TEATER MUZIKAL UPIN & IPIN - PIN PIN POM! TIKET LES COPAQUE DISKAUN SEHINGGA 50 PERATUS

Assalammualaikum semua! Nama Les Copaque tu berasal dari perkataan "Last-Kopek" yang bermaksud peluang terakhir setelah semua usaha diberikan untuk sesuatu impian atau perkara yang kita ingin capai. Jadi! Ini adalah peluang terakhir anda untuk dapatkan tiket Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!

Pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom bakal berlangsung pada 3 & 4 September ini di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Terdapat 3 pementasan setiap hari. Di antara masa pementasan adalah jam 11 Pagi, 3 Petang dan 8 Malam. 


TEATER MUZIKAL UPIN & IPIN - PIN PIN POM! TIKET LES COPAQUE DISKAUN SEHINGGA 50 PERATUS


Teater muzikal terbaharu ini menampilkan lakonan dan aksi maskot Upin & Ipin serta kawan-kawan dalam pengembaraan dunia penuh magik, “Pin Pin Pom!”. Teater ini akan menggunakan teknologi terkini seperti teknik kesan khas, efek pencahayaan serta penggunaan LED skrin bagi memberikan impak luar biasa kepada pementasan tersebut. 

Teater ini dihasilkan oleh Les' Copaque Production dan diuruskan bersama oleh syarikat Star Fotress Sdn Bhd serta diarahkan oleh pengarah teater Siti Rohaya Atan. “Teater Muzikal Upin & Ipin — Pin Pin Pom!” ini akan dipentaskan di Dewan Plenary , Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 3 & 4 September 2022 dengan waktu persembahan pada 11pagi, 3 petang dan 8.15malam. 

Bersempena dengan cuti sekolah yang bakal bermula, pihak Les' Copaque berbesar hati menawarkan harga promosi untuk Teater Muzikal Upin & Ipin Pin Pin Pom! iaitu potongan harga tiket sehingga 50%. 


Untuk mendapatkan promosi ini, layari laman web Trip.Com dan tiket masih boleh dibeli sehingga pada hari persembahan. 

1 JAM YANG MENYERONOKKAN


Pementasan “Teater Muzikal Upin & Ipin — Pin Pin Pom!” ini berdurasi lebih 1jam dan ianya padat dengan aksi mendebarkan serta mencuit hati dengan lagu-lagu muzikal yang pasti membuatkan penonton terhibur dan turut menyanyi bersama-sama. 

Lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah dari lagu-lagu popular Upin & Ipin seperti “Gembira Bermain” dan beberapa lagu-lagu baru seperti lazu “Upin & Ipin Berani” dan “Pin Pin Pom!”.

Teater ini juga akan menampilkan beberapa watak baru yang pertama kali dimunculkan di pementasan teater seperti watak Pahlawan Magik Upin Ipin dan Nenek Kebayan Vogue.

SINOPSIS TEATER MUZIKAL UPIN & IPIN - PIN PIN POM! 


Upin dan Ipin secara tidak sengaja terjumpa dan membawa pulang Batu Delima Sakti milik Nenek Kebayan. Nenek Kebayan yang mempunyai niat jahat untuk menakluki dunia magik, memerlukan kuasa dari Batu Delima Sakti tersebut. 

Upin dan Ipin bertukar menjadi Pahlawan Magik dan menentang Nenek Kebayan. Berjayakah Upin dan Ipin menghalang niat Nenek Kebayan dan melindungi dunia magik serta Kampung Durian Runtuh? 

Pin Pin Pom!! 

JUALAN MERCHANDISE TEATER MUZIKAL UPIN & IPIN - PIN PIN POM! 


Kelainan dalam Teater Muzikal Upin & Ipin — Pin Pin Pom! pastinya berbeza dengan pementasan teater dewasa. Ia lebih seronok, sebab boleh berinteraksi dengan soalan dari Upin & Ipin. Malah ada aktiviti boleh dilakukan sambil menonton. 


Nak lagi best? Beli Lightstick U&I untuk anak-anak anda guma semasa Pin Pin Pom! Pasti mereka suka. Selain dari Lightstick U&I ni, ada lagi jualan merchandise Upin & Ipin yang lain. 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya! Beli tiket anda sekarang! https://my.trip.com/things-to-do/detail/45137828/?locale=en-MY&allianceid=3328438&sid=15666085

1 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال