FESTIVAL OF SPEED GEGAR SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT 3 DISEMBER 2022

FESTIVAL OF SPEED GEGAR SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT 3 DISEMBER 2022 | Assalammualaikum semua! Acara yang dinantikan ramai peminat sukan permotoran bakal diadakan pada 3 Disember 2022, Sabtu bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada 10 malam

Pelbagai sorotan aktiviti telah disediakan oleh pihak penganjur. Malah penyertaan dari kelab permotoran dan jenama unggul kenderaan Supercar juga bakal menarik perhatian pengunjung. Pada musim cuti sekolah ini boleh lah bawa anak-anak ke Festival of Speed. Mereka boleh lihat sendiri kenderaan Supercar dan motosikal berkuasa tinggi dengan lebih dekat. 

FESTIVAL OF SPEED GEGAR SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT 3 DISEMBER 2022



Festival of Speed buat julung kali diadakan bagi menyemarakkan aktiviti pelancongan sukan permotoran di Malaysia. Festival of Speed yang bakal diadakan di Sepang International Circuit pada 3 Disember 2022 ini bakal menjadi tarikan pelancongan baharu buat negara

Acara yang dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development (MiITDA) dengan sokongan MOTAC, Tourism Malaysia dan Sepang International Circuit (SIC) itu merupakan festival dan platform untuk pencinta permotoran merasai semua aktiviti berkaitan kenderaan permotoran dari pelbagai jenama.

FESTIVAL OF SPEED GEGAR SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT 3 DISEMBER 2022
Dari kiri Wakil Utama Motors, YBrs Tuan Hishamuddin Sani; Naib President Ducati Official Club Malaysia, YBhg. Dato' Marof Khan Bin Mohamed Idris; Pengarah Urusan Utama Motors, YBhg. Datin Suzanna; Pengarah Urusan Utama Motors; YBhg Dato’ Noorzaleha; Presiden Malaysia International Tourism Development Association (MITDA), YBhg. Dato’ Hjh Emmy Suraya Hussein; Bendahari MiTDA, YBrs Kapten Mahadzir Tan Sri Mansor; Ketua Pegawai Eksekutif MiTDA, Cik Irene Deanna Dato' Maroof Khan dari Utama Motors, YBhg. Prof Datuk Azlie Halim; Timbalan Presiden MiTDA, YBrs Tuan Hasbul Hakim; Pengerusi Penganjur Festival of Speed Merangkap Exco MiTDA dan Wakil Utama Motors.



Menurut Dato' Noorzaleha Baharudin, Presiden MiTDA, festival tersebut bakal mempertaruhkan keunikan yang tersendiri dengan sasaran 10 RIBU orang pengunjung. 


“Ini adalah kali pertama di Malaysia kita akan menjayakan Festival of Speed yang menampilkan Motosikal Berkuasa Tinggi dan Supercar yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminatnya. 

Selain pertunjukan kereta supercar, kenderaan esoktik dan motosikal, pengunjung juga boleh membeli terus kenderaan yang mereka minati di festival ini daripada pengedar-pengedar kenderaan yang menyertai acara ini pada harga yang cukup istimewa, “ kata Dato' Noorzaleha. 


Selain itu acara pemanduan di litar lumba Sepang juga akan turut diadakan dengan kerJasama Sepang International Circuit. Menerusi Sesi pandu uji di litar lumba pengunjung boleh menghayati pengalaman menarik sama ada menggunakan kenderaan sendiri mahupun kenderaan yang disediakan. 

Selain itu terdapat juga beberapa acara sampingan seperti e-Sport car game, Bungee Jump dan banyak lagi permainan lain. Untuk menjamu selera terdapat juga disediakan lebih 50 food truck dan gerai jualan menerusi Festival of Food yang turut diadakan di tapak acara. 

FESTIVAL OF SPEED GEGAR SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT 3 DISEMBER 2022
Dari kiri Mr Laurence Chooi; Pengasas Bersama ICOMM Creative Sdn Bhd, YBrs Tuan Hishamuddin Sani; Naib President Ducati Official Club Malaysia, YBrs Tuan Hasbul Hakim; Pengerusi Penganjur Festival of Speed Merangkap Exco MiTDA, YBhg Dato’ Noorzaleha; Presiden Malaysia International Tourism Development Association (MITDA), YBhg. Datin Suzanna; Pengarah Urusan Utama Motors; Cik Irene Deanna Dato' Maroof Khan; Utama Motors dan YBrs Kapten Mahadzir Tan Sri Mansor; Ketua Pegawai Eksekutif MiTDA semasa sesi sidang media.


Acara hiburan dan persembahan artis popular tempatan juga akan diadakan bagi memeriahkan lagi festival ini.

Menurut Mr Laurence Chooi; Pengasas Bersama ICOMM Creative Sdn Bhd. Di antara selebriti yang akan memeriahkan konsert Festivel of Speed adalah De Fam & Friends. Siapakah rakan-rakan De Fam? Nantikan pengumuman selanjutnya. 

Semasa sesi sidang media turut diajukan tentang kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia tentang trafik di Sepang International Circuit. Kebimbangan pengunjung tentang kenderaan akan di saman dan risiko kenderaan di tunda seperti yang berlaku di MAHA MAEPS Serdang baru-baru ini. Pihak penganjur akan berbincang dengan IPD Sepang berhubung perkara ini. 

Selain itu, kaunter semakan dan pembayaran saman turut dibuka oleh JPJ dan PDRM. Kaunter ini dibuka untuk memudahkan pengunjung menyelesaikan bayaran saman mereka. Ada diskaun ke nanti? Tunggu....


ACARA-CARA DI FESTIVAL OF SPEED



Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang Festival of Speed yang bersesuaian untuk semua peringkat umur. Sama ada anda senior, dewasa, remaja atau kanak-kanak. Pasti ada sesuatu untuk anda enjoy. Datang beramai-ramai seisi keluarga dan dapatkan tiket anda sekarang. 



HARGA TIKET FESTIVAL OF SPEED 




FESTIVAL OF SPEED 
Tarikh : 3 Disembee 2022
Masa: 9:00AM - 10PM
Lokasi: Sepang International Circuit

Tiket mula dijual dari sekarang sehingga 27 Nov 2022, 12:00 AM. Dapatkan sekarang! 

HARGA TIKET INDIVIDU
Kanak-Kanak (Harga Early Bird) : RM 5
Kanak-Kanak (Harga Asal) : RM 7

Dewasa (Harga Early Bird) : RM 30
Dewasa (Harga Asal) : RM 32
Free 1 Merchandise Festival of Speed

VIP PACKAGE / PADDOCK CLUB

VIP LOUNGE PACKAGE (PLATINUM)
Early Bird: RM 1000,00
Harga Asal: RM 1060,00

VIP LOUNGE PACKAGE (GOLD)
Early Bird: RM 1500,00
Harga Asal: RM 1590,00

FOOD TRUCK VENDORS FULL DAY (9AM - 10PM)
Early Bird: RM 800
Harga Asal: RM 848

BRAND MERCHANDISE VENDOR (Khemah disediakan dan Logo anda akan tertera sebagai rakan strategik rasmi)

Early Bird: RM 2000,00
Harga Asal: RM 2650,00

AUTO SHOW COMPETITION
Yuran Penyertaan: RM 318

Best Saloon Car
Best Performance Car
Best Custom Car
Best Colour Car



MENGENAI MITDA


Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA) telah diperbadankan pada 24 Mei 2021 dengan tujuan tunggal menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pilihan yang paling digemari di dunia.

Ahli jawatankuasa Majlis Eksekutif persatuan ini terdiri daripada profesional dari pelbagai sektor pelancongan dengan lebih daripada 100 tahun pengalaman. Gabungan ini berdedikasi untuk membangun dan mengekalkan piawaian profesional untuk manfaat ahli dan industri. 

Tanggungjawab yang digariskan antara lain adalah dalam mempromosikan pelancongan dan merangka inisiatif dan kempen pembangunan pelancong dengan matlamat membangunkan industri pelancongan negara kita Malaysia.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال