MILO® MENYEMARAKKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA DENGAN ACARA FINALE MALAYSIA BOLEH BERSAMA MILO

Kempen bulan kebangsaan anjuran MILO®, #MalaysiaBolehBersamaMILO tiba ke kemuncaknya pada Hari Malaysia. Hari ini, di Dataran Merdeka bertukar menjadi ‘lautan’ hijau apabila dibanjiri lebih 20,000 rakyat Malaysia yang menyertai sambutan Hari Malaysia dengan sangat bertenaga. 

Bermula hujung Ogos lalu, kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO telah menyatupadukan rakyat Malaysia di seluruh negara dengan siri jelajah Lori MILO® ikonik untuk meraikan semangat perpaduan dan memupuk kecekalan yang disemarakkan oleh tenaga MILO®.

MILO® MENYEMARAKKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA DENGAN ACARA FINALE MALAYSIA BOLEH BERSAMA MILO



Larian Malaysia Boleh Bersama MILO® yang cukup bertenaga telah membuka tirai acara finale. Upacara pelepasan telah disempurnakan oleh Datuk Rashid Sidek, legenda badminton negara dan duta MILO® HI FIBRE yang hadir untuk menyuntik inspirasi agar berani terus melangkah, seperti diri beliau sendiri dengan tenaga MILO® setiap hari. 

AKTIVITI MALAYSIA BOLEH BERSAMA MILO® DI DATARAN MERDEKA


Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang bertenaga lagi menyeronokkan, selari dengan usaha berterusan MILO® untuk menerajui gaya hidup aktif rakyat Malaysia dari semua peringkat umur – antaranya, senamrobik, senaman Zumba dan sesi surf skate (papan luncur) yang menampilkan platform ombak mudah alih pertama di Malaysia. 

THE CARETON



SARAPAN BERSAMA MILO®


KENALI PRODUK MILO® DAN JOM MINUM MILO®


DAPAT HADIAH PAYUNG MILO®

MELUNCUR BERSAMA MILO®


ZUMBA BERSAMA MILO®


LAGU KITALAH JUARA


Melangkah lebih jauh untuk membangkitkan semangat juara dalam diri semua, MILO® telah mempersembahkan buat pertama kalinya lagu baharu eksklusif, “Kitalah Juara” yang disampaikan oleh Sahabat-sahabat MILO® - Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac and Jestinna Kuan pada acara tersebut. 

Lagu ini diharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju puncak pencapaian tertinggi sebagai sebuah negara atas semangat perpaduan dan kecekalan.

“Kami amat menghargai sokongan padu rakyat Malaysia terhadap kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO sehingga menjadikan acara kemuncak ini sambutan Hari Malaysia yang terbesar dan paling tidak dapat dilupakan dalam sejarah penganjuran kami. 

Sebagai jenama yang telah berkembang bersama negara dan dekat di hati jutaan rakyat selama lebih 70 tahun, kami akan terus membekalkan tenaga kepada rakyat dengan kebaikan khasiat MILO® untuk bertahun-tahun lagi lamanya. 

Semoga semangat Malaysia Boleh akan terus membara dan mendorong rakyat Malaysia untuk melangkah lebih jauh dalam kehidupan mereka, tidak kira apa jua yang ingin dicapai,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

LAUNGAN MALAYSIA BOLEH BERMULA PADA TAHUN 1993


#MalaysiaBolehBersamaMILO meraikan semangat kecekalan rakyat Malaysia seperti yang terungkap dalam sorakan ‘Malaysia Boleh’ yang diilhamkan oleh MILO® sempena Sukan SEA 1993. Slogan asal MILO® itu kemudiannya telah berkembang menjadi laungan harapan rakyat yang membakar semangat juara takkan gentar untuk mencapai kejayaan.

Kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO ini turut mencapai sasaran dari segi menyatupadukan rakyat dengan inspirasi untuk melangkah jauh berbekalkan kebaikan tenaga MILO®. 


Lebih 200,000 cawan minuman MILO® percuma telah diagihkan melalui Jelajah Perpaduan Van MILO® serta ditebus dengan tempahan set hidangan di mana-mana lapan restoran rangkaian merentasi 1,400 cawangan yang mengambil bahagian di seluruh negara.

CAHAYA HIJAU DI MENARA TS LAW PADA 16 SEPTEMBER 2022


Menutup tirai kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO dengan lebih bertenaga lagi, pada malam Hari Malaysia, MILO® akan ‘menakluki’ salah satu mercu tanda ikonik ibu kota, Menara TS Law. Bangunan pencakar langit itu akan ‘bermandi’ cahaya hijau ikonik MILO® yang melambangkan matlamat jenama itu untuk membekalkan tenaga dan menyuntik inspirasi agar rakyat Malaysia melangkah lebih jauh dengan kebaikan khasiat MILO®.

Untuk sorotan aktiviti-aktiviti kempen, ikuti MILO® Malaysia dan #MalaysiaBolehBersamaMILO di media sosial atau layari www.milo.com.my.
                                                           

MENGENAI MILO®


MILO® merupakan minuman malt coklat berkhasiat yang terkemuka di Malaysia dengan rasa ikonik kegemaran ramai. Dengan gabungan unik kebaikan barli malt, susu dan koko serta 6 vitamin dan 3 mineral, MILO® telah memupuk generasi juara turun-temurun dengan tenaga untuk melangkah jauh. 

Selama lebih 70 tahun, MILO® telah membangun bersama Malaysia dan menjadi sebahagian daripada warisan sukan negara, bukan sahaja dari segi membekalkan nutrisi kepada atlet-atlet malah menyediakan platform untuk mereka berkembang dan berjaya melalui pelbagai program sukan akar umbi MILO®.

MENGENAI NESTLÉ MALAYSIA


Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 180 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. 

Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak 1912, kami telah menjana khasiat rakyat Malaysia menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami.

Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال