GUARDIAN LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN RAMBUT, MANDIAN BADAN DAN SABUN PENCUCI TANGAN YANG DISAHKAN HALAL

GUARDIAN LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN RAMBUT, MANDIAN BADAN DAN SABUN PENCUCI TANGAN YANG DISAHKAN HALAL


Anna Hull, Pengarah Komersil Malaysia dan Brunei merangkap Pengarah Jenama Sendiri (OB – Own Brand), Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara yang mengumumkan pensijilan tersebut berkata: “Pelanggan kami yang beragama Islam boleh menggunakan produk penjagaan rambut, penjagaan badan dan sabun pencuci tangan dalam rangkaian Guardian Essential kami dengan yakin kerana ia adalah 100% halal.”

“Pensijilan produk jenama sendiri Guardian mencerminkan komitmen Guardian dalam usaha membangunkan dan membawa produk dengan nilai terbaik pada kualiti terbaik ke dalam pasaran bagi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan yang berubah-ubah,” tambah beliau.


Hull berkata sejak 2011, Guardian telah memperkenalkan produk Jenama Sendirinya. Ia termasuk syampu, perapi serta barangan penjagaan badan, yang mana kesemuanya telah diterima baik dan meraih bahagian pasaran.

“Ini tidak menghairankan kerana produk Jenama Sendiri Guardian menampilkan kualiti bertaraf dunia, dan dihasilkan mengikut spesifikasi kami. Paling penting, ia lebih berpatutan berbanding jenama-jenama popular tetapi berkualiti setaraf.”

Jelas beliau: “Ini adalah cara kami menyampaikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan dan jualan jenama OB meningkat kerana ia dikenali dengan nilai dan kualiti yang bagus, bertaraf dunia pada harga mampu milik. Tetapi yang paling penting, rangkaian Penjagaan Rambut, Penjagaan Mandian dan Sabun Pencuci Tangan Guardian Essential kini telah disahkan Halal oleh JAKIM, tambah beliau.


Rangkaian Guardian Essential baharu itu menampilkan reka bentuk botol baharu yang moden dengan pam berwarna, label serta saiz botol yang baharu.

PENJAGAAN RAMBUT GUARDIAN ESSENTIAL


Di samping pensijilan Halal, rangkaian Penjagaan Rambut Guardian Essential juga diuji secara dermatologi, bebas paraben, mengandungi campuran aktif 3 protein bijirin terhidrolisis daripada gandum, soya dan jagung dengan amino asid seimbang, yang menjadikan rambut anda lebih sihat, licin dan bersinar.

Menampilkan empat wangian, termasuk Syampu dan Perapi Argan Licin & Menyuburkan, Syampu Mentol 3-dalam-1, Syampu dan Perapi Kawalan Rambut Gugur Halia, Syampu Anti Kelemumur Kelapa, rangkaian Penjagaan Rambut Guardian Essential ditawarkan dalam botol bersaiz 700ml dan 350ml.


Syampu dan Perapi Argan Licin & Menyuburkan membantu menyuburkan, melicinkan serta melembapkan rambut menjadikannya lebih lembut, licin dan terurus. Ia sesuai untuk rambut normal atau kering dan mengandungi minyak Argan Morocco Asli. Syampu dan Perapi Kawalan Rambut Gugur Halia adalah untuk rambut lemah dan rosak kerana ia membantu menguatkan rambut, mengurangkan rambut gugur akibat rambut rosak, menjadikan rambut lebih kuat dan tampak sihat. Ia mengandungi ekstrak halia dan ginseng.

Syampu Anti Kelemumur Kelapa pula untuk rambut yang terdedah kepada kelemumur dan ia membantu mengurangkan kelemumur, melembap dan melicinkan rambut dan mengandungi ekstrak kelapa dan bahan anti kelemumur Climbazole.

MANDIAN GUARDIAN ESSENTIAL


Sementara itu, rangkaian Penjagaan Diri Guardian Essential menampilkan SEMBILAN produk termasuk Krim Mandian Melembap Susu Beras, Krim Mandian Melembap Susu Kambing, Krim Mandian Melembap Susu Badam, Mandian Badan Menyegarkan Aloe Vera, Mandian Badan Menyegarkan Lavender, Mandian Badan Menyegarkan Limau Gedang, Krim Mandian Melembap Zaitun, Krim Mandian Melembap Ros dan Krim Mandian Melembap Sakura.

GUARDIAN LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN RAMBUT, MANDIAN BADAN DAN SABUN PENCUCI TANGAN YANG DISAHKAN HALAL

Formulasi unik rangkaian Penjagaan Badan itu diuji secara dermatologi dan terbukti, tanpa sabun, mengandungi Hydra-Active dengan pelembap untuk melembapkan dan memanjakan kulit anda dengan penjagaan sebaiknya dan disahkan HALAL oleh JAKIM.

SABUN PENCUCI TANGAN GUARDIAN ESSENTIAL


Rangkaian Sabun Pencuci Tangan Guardian Essential juga menampilkan bahan Hydra-Active, tanpa sabun dan disahkan HALAL oleh JAKIM. Ia didatangkan dalam beberapa varian termasuk Sabun Pencuci Tangan Gel Limau Gedang, Sabun Pencuci Tangan Gel Lavender, Sabun Pencuci Tangan Gel Aloe Vera, Sabun Pencuci Tangan Krim Sakura, Sabun Pencuci Tangan Krim Zaitun dan Sabun Pencuci Tangan Krim Susu Kambing.

GUARDIAN LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN RAMBUT, MANDIAN BADAN DAN SABUN PENCUCI TANGAN YANG DISAHKAN HALAL
GUARDIAN LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN RAMBUT, MANDIAN BADAN DAN SABUN PENCUCI TANGAN YANG DISAHKAN HALAL
GUARDIAN LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN RAMBUT, MANDIAN BADAN DAN SABUN PENCUCI TANGAN YANG DISAHKAN HALAL

“Kami menawarkan saiz pek yang berbeza dan pek bundle istimewa untuk nilai yang lebih baik di stor kami, menjadikannya lebih perlu untuk dimiliki oleh setiap rumah,” jelas Hull.

MENGENAI GUARDIAN MALAYSIA


Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 55 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 500 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال