TAPAUFEST 2022 MENGHIMPUNKAN ARTIS INDIE TERBAIK ASIA TENGGARA DI LENGGONG PERAK 22 DAN 23 OKTOBER INI

TAPAUFEST 2022 MENGHIMPUNKAN ARTIS INDIE TERBAIK ASIA TENGGARA DI LENGGONG PERAK 22 DAN 23 OKTOBER INI | Festival Indie Asia Tenggara iaitu TAPAUfest kembali dengan keunikan dan kepelbagaian tarikan. TAPAUfest 2022 kali ini menggabungkan elemen alam semula jadi dan seni di lokasi yang jauh dari kesesakan bandar namun mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri iaitu di Lenggong, Perak. 

Ini bermakna komuniti muzik indie Asia Tenggara bakal berkumpul dan beraksi dikelilingi alam yang indah! Lenggong terkenal dengan suasana hijau dan tasiknya. Selama dua hari, kumpulan Indie dari 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura akan menghiburkan pengunjung. 

TAPAUFEST 2022 MENGHIMPUNKAN ARTIS INDIE TERBAIK ASIA TENGGARA DI LENGGONG PERAK 22 DAN 23 OKTOBER INI



22 dan 23 Oktober 2022, TAPAUfest melangkaui kebiasaan sebuah festival muzik dengan mengajak kita semua bersama berkelah atau berkhemah di Resort Tasik Raban sambil menikmati persembahan barisan pemuzik indie terbaik Asia Tenggara. Dengan berlatarbelakangkan tasik dan gunung-ganang, ia pasti memberi pengalaman yang cukup istimewa.

Pengasas TAPAUfest, Ahmad Faris, mempunyai visi yang jelas untuk TAPAUfest kali ini, "Salah satu sebab kami melakukannya di Lenggong, adalah kerana kami mendambakan peluang untuk meneroka Malaysia di luar bandar. Selepas satu dunia terkesan dengan wabak, orang ramai mahukan lebih daripada sekadar konsert".

Dengan tema #SerumpunBerpesta, TAPAUfest menghimpunkan 12 aksi persembahan ‘PENTAS’ merentasi genre dan nuansa dari Malaysia, Indonesia dan Singapura selama dua hari anda di sana. Hari pertama TAPAUfest 2022 menampilkan .Feast (ID), Margasatwa (MY), Abangsapau (SG), Sweetass (MY), The Pinholes (SG) dan Salammusik (MY). Hari ke-2 diteruskan dengan persembahan Kungfu Heidi (MY), The DARE (ID), The Filters (MY), Sobs (SG), The Times (MY) dan Hindia (ID).

MALAYSIA:



SALAMMUSIK


THE FILTERS


THE TIMES


KUNGFU HEIDI

SWEETASS


MARGASATWA

INDONESIA:



HINDIA


.FEAST


THE DARE

SINGAPURA:



THE PINHOLES


SOBS


ABANGSAPAU

Dengan campuran kugiran yang sudah dikenali dan nama yang baru naik dalam ruangan alternatif, TAPAUfest berbangga untuk menjadi pentas penampilan sulung untuk barisan artis Indonesia di Malaysia, iaitu Hindia, The Dare dan .Feast! 

Aksi dari artis Malaysia semestinya menjanjikan kelainan baharu dengan penampilan Kungfu Heidi bersama Serbuk Cheese yang pastinya membuatkan kita terpukau dengan gabungan musikalisasi hip-hop dan hardcore. 

Aksi musisi dari Singapura tidak kurang menariknya, daripada nostalgia pop-yeh-yeh The Pinholes, kepada rapper Sikh-Melayu dengan keterampilan berkain pelikat, Abangsapau, hingga ke indie pop, Sobs!

LINE UP DUA HARI TAPAUFEST 2022


Hari pertama TAPAUfest 2022 menampilkan .Feast (ID), Margasatwa (MY), Abangsapau (SG), Sweetass (MY), The Pinholes (SG) dan Salammusik (MY). 

Hari ke-2 diteruskan dengan persembahan Kungfu Heidi (MY), The DARE (ID), The Filters (MY), Sobs (SG), The Times (MY) dan Hindia (ID).

KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI DI LENGGONG


Persembahan muzik akan bermula pada pukul 5 petang, memberikan ruang dan masa untuk anda meneroka pelbagai aktiviti dan tempat menarik yang ditawarkan di Lenggong. Jadi tak perlu tergesa-gesa memasang khemah kerana ini adalah peluang anda untuk santai bersama.

Dari jam 10 pagi sehingga 4 petang, jangan lepaskan peluang untuk menonton tayangan dari pembikin filem indie dan belajar dari bengkel dan sesi kongsi di ‘BENGKEL + LAYAR’, hasil kerjasama bersama Kakiseni. Inilah masanya untuk anda ‘Tapau sedikit pengetahuan!’

Selain itu, misi TAPAUfest adalah untuk memartabatkan ekonomi tempatan dengan menyajikan makanan dan minuman mengikut citarasa tempatan di 'WARUNG'.

TAPAUfest juga bekerjasama dengan Kedai Serba Serbi untuk membawakan anda kelainan dengan terdapatnya reruai untuk barangan, rilisan fizikal seperti piring hitam, kaset dan CD, selain karya seni dari artis tempatan dan banyak lagi!

Apabila membeli tiket konsert, nilai yang diperolehi bermula dari nota pertama persembahan sehingga artis turun dari pentas. Namun dengan TAPAUfest, pengalaman itu bermula sebaik sahaja anda meninggalkan rumah anda. 

Senarai main TAPAUfest dikurasi untuk memperkenalkan dunia muzik indie Asia Tenggara sambil menemani anda dan rakan-rakan sepanjang perjalanan yang indah selama 3 jam dari Kuala Lumpur ke Lenggong. Nilai sebuah festival itu bukan sekadar terletak di persembahan muzik. Ia juga tentang kenalan baru yang dibuat dan memori yang dicipta. 

Lenggong mempunyai keistimewaannya tersendiri sebagai tapak warisan UNESCO yang menempatkan salah satu rangka manusia purba paling lengkap di Asia Tenggara, digelar sebagai ‘Perak Man’, kira-kira 11,000 tahun lalu. 

Keindahan tempat dan keunikan suasana beserta persembahan muzik yang hebat memberikan nilai lebih dari sekadar sebuah konsert, malahan bakal mengukir memori yang tidak dapat dilupakan. 

Menurut Ahmad Faris, “Kami sangat menghargai semangat dan penglibatan oleh Majlis Daerah Lenggong bagi menjayakan TAPAUfest di kawasan mereka. TAPAUfest juga tidak mungkin berlaku tanpa sokongan dari CENDANA yang menunjukkan kepercayaan mereka terhadap komuniti indie sekali lagi. 

Terima kasih juga kepada Waka, Ipoh Social Club, Santuy Travellers, Kadiak, Versussika, PBUY, Outsiders Bike, dan Anbot kerana mempercayai kami untuk memartabatkan Lenggong, seni, komuniti dan budaya indie Asia Tenggara."

HARGA TIKET TAPAUFEST


Tiket Pra-Jualan sudah boleh dibeli dengan Tiket Solo Sehari berharga RM165 (1 tiket untuk Hari 1 atau Hari 2), Tiket Solo Weekend berharga RM320 (1 tiket untuk Hari 1 dan Hari 2) dan Tiket Geng Weekend berharga RM1240 (4 tiket untuk Hari 1 dan Hari 2).

Untuk maklumat lanjut jemput ke www.TAPAUfest.asia dan TAPAU tiket anda sekarang!


Jangan lupa sebarkan berita ini dengan menggunakan hashtag #TAPAUfest #SerumpunBerpesta dan #LepakLenggong.

8 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Menarik ni, ramai artis berkumpul dalam satu festival, tentu banyak gak jualan makan kan hehehehe.. peminat indie band mesti pergi ni..

    ردحذف
  2. Ini la TAPAUfest yang my cousin dok tanya tu. Now I know apa, bila dan di mana. Thanks Ruby

    ردحذف
  3. Dalam senarai artis Indi ni semua kita kenal SalamMuzik jer hehehehe tapi kalau kena dengan lagu kita layan juga artis indi ni banyak yang hebat2...

    ردحذف
  4. Alamak!! Bila baca 'TAPAU' ingatkan pasal makanan yang boleh Bungkus Bawa balik tue, rupanya Festival Muzik yang menampilkan Himpuan pemuzik dan kumpulan Indie Band.. best kalau ajak2 kawan2 pegi sekali.. baru boleh layannnn!!

    ردحذف
  5. Ohh wlwo....now I know more about this tapaufest here as I've been seeing lots of adverts about it. Thanks for this akak. Cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
  6. Wah gempak juga festival ni, siap buat kat Perak so can take the opportunity to jalan jalan kat sana juga

    ردحذف
  7. Wow! Sure best kan Tapaufest ni! Gempak la barisan band yang bakal beraksi menghiburkan semua di Lenggong! Good to see this!

    ردحذف
  8. Wah ni memang best ni! Peminat kumpulan indie pastinya tak boleh lepaskan peluang untuk ke tapaufest! :)

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال