SUTRADARA DAIN SAID KEMBALI DENGAN FILEM HARUM MALAM
Selasa, September 27, 2022SUTRADARA DAIN SAID KEMBALI DENGAN FILEM HARUM MALAM | Pengarah filem tersohor Dain Said, kini kembali dengan sebuah karya baru yang amat dinanti-nantikan. Filem Harum Malam yang bergenre seram, bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 09 Febuari 2023. Harum Malam berkisarkan pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu meihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia.
Keupayaan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib. Satu peristiwa telah menyebabkan rakan-rakan dan keluarga Iqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang amat merbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewa ini untuk melawan makhluk tersebut.
SUTRADARA DAIN SAID KEMBALI DENGAN FILEM HARUM MALAM
Skop, penerbit filem seram Munafik 2, yang masih memegang rekod kutipan pawagam filem seram yang paling tinggi, akan mengendalikan pengedaran di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Edaran Skop terkini, filem Mat Kilau, telah berjaya menjadi filem box office terbesar di dalam sejarah filem Malaysia.
Manakala D’Ayu Pictures pula akan menayangkan filem sulung mereka, Daddyku Gangster pada bulan Disember. Harum Malam juga diterbitkan dengan sumbangan dana daripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Manakala D’Ayu Pictures pula akan menayangkan filem sulung mereka, Daddyku Gangster pada bulan Disember. Harum Malam juga diterbitkan dengan sumbangan dana daripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Harum Malam akan mendapat tayangan perdana antarabangsa (Festival World Premiere) di Fantastic Fest, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara. Filem-filem lain yang pernah ditayangkan pada festival filem ini adalah seperti filem Spilt (2016), arahan M. Night Shyamalan dan There Will Be Blood (2007), arahan Paul Thomas Anderson. Festival filem Fantastic Fest ini akan berlangsung di Austin, Texas pada 22-29 September 2022.
Pada bulan Oktober pula, Harum Malam akan mendapat tayangan perdana Eropah (European premiere) di Sitges Film Festival, Sepanyol, sebuah festival filem yang mengetengahkan filem-filem seram dan fantasi dari seluruh dunia. Filem-filem mashyur yang pernah ditayangkan di sana termasuklah filem Pulp Fiction (1994), arahan Quentin Tarantino, dan Arrival (2016), arahan Denis Villenueve. Di pasaran antarabangsa, Harum Malam diwakili oleh Reel Suspects, manakala XYZ Films pula mewakili filem ini di pasaran Amerika Utara. Judul antarabangsa untuk filem Harum Malam adalah Blood Flower.
“Kali terakhir saya mengarahkan film seram adalah Dukun pada tahun 2006. Saya tak sabar untuk filem Harum Malam bertemu dengan penonton filem tempatan, terutamanya peminat filem seram, pada bulan Februari tahun depan!
– Dain Said –
(Pengarah filem Harum Malam)
Dukun, yang ditayangkan pada 2018, adalah di antara 5 filem paling pecah panggung bergenre seram di Malaysia. Dain Said telah menerima gelaran Pengarah Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 untuk filem Dukun.
1 comments
eee takut wak nk tgk filem hantooo,, huhuhu
BalasPadamPERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.