MOVIE REVIEW: DON'T LOOK AT THE DEMON | Assalammualaikum semua! Pada 29 September 2022, Ruby berkesempatan hadir menonton tayangan perdana filem Don't Look At The Demon di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Turut hadir ke majlis pratonton adalah YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dan tetamu kehormat yang lain.
Filem ini terbitan Barnstorm Entertainment & Bliss Pictures. Pengarah adalah Encik Brando Lee dan Penerbit adalah Dato' Stanley Ling. Pertama kali melihat poster, dah seram. Tapi, masih nak menonton. Sebab filem ini akan ditayangkan ke peringkat antarabangsa. Suatu pencapaian yang membanggakan negara Malaysia. Tahniah kami ucapkan!
MOVIE REVIEW: DON'T LOOK AT THE DEMON
Terbitan : Barnstorm Entertainment & Bliss Pictures
Penerbit Eksekutif : Dato' Stanley Ling
Pengarah : Brando Lee
Negara Asal: Malaysia
Genre: Seram
Pengedar : Metrowealth
Bahasa : English
Jumlah Waktu Tayangan : 93 Minit
Klasifikasi : 18
Tarikh Tayangan : 6 Oktober 2022
Barisan pelakon:
Fiona Dourif sebagai Jules
Jordan Belfi sebagai Matty
William Miller sebagai Ian
Malin Crepin sebagai Martha
Harris Dickinson sebagai Ben
Randy Wayne sebagai Wolf
Phan Nhu Thao sebagai Annie
Konglar Kanchanahoti sebagai Sami Thai
Trailer:
SINOPSIS FILEM DON'T LOOK AT THE DEMON
Pasukan penyiasat paranormal Amerika dan ketua rancangan TV mereka telah ke tanah tinggi yang indah di Bukit Fraser, Malaysia. Kebolehan mendengar dan merasai kehadiran makhluk halus memberi keistimewaan pasukan ini memilih kes seterusnya. Rumah agam tesergam indah menjadi pilihan apabila pertolongan luar biasa diinginkan.
Sebelum memulakan apa-apa ritual, mereka perlu mengumpulkan bukti di sebuah rumah yang dibina pada tahun 70-an. Pasangan suami isteri Ian dan Martha baru memiliki rumah itu selama 6 bulan dan mendakwa mengalami gangguan aneh.
Pada mulanya, dakwaan pasangan itu kelihatan meragukan dan pasukan penyiasat mengesyaki kedua-duanya mungkin hanya mencari publisiti. Tetapi Jules, psikik dalam pasukan, mempunyai pengalaman yang mengerikan di ruang bawah tanah rumah tersebut dan menyebabkan mereka percaya mungkin ada lebih daripada apa yang di lihat.
Apabila pasukan ini menyelidik misteri rumah tersebut dengan lebih mendalam, mereka menghadapi gangguan dan penampakan yang lebih menakutkan daripada yang pernah mereka saksikan dari kes-kes sebelum ini. Beberapa ruang rahsia ditemui di dalam rumah lama dan jelmaan roh jahat lebih jelas.
Malah rahsia yang lebih gelap terbongkar dalam sejarah rumah itu berkaitan dengan ritual terlarang Thai. Iaitu ritual mengeluarkan bayi berusia 3 bulan dari rahim ibu hidup-hidup. Roh dendam ibu-ibu yang resah dan kuasa ghaib ganas mengancam untuk memusnahkan semua yang cuba menghalang.
Jules, yang mempunyai keistimewaan dan pernah melakukan perjumpaan ghaib semasa kecil adalah orang yang boleh menanganinya dengan bantuan Sami Thailand. Namun, gangguan lebih hebat berlaku dan melibatkan kecederaan ahli paranormal.
PENAMPILAN PELAKON ANTARABANGSA MEMBERI KEUNIKAn KEPADA FILEM MALAYSIA
Sejujurnya, penampilan pelakon antarabanga memberi banyak keunikan kepada filem tempatan. Bukit Fraser menjadi lokasi lakonan dan kawasan agak menyeramkan. Impak yang lebih seram terpapar di wajah mereka terus menusuk jiwa penonton. Serius!
JALAN CERITA PADU, SISTEM BUNYI SINEMATOGRAFI HEBAT, JELMAAN HANTU DAN ROH BUAT PENONTON KETAKUTAN
Menonton Filem Don't Look At The Demon di pawagam adalah kerja gila Ruby pernah buat. Ruby bukan fans cerita bergenre seram begini. Kerisauan yang Ruby fikirkan adalah bagaimana nak tidur malam ni? Risau mimpi yang aneh-aneh. Mungkin juga tidak boleh tidur sebab terbayang-bayang jelmaan hantu-hantu dalam filem ini.
Alhamdulillah semua itu tiada berlaku sebab Ruby tengok betul-betul filem ini walaupun kedua-dua tangan menutup muka. Mata melihat disebalik jari jemari. Puas hati menonton filem Don't Look At The Demon di pawagam sebab sistem bunyi filem ini cemas dan konsisten dalam setiap babak.
Penghayatan watak dari semua pelakon juga memainkan peranan besar, dialog mereka, jeritan suara diganggu makhluk halus, ekspresi wajah dan luka-luka yang terdapat di kulit mereka tampak nyata. Hebat betul. Mesti pengarah sangat teliti.
Sinematografi jelas dari satu jalan cerita ke adegan seterusnya. Berdebar-debar setiap kali gangguan dari roh berlaku. Plot twist dalam filem ini banyak buka fikiran kita bagaimana semua itu berlaku. Peralihan dari setiap tragedi memberi klu kepada gangguan seterusnya.
Bak kata Sami Thailand "There is not Evil, There is only Ignorance".
Jom tonton Filem Don't Look At The Demon yang akan ditayangkan pada 6 Oktober 2022 di seluruh pawagam di Malaysia. Apa pendapat anda? Tinggalkan pendapat anda di ruang komen.
Tags
Hiburan
tengok trailer pun dah seram apatah lagi full movie. banyak betul gangguan sekarang yang datang dari rahsia orang lama. kesian penghuni baru kena hadap, nasib baik lah ada yang mampu tolong
BalasPadamTengok trailer pun dah rasa takut. Lepas baca review Ruby, terasa nak pergi tengok juga. Tapi kena ajak kawan-kawan sekali. Biar takut sama-sama.
BalasPadamEh. Nie yang buat Rawlins nak layan this weekend. Rawlins memang suka layan horror movies nie
BalasPadamMacam best jaaa ni, boleh masuk list menonton wayang ni, tapi kena cri geng hantu dulu hahahaha
BalasPadambestttt saya suka genre seram. ok nanti boleh pi tengok lama tak layan movie seram kat cinema
BalasPadamMy god! Banyak filem2 best2 time nak Halloween ni... kena masuk dalam watchlist la since ada long weekend... tengok trailer pun rasa disturbing apatah lagi habiskan nanti...
BalasPadamOhh my akak this is so scarry for sienny to watch la...even I felt scared when I watch the trailer. LoL 😆 sienny is timid as worry with nightmare after watching. So reading your movie review really good for me. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadamAM paling suka jalan cerita dan plot twist movie.. Kemas sekali.. susunan babak ke babak memang buat suspens nak tahu apa yg akan berlaku dan cerita d sebaliknya..
BalasPadamWah macam best dan gempak wei moview ni, i tengok trailer pun dah tak sabar i watch the movie
BalasPadam