KANCIL RAJA PAIS (KRP) DANAU KOTA LANCAR MENU BAHARU SOTONG DAN UDANG BERSALUT TEPUNG BERSAUS TEMPOYAK | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby berkesempatan ke restoran berasaskan menu Tempoyak. Lokasi di Danau Kota, Kuala Lumpur sahaja. Kebiasaannya Ruby kalau makan masakan Ikan Patin Tempoyak mesti ketika pulang balik ke kampung di Kuantan, Pahang. Hentian kawasan Rest & Relax (R&R) Temerloh menjadi destinasi kami menikmati menu tersebut. Cuma, di R&R tiada menu Pais. Pais ni lebih kaya dengan rasa dan pekat. Sangat sedap! Kalau dapat makan Pais, Ruby boleh bersila siap tambah nasi. Haha.
Sekarang Ruby dah tak kempunan lagi. Rupa-rupanya menu kegemaran Ruby ni ada di Kuala Lumpur. Sederet barisan kedai 99 Speedmart dan depan Medan Selera Danau Kota. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Ruby membesar dekat sini sejak tahun 1999. Bersekolah di SK Seri Melati yang kini nama SK Setapak Indah. Danau Kota ni lokasi Ruby mencari buku latihan di kedai buku Resources Bookstore dan malam-malam ke Uptown Danau Kota. Menggamit memori sungguh!
Apabila Ruby kemaskini status menjamu selera di Kancil Raja Pais (KRP) di media sosial. Ramai kawan sekolah mesej personal. Kat mana ni babe? Weii sedap ke? Danau Kota kat belah mana? Weiii dekat dengan rumah aku la!!. Maka, Ruby pun jadi pegawai perkhidmatan pelanggan untuk senarai menu dan berkongsi pengalaman makan di Kancil Raja Pais (KRP). Hahaha!
KANCIL RAJA PAIS (KRP) DANAU KOTA LANCAR MENU BAHARU SOTONG DAN UDANG BERSALUT TEPUNG BERSAUS TEMPOYAK
Kancil Raja Pais aka KRP (sebelum ini dikenali sebagai Kancil Raja Patin) sangat terkenal di Temerloh, Pahang. Pakar Masakan Tempoyak No #1 di Malaysia Asli dari Temerloh. Semua bahan-bahan masakan adalah segar dan Ikan Patin dari Sungai Pahang. Restoran Kancil Raja Pais (KRP) selesa, bersih dan sesuai untuk seisi keluarga menjamu selera. Kemudahan tandas, sinki di luar dan surau turut disediakan. Parking juga banyak di luar kedai. Keunikan KRP adalah mereka mempunyai pondok pandu lalu, bungkus, tunai semasa penghantaran, pengambilan pesanan dan tempahan makan di restoran. Pelanggan boleh beratur menunggu giliran untuk menjamu selera.
Udang dan sotong ini dimasak rangup bersama tepung pedas. Kemudian di makan bersama sos Pais Tempoyak. Bagi penggemar Tempoyak, ia sangat menyelerakan. Makan pula dengan nasi panas dan ulam. Fuhhh terangkat.
MENU-MENU DI RESTORAN KANCIL RAJA PAIS
Selain dari Sotong dan Udang Bersalut Tepung Bersaus Tempoyak, Kancil Raja Pais aka KRP sangat terkenal dengan menu Ikan Patin Tempoyak dan Pais. Di sini, menu Pais paling banyak. Sebab mereka ingin mengetengahkan menu Pais. Hanya di Kancil Raja Pais aka KRP sahaja ada Pais istimewa. Sebab Pais KRP di masak di atas dapur kayu. Nyummmehh!
Kancil Raja Pais aka KRP mempunyai identiti tersendiri dengan membawa menu Pais Tempoyak ke persada dunia. Keunikan dapat dirasai dengan kepekatan, tekstur, rasa dan paling penting ia membuat kita ingin makan lagi.
Yang paling Ruby suka adalah Pais Kayu Api. Ikan Patin disalai atas kayu api bersama Pais Tempoyak ternyata luar biasa. Anda wajib cuba! Pais Kayu Api diperkenalkan semasa cawangan Restoran Kancil Raja Pais (KRP) Danau Kota dibuka dan terus mendapat sambutan yang menggalakkan walau dalam tempoh PKP.
Kepelbagaian menu yang tersedia adalah untuk memberi pelanggan selesa apabila menikmati hidangan Kancil Raja Pais (KRP) bersama seisi keluarga. Ada yang makan Tempoyak, tetapi tidak makan Ikan Patin. Ada tidak makan Tempoyak, tetapi makan Ikan Patin.
Ada yang membawa anak kecil tetapi anak tidak makan Pais Tempoyak, nak Gulai Tempoyak. Ada yang nak makan Ayam Goreng bersama nasi dan ulam sahaja. Macam-macam jenis pelanggan di sini. Jadi, Kancil Raja Pais (KRP) akan sedaya upaya memenuhi permintaan agar semua pelanggan enjoy makan Ikan Patin.
KRP Set Patin Kayu Api RM 25 (Nasi, Patin Kayu Api, Ikan Masin, Sambal, Ulam) |
KRP Set Patin Pais Bakar RM 25 (Nasi, Patin Pais Bakar, Ikan Masin, Sambal, Ulam) |
KRP Set Gulai Patin Tempoyak RM 19 (Nasi, Gulai Patin Tempoyak, Ikan Masin, Sambal, Ulam) |
KRP Keli Pais Bakar - RM 10 |
KRP Sifud Pais Tempoyak Dari RM 31.70 (Nasi, Sotong, Udang, Lala, Sayuran & Air) |
KRP Ayam Goreng - RM 5 Seketul |
DARI KANCIL RAJA PATIN KE KANCIL RAJA PAIS
Hari ini 18 September 2022 juga dilancarkan nama baharu KRP iaitu Kancil Raja Pais. Jika sebelum ini Kancil Raja Patin, kini Kancil Raja Pais. Ruby berkesempatan mewawancara salah seorang Pengasas Kancil Raja Pais (KRP). Beliau mesra dikenali sebagai Ku Za.
"Kami ingin mengetengahkan hidangan Pais dan mahu semua pelanggan sedia ada dan baru tahu di mana boleh menikmati Pais yang sedap. Hanya di Kancil Raja Pais mempunyai kepelbagain menu Pais". - Tengku Helmieza Raihan Binti Raja Za'aim; Managing Director
MEMPERKASA JUALAN DALAM TALIAN SEMASA PANDEMIK COVID-19
Pada tahun 2020, restoran kedua Kancil Raja Pais (KRP) dibuka di Danau Kota iaitu beberapa hari sebelum pandemik COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia sebaik sahaja beberapa hari restoran di buka. Kancil Raja Pais (KRP) bertindak segera dengan melayani pelanggan yang membuat pesanan dari Whatsapp, Grab Food, Food Panda dan Drive Thru COD.
Jika anda lihat dari gambar di atas, ada kaunter / pondok tersedia di luar restoran. Di sinilah tempat ambil pesanan makanan semasa PKP dahulu. Sekarang, servis itu diteruskan dan ditambah dengan servis melayani pelanggan yang ingin membuat tempahan makan di dalam restoran. Table for 4 person please. Cewahhhh.
MENGENAI KANCIL RAJA PAIS
Kancil Raja Pais aka KRP (sebelum ini dikenali sebagai Kancil Raja Patin) dimiliki oleh adik-beradik yang sangat menyukai menu Tempoyak. Mereka adalah Tengku Helmieza Raihan Binti Raja Za'aim, Tengku Helmy Farhan Bin Raja Za'aim, Tengku Ameer Farees Bin Raja Za'aim dan Tengku Ameeraa Balqees Binti Raja Za'aim. Restoran Kancil Raja Pais (KRP) bermula pada tahun 2016 di Temerloh, Pahang.
Lokasi utama di Bukit Desa Semantan, Temerloh, Pahang. Restoran ini luas dengan fasiliti dua tingkat yang boleh memuatkan seramai 500 pelanggan dalam satu-satu masa dan unit kedai di lot sudut hujung. Menyediakan lebih 50 jenis menu berasaskan Tempoyak untuk para pelanggan nikmati.
Perniagaan semakin maju, permintaan juga tinggi terutamanya di Kuala Lumpur. Mendengar permintaan pelanggan, pada tahun 2018, Kancil Raja Pais aka KRP membuka gerai pertama di kawasan Setapak Indah, Kuala Lumpur dengan menjual beberapa menu laris dan kegemaran ramai.
Kemudian pada tahun 2020, Kancil Raja Pais aka KRP membuka cawangan berupa restoran di Danau Kota beberapa hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pandemik COVID-19. Cabaran perniagaan ditempuhi, pasukan KRP berfikir secara kritis dengan memperkasakan jualan dalam talian.
Di KRP, menu paling digemari adalah Patin Gulai dan Patin Pais. Namun, Kancil Raja Pais aka KRP ingin mengangkat menu Pais Tempoyak ke peringkat antarabangsa. Penyertaan Kancil Raja Pais aka KRP di MIHAS 2022 baru-baru ini juga telah memberi pendedahan kepada objektif perniagaan Kancil Raja Pais aka KRP.
Keunikan Pais terletak pada penyediaannya, ia disediakan secara tradisional menggunakan bahan-bahan segar seperti cili, pucuk daun kesom, bunga kantan, kunyit hidup dan lain-lain. Kemudian ia ditumbuk dalam lesung batu sehingga lumat. Setelah siap, bahan tadi akan dicampurkan bersama Tempoyak. Seterusnya masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk, gaul-gaul rata dan siap untuk di hidang.
Pais yang sedap boleh dimasak bersama makanan laut yang lain juga selain Ikan Patin. Pais Bakar, Pais Kayu Api atau Pais Seafood? Semuanya pasti sedap. Kelainan lain yang anda boleh makan Pais adalah menjadikan ia sebagai saus pencicah. Makan bersama Sotong Bersalut Tepung atau Udang Bersalut Tepung. Mungkin lepas ni makan dengan keropok pun boleh? Bagi penggemar Tempoyak, apa sahaja yang digabungkan dengan Pais Tempoyak akan mengangkat selera mereka. Hehehe.
PRODUK KANCIL RAJA PAIS
Kancil Raja Pais aka KRP juga mempunyai produk ready-to-eat iaitu Pes Pahlawan yang diberi nama Pes Gulai Tempoyak Tok Gajah dan Pes Pais Tempoyak Mat Kilau.
Pes Gulai Tempoyak Tok Gajah (300 gram) RM 25
Pes Pais Tempoyak Mat Kilau (300 gram) RM 25
Jom ke Kancil Raja Pais aka KRP Danau Kota untuk nikmati sendiri kelazatan menu Pais Tempoyak atau mendapatkan Pes Pahlawan sedap KRP.
CAWANGAN KANCIL RAJA PAIS
RESTORAN KRP TEMERLOH HQ
📍 63, Jalan BDS 1, Bukit Desa Semantan, Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: 11 AM - 9 PM Setiap Hari
Whatsapp 013 886 6164
RESTORAN KRP DANAU KOTA
📍18, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11 AM - 10 PM Setiap Hari
Whatsapp: 013 432 6165
GERAI KRP DANAU KOTA
📍 Jalan 1/23E, Taman Setapak Indah, Setapak, Kuala Lumpur
Landmark: Depan Taska Bonda Mama
Waktu Operasi: 11:30 AM – 4 PM Setiap HariWhatsapp: 013 432 6165
GERAI KRP SRI RAMPAI
📍 Jalan 1/26, Taman Tasik Sri Rampai, Kuala Lumpur
Landmark: Berhadapan Masjid Abu Ubaidah
Waktu Operasi: 11 AM - 10 PM Setiap Hari
Whatsapp 013 432 6165
Cabaran yang dilalui Kancil Raja Pais aka KRP dan perjuangan mereka harus dijadikan contoh kepada perniagaan F&B yang lain. Ini kerana, semangat begini menjadi inspirasi buat kita semua. Semoga terus maju jaya Kancil Raja Pais.
Tags
Foodie
pagi² terus lapar tengok makanan sedap .. mengundang sungguh mcm kena perlukan kegigihan untuk pergi ke sana..
BalasPadamTerliurr sudah..Teringat pula masa makan pais ikan patin masa di Kuantan lepas. Memang terangkat, sedap betul! Lepas ni kalau singgah KL boleh ke Kancil Raja Pais ni pula utk rasa.
BalasPadamOhh wowo...I love tempoyak dishes too as a durian lover myself, thanks for sharing this restaurant that in Klang Valley that Sienny can visit & I'm tempting to try the tempoyak tepung salut that I have not tasted before. Time to check out. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadamFuhhh, meletup merik habis kalau dengan patin ni. Apatah lagi menu pais, macam-macam ada pulak tu, Terbaik laaa
BalasPadamWahhh ni dekat ngan rumah Nell jer la! Kena pergi la, serious banyaknya option masakan yang berasaskan tempoyak! Tgk gmbr jer pun dah terliur! 🥰
BalasPadamsaya ni memang peminat patin tempoyak. kat kl ninsusah nak cari yang authentic pahamh. ok nanti boleh try yang ni macam sedap je
BalasPadamtak ada rezeki nak pergi sini. ada dapat juga jemputan. tengok kawan-kawan share nampak menarik giler menu diorang. kita pulak memang hantu tempoyak. huhu
BalasPadamAduhai sedapnya semua menu2 tu! Keli pais tu, menitik air liur kita wakkk... Tak sabar nak try!
BalasPadamMenu pais ni macam baru naik kan, saya suka tapi tak banyak tempat yang jual buat sedap, manti boleh try kat sini.
BalasPadamTerliur sis tengok sotong, dan pelbagai seafood yang rangup and also the special sos tempoyak
BalasPadam