanyak 100 peratus manakala rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50 peratus.

55 PEMAJU PERUMAHAN TURUT SERTA


Ada 55 pemaju bakal mempamerkan unit kediaman masing-masing di mana 25 daripadanya dari Kuala Lumpur dan 30 dari Selangor. Antara pemaju yang terlibat dengan pameran ini adalah S SP Setia, Platinum Victory, PKNS, Mah Sing, Malton Berhad, OCR Group Berhad, MCT Berhad, IJM Corporation Berhad, UEM Sunrise, EUPE Corporation Berhad, MKH Berhad, Glomac Group, TS Law dan Sky World Development.


DISOKONG OLEH KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) & KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN (KWP)


Pameran BPEX ini mendapat perhatian dan sokongon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), yang mana majlis pembukaan pameran ini akan di rasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 1hb Oktober 2022 jam 5.30 petang dan majlis penutupan akan dihadiri oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan pada 2hb Oktober 2022 jam 8.00 malam.

BPEX Pameran Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia akan diadakan pada 1 & 2 Oktober 2022 bertempat di Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley (MVEC) dari jam 11 pagi hingga 9 malam.

7 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Bagus utk mereka yg bercadang mencari rumah, blhlah dtg ke BPEX Pameran Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia

    BalasPadam
  2. menarik ni. macam nak pergi je. saja la tengok2 kan. mesti banyak boleh belajar tentang perumahan. tapi adakah waktu terbaik untuk beli rumah sekarang?

    BalasPadam
  3. Kalau west Malaysian senang je, harga rumah pun murah-murah berbanding dekat SS....harganya ya ampun terlalu mahai. But this info very good and informative.

    BalasPadam
  4. Sukanya event pameran macam ni, kadang-kadang orang nak tengok-tengok dulu and kumpul ilmu kan.

    BalasPadam
  5. Info yang sangat berguna.. AM pun baru tahu perihal kelayakan yang sesuai untuk membeli rumah.. Urusan lebih mudah bila ketahui banyak input dan info lain yang berkaitan.. Terima kasih atas perkongsian bermakna ini..

    BalasPadam
  6. This is really a good initiative especially for those bumiputra wishes to own a property, sure this exhibition will be attended by many to learn what's the eligibility etc. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  7. Microgaming workplaces are positioned on the small island Isle of Man, however the company is fairly huge. Microgaming is one of the|is amongst the|is doubtless considered one of the} largest global suppliers of casino video games to operators, 바카라 사이트 definitely together with slots. It largely companions with major manufacturers to ship a portfolio of slot video games to Mobile and Desktop. Sugar Creek Casino options a wide variety|all kinds} of your favorite titles, Feel free to hop from sport to sport to maintain things enjoyable and thrilling. With over 850 of properly liked|the most popular} slot video games, we're positive you can find one thing to win BIG on whether you’re a fan of Video Poker, Keno, Penny Games or High Limit you can see your greatest bet proper right here.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال