MOVIE REVIEW: SIKU 12 LANGKAH DERHAKA MENYINGKAP SEJARAH PERSILATAN NUSANTARA

MOVIE REVIEW: SIKU 12 LANGKAH DERHAKA MENYINGKAP SEJARAH PERSILATAN NUSANTARA | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby berkesempatan menonton filem Siku 12 Langkah Derhaka arahan Azhari Zain, penerbit Mohd Hafiz Mohd Nafiah dan terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd. 

Pada awalnya Ruby tidak meletakkan harapan tinggi sebab filem aksi dan melibatkan seni mempertahankan diri mesti jalan cerita sama. Lagi pula gabungan seni Silat dan Muay Thai dari dua negara di antara Kedah, Malaysia dan Selatan Thailand. Namun, sangkaan Ruby meleset. Filem Siku 12 Langkah Derhaka ternyata menghiburkan. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penghasilan filem ini.

MOVIE REVIEW: SIKU 12 LANGKAH DERHAKA MENYINGKAP SEJARAH PERSILATAN NUSANTARA


Tajuk: Siku 12 Langkah Derhaka
Genre: Aksi/Seni Mempertahankan Diri
Pengarah: Azhari Zain
Produksi: Power Team Entertainment Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Mohd Hafiz Mohd Nafiah  
Negara: Malaysia
Bahasa: Melayu
Durasi Filem: 1 Jam 36 Minit
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2022
Barisan Pelakon:
Syafiq Kyle sebagai Atid
Zahiril Adzim sebagai A-Wut
Moon sebagai Nawari
Lobak sebagai Nafisha
Dato Tuan Asmawi Tuan Umar sebagai Ayahman / Sheikh Rahman
Saifullah Pon Muay Thai sebagai Chiwadong The Dragon
Anas Mentor sebagai Ben Mustaza
Shahmiey Odd sebagai Husin Lang
Merah
Pak Salleh sebagai Cikgu Yaakob
Chiang sebagai Boon Mee
Azman Ahmad sebagai Manager Chiwadong
Bai Chot sebagai YB Dato Sulaiman Basha
Trailer:



SINOPSIS SIKU 12: LANGKAH DERHAKA


Filem Siku 12: Langkah Derhaka mengisahkan Atid dan A Wut berketurunan Siam adalah dua sahabat baik tinggal di Kampung Wat Siam, Pendang, Kedah. Mereka sangat meminati seni mempertahankan diri Muay Thai, apatah lagi, pertandingan Muay Thai dianjurkan selepas padi dituai dengan terbuka kepada peninju dari Thailand, setiap tahun. 

Bapa Atid, Ayah Man pernah belajar ilmu persilatan Seni Silat Tua Melayu Permainan Siku 12 dengan Tuan Guru Haji Zainal. Semasa berlawan dengan beberapa perompak bersama sahabatnya, Harun, Ayah Man secara tidak sengaja tertikam salah seorang perompak. 

Harun menyuruh Ayah Man melarikan diri ke kampung isterinya di Pattani. Kerana peristiwa itu, Harun berkorban dan akhirnya, meninggal dalam penjara. Apabila isterinya meninggal, Ayah Man berpindah ke Pendang bersama Atid dan hidup secara sederhana sebagai petani dan tukang kayu. Atid dapat melihat ketangkasan bapanya bersilat sehingga dapat menumbangkan lintah darat di kampung. la membuatkan Atid mengetahui apakah jurus persilatan digunakan. 

Atid beriya-iya mahu bapanya mengajar jurus persilatan, biarpun Ayah Man cuba mengelak dan merahsiakan ilmu persilatan Siku 12 akibat sejarah hitam bersama Harun. Atas desakan Atid, Ayah Man bersetuju menurunkan ilmu persilatan Siku 12, jurus yang dapat menjatuhkan musuh sekelip mata laitu jurus Langkah Derhaka walaupun dalam masa sehari. 

Namun, Atid tidak menyangka sahabatnya, A-Wut mengkhianatinya apabila mendengar Ayah Man menurunkan ilmu persilatan kerana beranggapan Atid mementingkan diri mempelajari ilmu berkenaan tanpanya. Siku 12, antara dendam, jurus Siku 12 Langkah Derhaka, maruah diri, cinta, persahabatan dan takdir, di sinilah bakal merungkai segala-galanya... 

TERTARIK KEPADA WATAK SHEIKH RAHMAN YANG MEMPERJUANGKAN SIKU 12 


Kita tidak boleh puaskan hati semua orang sebab naskah filem aksi begini sangat subjektif. Sebab bagi Ruby, ia filem yang berat. Mengangkat seni persilatan terawal di Nusantara dan menggabungkan dengan Muay Thai.

Susah tau nak dapat sisi rakaman video yang kemas. Namun setiap tansisi babak dalam filem ini jelas menerangkan watak bagaimana Siku 12 dipelajari dari awal usia sehigggalah diwarisi kepada anaknya. Setiap langkah Siku 12 mempunyai bunga tersendiri dan ia nampak kemas apabila dilakonkan oleh Dato Tuan Asmawi Tuan Umar sendiri. Mata dia sharp betul tengok pihak lawan. 

Gambar babak semasa Dato Tuan Asmawi Tuan Umar sebagai watak Ayahman semasa berusia 50-an Ruby tidak jumpa. Jika anda ingin tahu bagaimana wajah beliau, beliau memakai pakaian biru berjaket seperti gambar di bawah.


Serius selepas tonton filem Siku 12 Langkah Derhaka ni buat Ruby nak hantar anak-anak belajar Silat. Dulu, selepas filem Mat Kilau dah nak hantar mereka. Tapi Ruby hold dulu sebab banyak jenis Silat rupanya. Seronok tengok langkah Siku 12 sebab dia jenis silat yang fokus dan laju. Tak perlu guna senjata. Terinspirasi lah!

LAKONAN SYAFIQ KYLE DAN ZAHIRIL ADZIM BERI IMPAK LUAR BIASA


Lokasi penggambaran filem ini di Pendang, Kedah sememangnya mencabar. Faktor cuaca yang panas dan memerlukan komitmen seluruh pasukan SIKU 12. Sepanjang filem ini, Ruby tertarik jalan cerita yang lengkap. Penonton seperti Ruby yang tidak menyukai filem seni mempertahankan diri terus suka weeeii. Apabila Syafiq Kyle dan Zahiril Adzim bertinju di atas gelanggang. Ekspresi wajah kepenatan berlawan, percikan darah, efek cedera dan semangat nak bangkit untuk menang tu memang Ruby rasa puas hati!


Pada asasnya, Seni Siku 12 merangkumi gerakan seluruh tubuh sebagai senjata serangan. Sama seperti seni bela diri yang lain. Cuma, mereka tidak menggunakan senjata. Hanya keyakinan menggunakan anggota tubuh diberi penekanan. Penggunaan siku sebagai senjata utama bukan kau terus siku dah knock out pihak lawan. Memang kena pantas melihat persekitaran dan siku bahagian penting pihak lawan seperti leher, tulang bekang dan bahagian ada saraf tunjang.

Seni ini mengutamakan tempur jarak dekat. Apabila bertembung atau berlaga secara berhadapan bagi mengalahkan musuh, ia memfokuskan kepada tiga sasaran. Sama ada mencederakan lawan, mematahkan tulang anggota lawan atau memukul dengan pukulan maut. Falsafahnya mudah. Siapa yang cepat dia yang dapat.

Untuk memahirkan diri dengan seni ini, seseorang itu memerlukan latihan sekurang-kurangnya dua tahun hanya untuk kefahaman dan kemahiran dalam peringkat ‘Siku 12’ sahaja. Bagaimanapun, hanya dengan menamatkan Siku 12 sahaja sudah cukup memadai untuk digunakan sebagai ilmu seni mempertahankan diri. Namun, AyahMan pun belajar 7 tahun! Syafiq Kyle sebagai watak Atid boleh belajar 3 hari je tau! Cepat pick up! Sebab dalam filem ini, asas seni mempertahankan diri telah di ajar oleh Zahiril Adzim yang memegang watak A-Wut. 


BUDAYA MALAYSIA DAN THAILAND BERSATU


Di dalam filem ini Ruby nampak kegigihan pengarah dalam menggabungkan pelbagai elemen budaya. Sedikit sebanyak kita sebagai penonton faham apa yang berlaku. Seronok apabila dialek Thailand dan budaya diraikan bersama. Ruby terus buka peta Malaysia untuk lihat betapa dekat negara jiran kita. Baru tahu Pendang, Kedah di mana dan betul ke ada kejohanan Muay Thai? Selalu tengok perlawanan Muay Thai peringkat antarabangsa dekat TV je. Ni stail jaguh tempatan, memang best! 

Penyeri filem SIKU 12 Langkah Derhaka, Anas Mentor. Dialog dia dengan watak dia memang kelakar. 


JOM TONTON FILEM SIKU 12 SEKARANG!


Filem Siku 12: Langkah Derhaka arahan Azhari Zain memiliki kekuatan tersendiri kerana kehebatan seni persilatan Melayu dan Muay Thai untuk menarik penonton ke pawagam. Naskhah bergenre aksi terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd ini menampilkan gandingan hebat dua aktor popular tanah air taitu Syafiq Kyle dan Zahiril Adzim selaku teraju utama. la dimantapkan lagi dengan penampilan barisan pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot. 

Penerbit Eksekutif, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, perancangan untuk menerbitkan filem yang membabitkan kos sebanyak RM1.2 juta itu bermula pada penghujung 2019. Bagaimanapun, katanya, penggambaran filem itu pula hanya dapat dimulakan pada 2021. 

“Kami juga mengambil sedikit masa sebelum memulakan penggambaran kerana perlu melakukan kajian mendalam mengenai seni silat siku 12 dan mencari barisan pelakon yang benar-benar sesual dan boleh bersilat untuk beraksi dalam filem itu. 

“Penggambaran filem Siku 12: Langkah Derhaka membabitkan tempoh selama 15 hari seperti dijadualkan. la membabitkan lokasi penggambaran sepenuhnya di Pendang dan Alor Star, Kedah. 

"Bagii menampakkan suasana sebenar pertarungan ratusan pelakon tambahan digunakan dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka. Selain penampilan istimewa seramai 20 penari menora dari Persatuan Manora Kedah dan Manora Kham Kampung Kalai,” katanya. 

Mengenal cabaran menghasilkan filem berkenaan pula, kata Mohd Hafiz, dia hanya mengambil alih projek filem itu pada saat akhir. 

“Saya bersetuju mengambil alih projek dari produser, Mohamad Pozi Mansor bukan atas dasar persahabatan semata-mata tetapi saya percaya filem ini mempunyai potensi besar dan berpeluang untuk diangkat ke peringkat antarabangsa. Siku 12 ini adalah ilmu persilatan seni silat tua Melayu permainan 12 yang jarang diketengahkan dalam filem sebelum ini,” katanya. 

Bagaimanapun, menurut Mohd Hafiz, banyak yang perlu diperbaiki untuk memastikan kualiti filem itu sesuai untuk tayangan di pawagam. 

“Banyak proses yang perlu dilalui filem ini terlebih dulu sebelum mendapat kelulusan untuk tayangan di pawagam termasuk dengan Kementerian Dalam Negeri dan Skim Wajib Tayang serta wakil pawagam sendiri. Saya perlu menyiapkan dari segi proses suntingan, ‘audio mixing’ dan ‘color grading’ filem ini. Pada masa sama, filem ini juga hanya menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) sebanyak 10 peratus. Alhamdulillah, selepas melihat maklum balas positif dari semua pihak terbabit, saya dan produser kembali bersemangat untuk membawa filem ini ditayangkan di pawagam,” katanya. 
Ditanya soal kutipan filem itu pula, kata Hafiz, dia tidak mahu meletakkan sebarang sasaran, sebaliknya hanya menyerahkan kepada ketentuan Allah.

“Saya memang berdebar menanti tayangan filem ini di pawagam kerana ia filem terbitan pertama saya. Apapun, saya dan produser yang bekerja keras dan berusaha memberikan sentuhan terbark pada filem ini. Kami berkarya ikhlas dari hati dan selebihnya kami serahkan pada penilaian penonton dan soal rezeki. 

Selain kekuatan jalan ceritanya saya juga yakin dengan momentum yang ada selepas kejayaan luar biasa filem Mat Kilau Kebangkitan pahlawan, filem genre aksi Siku 12: Langkah Derhaka juga akan mendapat tempat di hati penonton. Selepas filem Mat Kilau, semua filem Melayu yang ditayangkan di pawagam juga mencecah kutipan melepasi sejuta. Justeru, saya berharap semua Penggemar filem aksi memberi sokongan pada filem Ini,” katanya. 

Filem Siku 12: Langkah Derhaka bakal ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober ini. Selain turut ditayangkan serentak di 7 pawagam di Singapura dan satu pawagam di Brunel Darussalam. 

5 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. cerita ini mengangkat seni pertarungan yang sebenarnya byk langkahnya... akk br tahu ttg langkah siku ni.. nampak mudah tapi kena ada skill tertentu.. btw 2 main leads sgt baik menjayakan watak yg diberikan

    ردحذف
  2. Fuh boleh tahan mendebarkan jalan cerita dia. Suka juga tengok gerak tangkas Muay Thai selepas seni silat Melayu kita. Boleh ajak ayah pergi tonton nanti hee

    ردحذف
  3. This is really a nice movie with storyline relating to our Malay silat art, I'm going to watch this to appreciate the art & storyline, thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
  4. WOW!! Ada filem aksi bab persilatan lagi.. AM memang suka tgk genre cerita seperti ini.. boleh la hujung mggu ajak member tgk filem ini..

    ردحذف
  5. wow, i cannot wait to watch this movie not just to support local films, but to see Syafiq Kyle in action. he is such a great actor!

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال