MOVIE REVIEW: TALBIS IBLIS “THE DEVIL'S DECEPTION”

MOVIE REVIEW: TALBIS IBLIS “THE DEVIL'S DECEPTION” | Talbis Iblis, terbitan dari gabungan penerbit hebat tanah air iaitu Infinitus Gold Sdn Bhd, Astro Shaw Sdn Bhd, Jazzy Pictures (M) Sdn Bhd, A Next Star Production Sdn Bhd dan MM2 Entertainment Sdn Bhd menyaksikan kemunculan semula primadona Nasha Aziz selaku tunggak utama di dalam filem ini. 

Penantian tiga tahun untuk menemui penonton berakhir apabila filem Talbis Iblis bakal menemui anda tidak lama lagi! Filem genre seram arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Kabir Bhatia iaitu Talbis Iblis bakal menemui penonton di layar perak seluruh Malaysia dan Singapura bermula 20 Oktober ini.

Karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali pada April lalu. Selain itu, filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21

MOVIE REVIEW: TALBIS IBLIS “THE DEVIL'S DECEPTION” 



Tajuk : Talbis Iblis
Genre : Horror
Pengarah : Kabir Bhatia
Produksi : Infinitus Gold Sdn Bhd, Astro Shaw Sdn Bhd, Jazzy Pictures (M) Sdn Bhd, A Next Star Production Sdn Bhd dan MM2 Entertainment Sdn Bhd. 
Penerbit: Dato' Seri Robin Tan, Gayatri Su-Lin Pillai, T.P. Lim, Raja Jastina Raja Arshad, Joanne Goh, Vicki Yeoh, Melvin Ang dan Muhammad Fasya Daud
Penulis Skrip: Ajami Hashim
Bahasa : Melayu
Durasi Filem : 97 Min
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan : 20 Oktober 2022
Barisan Pelakon:
Azira Shafinaz sebagai Hajar
Nasha Aziz sebagai Junaidah / Mak Ju
Zul Ariffin sebagai Nasir
Amir Nafis sebagai Arshad
Jay Iswazir sebagai Zaini
Sherie Merlis sebagai Bomoh
Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim (Adik Hajar)
Izzy Reef sebagai Nasir (Muda)
Daniella Sya sebagai Junaidah (Muda)
Putri Syahadah Nurjannah sebagai Hajar (Muda)
Trailer:


OST TALBIS IBLIS | HARAPAN PENYAMBUNG MIMPI - WANI KAYRIE / INDAH RUHAILA


OST bagi filem Talbis Iblis bertajuk ‘Harapan Penyambung Mimpi’ nyanyian asal Indah Ruhaila, hasil lirik oleh Habsah Hassan dan komposer Heidi Moru dan Lo Shi Seng.



SINOPSIS TALBIS IBLIS “THE DEVIL'S DECEPTION”


‘Talbis Iblis’ yang membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia, cukup tepat menggambarkan tentang subjek utama yang diangkat dalam filem ini. Ia mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri. 


SENTUHAN PENGARAH KABIR BHATIA MEMANG POWER


Sepanjang durasi 97 minit, penonton dihidangkan dengan jalan cerita, konflik serta drama yang mendebarkan dan akan membuat penonton tidak senang duduk. Lokasi penggambaran filem ini di Pulau Carey dan Paya Indah Wetlands. Sangat mendebarkan apabila tahu kesemua kru dan pelakon telah berada di sana! Tempat keras kata orang. Shhhh. 

Meskipun membawa subjek yang amat dekat dengan masyarakat Malaysia iaitu ilmu hitam, ibu mengandung, masalah sosial, namun garapan dan cara naskhah ini dipersembahkan dengan gaya berbeza dan struktur sinematik yang terkini dari sentuhan pengarah tersohor Kabir Bathia.


Selain itu, Talbis Iblis bukan filem seram semata-mata, tetapi turut menyelitkan babak-babak yang mungkin golongan masa kini kurang didedahkan seperti adat melenggang perut. Cara penyampaian melenggang perut dalam video bukannya mudah untuk kita berasa wow! 

Kali ini, para penonton pasti akan wowwww!! dengan suntingan setiap peralihan. Langkah demi langkah dari melenggang perut, seterusnya tendang buah kelapa untuk tahu jantina bayi dengan efek bunyi dan lakonan Nasha Aziz dan Azira Shafinaz sangat real! Ruby tak pernah buat melenggang perut masa hamil dulu. Teruja pula apabila dalam Talbis Iblis dipaparkan dengan lebih terperinci. Campur dengan stail Kabir Bhatia punya efek video. Pergghhhh. Tak berkelip mata tengok filem Talbis Iblis sampai habis.


Menurut Pengarah Talbis Iblis, Kabir Bhatia berkata, “Selain dibarisi pelakon berbakat besar dan menampilkan sinematografi yang memukau, saya cuba mengekalkan elemen-elemen seram sebagai penguat cerita seperti elemen ‘jump scares’, plot twist yang tidak dijangka dan teknik kamera. 

Cabaran utama mengarahkan filem ini adalah untuk memberikan penonton rasa emosi berbeza atau pun mood ‘roller coaster’, jadi kami telah melalui proses suntingan selama selama setahun dan tahun berikutnya bagi sesi pasca akhir. 

Talbis Iblis juga merupakan projek yang paling mencabar buat saya kerana saya perlu memastikan pasukan mahupun kru serta barisan pelakon dapat tampilkan sesuatu yang di luar zon selesa mereka. Saya harap penonton dapat melihat hasil usaha keras kami dalam menghasilkan filem ini.” 


TALBIS IBLIS MEMBERI PENGALAMAN SINEMATIK YANG HEBAT



Penerbit Eksekutif Filem & Wakil Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-lin Pillai berkata, “Talbis Iblis dihasilkan untuk tayangan di layar perak, oleh itu pihak kami meletakkan fokus utama pada visual, audio dan memastikan nilai hiburan yang tinggi yang mampu memberikan pengalaman sinematik hebat. 

Malah, dengan gabungan kemunculan berkarisma pelakon Nasha Aziz, pelakon berbakat besar Azira Shafinaz, pelakon serba boleh Zul Ariffin dan pelakon yang mampu memberikan kejutan dengan sisi berbeza seperti Amir Nafis, Puteri dan Jay Iswazir, serta dimantapkan lagi dengan garapan oleh Kabir Bhatia, saya percaya ia mampu membawa penonton menyelami dan menghayati tentang betapa halusnya hasutan makhluk halus dalam menyesatkan manusia. 

Kami harap setiap filem yang kami hasilkan mampu memberikan kelainan yang bukan bergantung pada tipikal jump scares semata-mata, tetapi mengetengahkan subjek utama iaitu ajaran sesat atau makhluk halus yang amat dekat dengan budaya dan kepercayaan masyarakat Asian.”

AJAMI HASHIM PENULIS SKRIP BERBAKAT


Cerita Asal dan Skrip, Ajami Hashim berkata, “Idea Talbis Iblis ini tercetus daripada kes-kes pembuangan bayi di negara kita dan saya percaya konflik ini amat dekat dengan masyarakat. Jadi saya cuba angkat isu tersebut dan diiringi dengan mesej serta nilai pengajaran yang boleh diambil sebagai iktibar oleh ramai pihak. 

Di samping itu, Talbis Iblis turut menonjolkan keunikan latar tradisi masyarakat kita, yang saya percaya ia jarang dipersembahkan kepada umum melalui layar skrin. Saya mengharapkan penonton seronok menonton Talbis Iblis yang mampu memberi pengalaman berbeza kepada mereka, serta naskhah ini dapat menyemarakkan lagi penghasilan penulisan skrip filem seram Malaysia dengan mengutamakan pengisian dan bukan bergantung pada ‘jump-scare’ semata-mata.”
 

TERUBAT RINDU MENONTON LAKONAN NASHA AZIZ


Watak Junaidah ni sebenarnya sangat sadis. Penganiayaan dari keluarga sendiri. Hamil dan disuruh gugurkan kandungan tersebut. Sehinggakan tiada sokongan dari ahli keluarga sendiri. Jadi hilang pedoman dan menyekutukan Allah s.w.t dengan mengamalkan perkara syirik. Disebabkan oleh tipu daya Iblis, semakin lama, dia menjadi taksub. 

Lakonan Nasha Aziz di dalam filem ini berbeza dari karya-karya beliau sebelum ini. Di dalam Talbis Iblis, watak Nasha Aziz lebih kepada wanita Psiko! Serius kalau Ruby sebagai Hajar, memang tidak sangka niat sebenar Junaidah ni. Sangat tenang, pandai memujuk hati dan sentiasa ada bila kita memerlukan. Namun, niat utama adalah dia nak dapatkan bayi yang baru lahir untuk melengkapkan ritual.

Ruby suka penampilan Nasha Aziz di dalam Talbis Iblis yang serba putih. Suci sungguh rupa. Kemudian tutur kata setiap dialog tu, aghhh rindu dengan cara dia bercakap dan lakonan dia. Terubat rindu menonton lakonan Nasha Aziz di Talbis Iblis. 

