FAZURA LANCAR ‘BEAUTY WATER’ MINUMAN TANPA GULA UNTUK MENCANTIKKAN KULIT SECARA SEMULAJADI

Pengasas Fazura, Nur Fazura binti Sharifuddin yang lebih mesra dikenali sebagai Faz telah melancarkan produk untuk mencantikkan kulit secara semulajadi yang dinamakan ‘Fazura Beauty Water’ di Axiata Arena, Bukit Jalil sempena penganjuran konsert sulung Faztival Fazura 2022 pada 11 September 2022 yang lalu.


Jenama Fazura yang sentiasa menitikberatkan kualiti telah menghasilkan produk minuman kecantikan kulit dalam bentuk minuman tanpa gula, sesuai dengan gaya hidup alaf baharu.

“Faz bersyukur kerana dapat menghasilkan produk minuman kecantikan yang selamat dan dapat menunjukkan kesan seawal tujuh hari, secara semulajadi. Jadi Fazura Beauty Water bukan sahaja terdiri dari ramuan yang dapat membantu mencantikkan kulit, malah rasa manis tanpa gula dapat membantu pengguna yang lebih gemarkan gaya hidup moden yang sentiasa bergerak.”

FAZURA LANCAR ‘BEAUTY WATER’ MINUMAN TANPA GULA UNTUK MENCANTIKKAN KULIT SECARA SEMULAJADI


Minuman Fazura Beauty Water tersebut diperkayakan dengan ramuan lycopene, milk thistle, beta carotene dan multivitamin diyakini berpotensi menunjukkan kesan positif pada kulit seawal tujuh hari. 

Berbeza dengan kebanyakkan produk lain, minuman Fazura Beauty Water dengan kandungan 100% semulajadi mempunyai rasa manis tetapi tidak mempunyai gula kerana menggunakan pemanis semulajadi dari Monkfruit.

Fazura Beauty Water didatangkan di dalam tiga perisa semulajadi iaitu laici, mangga dan beri campuran dengan rekaan botol yang menarik perhatian. 

Selain membantu organ badan menghasilkan kolagen secara semulajadi, Fazura Beauty Water dapat membantu masalah jerawat dan membantu proses anti-penuaan. 

Kandungan ramuan ejen inspirasi alam yang terkandung dalam Fazura Beauty Water sesuai untuk wanita dan lelaki metropolitan yang semakin prihatin dalam menjaga kecantikan kulit mereka.

4 BOTOL RM 27 SAHAJA! 


Fazura Beauty Water boleh dibeli secara online di ShopeeMall ‘fazuraofficialstore’ atau dari Besties dan ejen Fazura terdekat yang disenarai di fazurabesties.com bermula pada 19 September 2022. 

FAZURA LANCAR ‘BEAUTY WATER’ MINUMAN TANPA GULA UNTUK MENCANTIKKAN KULIT SECARA SEMULAJADI

Harga Fazura Beauty Water adalah mampu milik iaitu RM27.00 sekotak di mana sekotak mengandungi 4 botol. Pengguna hanya perlu meminum 4 botol bagi empat hari pertama dan secara selang sehari selepas itu dengan penggunaan adalah kurang dari RM100.00 sebulan.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال