SKECHERS MAX CUSHIONING DELTA SHOES

SKECHERS MAX CUSHIONING DELTA SHOES | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Lama betul Ruby cuti dari menulis, al maklumlah anak-anak cuti sekolah. Maka, Ruby pun sibuk dengan aktiviti harian. Ulangkaji pelajaran dan aktiviti cuti sekolah. Mereka nak masak-masak dan beriadah. Begitulah kami manfaatkan Cuti Perayaan Deepavali.

SKECHERS MAX CUSHIONING DELTA SHOES


Berbalik kepada cerita kasut Skechers Max Cushioning Delta Shoes dalam warna Blue / Light Blue ni. Sebenarnya Ruby menang peraduan dari Jom Kita Lari. Alhamdulillah.


Kasut Skechers terkini Ruby sebelum Skechers Max Cushioning Delta adalah Skechers GOwalk 6 yang Slip-On Pristin Sunset tu. Masa beli dulu, cuba pakai di kedai, memang selesa. Tapi bila pakai pergi kerja. Bahagian belakang kasut tu buat kaki melecet. Warna dah cantik, pink Mauve tu. Tapak sedap. Insole dia soft. Tapi, tak boleh pakai lama. Kesakitan tu siap meninggalkan parut. Sedih sangat masa tu. 


Sekarang tak sedih dah. Hehehe. Dah ada kasut baru Skechers Max Cushioning Delta. Skechers ni fav brand Ruby sejak zaman Britney Spears. Hahaha define youth. Kalau tahu Birtney 4 wheels Skechers. Anda muda. Kita geng. 

Membezakan kasut ini dengan yang lain adalah rekaan tepi tapak yang ada corak bentuk tiga segi tu. Unisex untuk lelaki dan perempuan. Cuma, rekaan untuk wanita kecil sikit berbanding lelaki. Malah kombinasi warna juga ada pelbagai. 


Berlari, berjalan dan bersenam dalam keselesaan sepenuhnya dengan Skechers Max Cushioning Delta. Jejaring yang direka bentuk dan bahagian atas sintetik dengan platform berkusyen Skechers Air-Cooled Goga Mat dan ULTRA GO®.

Reka bentuk Skechers Max Cushioning Delta untuk keselesaan dan sokongan yang luar biasa kepads gerakan kaki. Skechers Air-Cooled Goga Mat insole bernafas dengan kusyen lantunan tinggi. Anda akan berasa selesa dan ringan. Platform kusyen ULTRA GO® yang ringan dan responsif.

Manakala, Goodyear® Performance Outsole memberikan daya tarikan, kestabilan dan ketahanan yang dipertingkatkan. Lapisan insole buih keselesaan Ortholite® menambah kusyen jangka panjang dan kebolehnafasan tahap tinggi dengan kandungan getah kitar semula 5%. 

NRT - Teknologi Rocker Semulajadi untuk peralihan tumit ke kaki yang licin. Mesh kejuruteraan bernafas dan bahagian atas sintetik dengan renda di hadapan. Tapak luar cengkaman fleksibel dengan tumit empuk untuk kestabilan tambahan. Semestinya ada logo Skechers. 


3 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. i can already imagine myself wearing this on my next travel. the colour is so beautiful and easy to match, and the little elevation makes it comfortable and stylish!

    BalasPadam
  2. Reka bentuk Skechers Max Cushioning Delta nampak selesa dan sokongan kepada gerakan kaki. Warna pun sangat lembut dan menarik.. Nak cari gak la sepasang..

    BalasPadam
  3. Rawlins memang penggemar Skechers nie. Yang warna biru last tu nampak cantik dan GLAM gilers. Adakah daku kena beli gak nie? Haha

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال