PENGASAH PENSIL AUTOMATIK TENWIN

PENGASAH PENSIL AUTOMATIK TENWIN | Assalammualaikum semua. Hari ini Ruby buat pertama kali akan berkongsi apa yang Ruby beli di segmen Saya Beli. Sebenarnya dah lama nak buat artikel dan share kedai online yang Ruby beli. Tapi kekangan masa tidak mengizinkan.

Apabila parcel sampai, buka dan terus guna. Tak ambil gambar dan rekod video pun. Hahaha. Ruby kalau bab belanja online ni memang suka. Boleh dikatakan sejak ada internet di Malaysia ni, dah berkecimpung dalam membeli-belah online. Mudah dan jimat masa. Dah beli, kita tunggu je. So boleh lakukan aktiviti harian. Sedar-sedar parcel dah sampai. Hehehe. 

PENGASAH PENSIL AUTOMATIK TENWIN


Dulu, membeli-belah dalam talian di eBay, Taobao, SGHOP, Zalora, Lazada, Shopee, TikTok Shop, GoShop, Carousell, Amazon, IPmart, 11Street, Sephora, Hermo, Watsons, Guardian, IKEA, Shein, Motherhood dan lain-lain. Tapi di Shopee paling bertahan lama. Sebab mereka ni bijak buat kempen dan tambah fungsi SPay Later. Mak terjebak tau! Hahahaha. Tapi tak la sampai habis limit. Guna kadang-kadang je. Lepas bayar balik. Kalau ikut terma dan syarar. Bayar ikut dateline tiada sebarang cas dikenakan. Mudah kan?

Okay berbalik kepada pengasah pensil automatik Tenwin. Ruby beli pada bulan Julai 2022 baru-baru ni. Punca beli pengasah pensil automatik sebab tengok filem The Greatest Showman tu. Kalau zaman dulu ada pengasah pensil begitu, zaman sekarang mesti lebih canggih. 

Terakhir Ruby guna pengasah pensil pusing-pusing yang Desktop Sharpener tu. Beli di Mydin. Jenama tak ingat dah. 3 tahun juga pakai. Barang stationery jangan jatuh. Sekali jatuh, confirm bersepai. Sebab dah jatuh dan apabila dah pasang balik masih tak berfungsi. Maka.... cari lain.

Survey beberapa hari juga pengasah pensil automatik ni. Banyak jenama dan harga berlainan. Ada yang pakai bateri, ada yang cas. Ruby cari yang cas dan untuk pensil warna dan pensil 2B tu je. Senang universal kan. Harga masa Ruby beli RM 119.50. 




Mahal la kan, tapi kalau boleh guna bertahun. Pelaburan yang bagus. Hehehe. Masa parcel sampai. Suami tengok harga dah mula muka dia berubah. Siap tanya, sharpene mahal macam ni? Biar betul?

Ye betul, jom la cuba. Senang untuk anak-anak kita. Adam dan Alif dah guna. Mereka dah asah semua pensil warna dan pensil tulis untuk ke sekolah esok.

Sekali suami cuba, dia terus cakap "Eh ada eh pengasah macam ni. Kalau ada zaman kita dulu, mesti seronok kan?"

Jadi, Pengasah Pensil Automatik Tenwin ni mudah sangat untuk digunakan. Penghantaran pun cepat. 


CIRI-CIRI PENGASAH PENSIL AUTOMATIK TENWIN


Ini adalah ciri-ciri yang disediakan oleh pengasah pensil automatik Tenwin model 8018. Semoga informasi ini bermanfaat. 


MENGENAI TENWIN


"TENWIN" ialah jenama alat tulis yang dilancarkan oleh Ningbo Tianhong Stationery Co., Ltd., yang terutamanya terlibat dalam produk alat tulis elektrik yang inovatif berteknologi. Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna dengan menyediakan produk berkualiti tinggi dan berkecekapan tinggi. 

Mereka sangat galak mempromosikan pengasah pensel elektrik, pemadam elektrik, pembersih vakum desktop elektrik dan siri alat tulis elektrik yang lain. Produk TENWIN diperluaskan kepada alat pejabat elektrik dan produk alat tulis kreatif elektrik pada masa hadapan, membawa pengguna pengalaman yang lebih mudah dan sempurna.

Pada tahun 2014, jenama alat tulis "TENWIN" telah ditubuhkan di China. Pada 2016, "tenwin astronomi" kekal di perpustakaan jenama Tmall, dan jualan pengasah pensel elektrik berada jauh di hadapan. 

Alat tulis "TENWIN" mempunyai pasukan R&D dan kilang pengeluarannya sendiri, memfokuskan pada pengasah pensel elektrik selama sepuluh tahun. Teknologinya yang terkemuka dan berkualiti tinggi telah menjadikan kedudukannya dalam bidang alat tulis elektrik. Ia juga telah menjadi jenama alat tulis terlaris pengasah pensel elektrik di China.

Produk tersebut dijual secara meluas di lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat, Asia Tenggara dan Jepun.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال