Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby masak Laksa Penang. Stail Ruby punya laksa memang tidak pedas. Kalau nak pedas, boleh tambah cili potong atau sambal. Ruby dan anak-anak tak tahan makan pedas, berair hidung kami nanti. Telinga berasap dan siap pakej suara menahan kepedasan. Hahaha.
RESEPI LAKSA PENANG PEKAT TAK PEDAS
Bahan-bahan yang duperlukan semasa membuat laksa sangat mudah. Cuma yang tidak tahan adalah bau satu rumah. Rumah pangsapuri sistem pengudaraan memang tak cukup luas, jadi kalau masak Laksa atau rebus-rebus. Semua pintu dan tingkap kena buka. SK Magic pun on. Hahaha.
Bahan-Bahan Laksa Penang:
1 pek Laksa Panjang Cap Bunga
6 ekor Ikan Makarel (1KG)
1 pek Daun Kesom
3 batang Bunga Kantan
3 batang Serai
5 biji Bawang Merah
1 biji Bawang Holland
1 labu Bawang Putih
9 biji Cili Padi
5 keping Asam Keping
150g Cili Giling Adabi
Air
Bahan-bahan hiasan:
5 biji Cili Padi Merah
5 biji Telur
1 biji Bawang Merah
1 biji Bawang Holland
1 ikat Daun Pudina
1 batang Timun Jepun
Bahan-bahan untuk direbus:
1 kg ikan Makarel
5 keping asam keping
air secukupnya
Bahan-bahan kisar (A):
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
1 labu bawang putih
9 cili padi
Bahan-bahan kisar (B):
isi ikan Makarel
air rebusan ikan Makarel
Bahan-bahan (C):
3 kuntum bunga kantan, belah dua
1 ikat daun kesum
3 batang Serai (ketuk)
garam secukup rasa
Jom kita mula masak. Ruby kalau masak laksa, pertama sekali basuh telur dan rebus. Kemudian rebus ikan. Sambil menunggu di masak dengan sempurna. Ruby akan sediakan bahan untuk kisar dan bahan hiasan. Potong bawang untuk kisar semangkuk. Kemudian untuk condiment laksa semangkung. Hiris bawang cantik-cantik. Diikuti dengan bahan yang lain.
Selesai bab itu, secara automatik telur dan ikan yang direbus juga siap. Hehehe. Tutup api dan bagi mereka cool down. Kemudian tapis air ikan. Asingkan ikan dari tulang. Ruby kalau kisar ikan, hanya guna isi sahaja. Blender Ruby tak cukup kuat untuk kisar tulang ikan. Nanti tulang ada dalam kuah laksa tak selamat pula.
Selesai bahagian itu, barulah Ruby start bersihkan laksa basah dan rebus sekejap. Sambil itu, masak kuah laksa dalam periuk yang sama kita rebus ikan. Masuk bahan-bahan A, B yang telah dikisar, bahan C dan satu senduk cili giling. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan garam. Tahap kemasaman anda boleh kawal dengan Asam Keping. Siap.
Sambil tunggu masak sempurna, boleh kopek telur rebus dan belah dua. Kemudian tapis Laksa yang direbus tadi. Boleh mula kemas meja untuk hidang bahan penyedap Laksa Penang.
Selamat Menjamu selera!
Tags
Foodie