Setiap babak yang ada Nasha Aziz amat dinantikan. Cantik, lemah lembut dan berani. Berani berkomunikasi dengan pendamping dia. Lepas tu berani ya masuk dalam pokok besar yang berpuaka. Di tambah pula dengan shot dari Pengarah Kabir Bathia siap ada zoom macam penglihatan mata dari Iblis. Huwaaaa tacot!!! 

LAKONAN AZIRA SHAFINAZ SEMAKIN PADU!


Umum mengenali pelakon berbakat Azira Shafinaz dari kumpulan muzik kegemaran ramai iaitu DeFam. Namun, bakat lakonan beliau tidak pernah mengecewakan. Tiap kali kemunculan Azira Shafinaz dalam naskah drama atau filem, pasti menjadi punca ketaksuban kami untuk terus mengikuti sehingga tamat. 


Memiliki rupa paras manja dan bersuara lemah lembut, jangan di sangka biasa-biasa. Beri apa sahaja tugasan, sama ada skrip, lirik, tarian, lakonan atau pengacaraan. Pasti Azira Shafinaz melaksanakan dengan baik. 

Di dalam filem Talbis Iblis, watak sebagai Hajar ni agak berat dan brutal juga. Sebab perlu melakonkan watak ibu hamil dan mempunyai keistimewaan boleh nampak perkara mistik. Cuma, apa yang dia nampak akan berlaku realiti dan siap kacau dalam mimpi. Gangguan ini semua jika Hajar ni kuat, mungkin dia boleh membantu masyarakat dalam Perubatan Islam. Setuju?

Rentetan dengan gangguan semua itu, sepanjang kehidupan Hajar dalam ketakutan. Sehinggalah dia hamil. Lagi bertambah takut. Kehidupan peribadi Hajar juga sangat gelap dipertontonkan dalam Talbis Iblis. Kematian adik lelaki pada usia kanak-kanak, ibu yang tidak ambil peduli mengenai Hajar dan dia membesar dengan persekitaran yang tidak sihat.

Akhirnya, dia hamil anak tidak sah taraf. Sepanjang hamil, dia tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sehingga mengakibatkan bayi yang dikandung mengalami kecacatan wajah. Bernikah pula dengan Arshad yang tidak berguna. Biadabnya bukan kepalang dan amat menyakitkan hati melihat watak Arshad. Sepanjang di rumah Junaidah dan Nasir, ada sahaja yang ingin dia komplen. Kesian Hajar. 

Hajar ni sering mengalami gangguan yang sangat melampau. Dia sering nampak jelmaan pendamping Mak Ju. Setiap kali apa yang berlaku di sekeliling dia, memang sangat menakutkan. Di sini kita akan nampak bagaimana ekspresi wajah ketakutan, gelisah dan insaf dari Azira Shafinaz. 

Paling seram adalah babak bayi dekat mulut tu dan babak macam filem "Get Out" yang masuk ke dalam dimensi minda tetapi ini siap ada berenang dalam air lagi. Boleh lemas. Astaghfirullahalazim mengucap panjang! Ruby pun berasa lemas!!! 

WATAK NASIR LAKONAN ZUL ARIFFIN PSIKO!


Geram dengan watak yang dilakonkan oleh Zul Ariffin sebagai Nasir tu. Kesian punya kesian, sekali nahhhhhh. Korang wajib tonton filem Talbis Iblis ni kalau nak tahu lebih lanjut. Geram tau! Psiko kau Nasir!


Nantikan filem seram Talbis Iblis di pawagam seluruh tanah air bermula 20 Oktober depan. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw, Astro Gempak, Infinitus Films MY. 

6 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Pergh, barisan pelakon kemain mantap eh. Tak sangka ramai pelakon popular belakon movie hantu pulak.

    ردحذف
  2. Wah seram juga movie ni tapi i suka tengok lakonan the cast semua mantap and something about the bomoh world for me.

    ردحذف
  3. Wow!!! Sentuhan Khabir Bhatia memang dianntikan.. AM suka sgt cara susunan plot cerita dari beliau.. Tak sabar nak tgk Zul Ariffin dan Nasha Aziz membawa watak antagonis ini..

    ردحذف
  4. Terima kasih Ruby.. pengamatan kamu sangat 'tajam' :)

    ردحذف
    الردود
    1. MasyaAllah penulis skrip di sini. Tahniah Ajami Hashim. Semoga terus sukses!

      حذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال