ESKAYVIE MINDTROPIC BANTU MERAWAT GEJALA SUKAR TIDUR DAN STRES | Assalamualaikum semua. Sejak jenama Eskayvie mula dikenali ramai dengan produk Eskayvie Diffenz ketika pandemik Covid-19 yang lepas, kini ia hadir dengan keluaran terbarunya iaitu Eskayvie Mindtropic pula. Ruby rasa pasukan Eskayvie ni ada pasukan statistik kesihatan rakyat Malaysia sebabnya mereka tahu, apa yang diperlukan oleh kita semua serta masalah yang dihadapi oleh ramai orang di luar sana.
Ruby sedang risau dengan kesihatan mental Ruby. Pelbagai faktor mendorong kita untuk ke peringkat gangguan mental jika kita tidak merawatnya. Rutin harian Ruby yang sangat padat sebagai seorang isteri, ibu, blogger dan pengamal media sememangnya perkara yang Ruby bersyukur dapat laksanakan walau pun keletihan. Rasa hari Ruby penuh dan tidak ada satu bahagian pun yang kosong. Alhamdulillah kerana sehingga hari ini Ruby mampu menguruskannya.
ESKAYVIE MINDTROPIC BANTU MERAWAT GEJALA SUKAR TIDUR DAN STRES
Namun, rutin harian ini mendorong kepada menyediakan kesempurnaan untuk diri sendiri dan juga keluarga Ruby. Meskipun nampak setiap hari adalah perkara yang sama untuk Ruby, tetapi Ruby tidak boleh berasa selesa untuk membiarkan emosi tidak merasai lagi keseronokan melaksanakan setiap satu persatu rutin harian.
Oleh kerana semakin hari semakin sibuk menguruskan rutin harian, menjadikan Ruby susah untuk tidur awal berbanding dahulu. Dulu, selepas Isyak Ruby akan terus tidur sebab perlu bangun seawal 5 pagi untuk memulakan hari seterusnya. Namun sekarang, Ruby sukar tidur dan bila bangun pagi pula rasa stres dan hilang fokus nak uruskan rutin harian. Mungkin faktor umur juga menjadikan Ruby begini. Ruby kena minum air panas pagi-pagi seperti kopi untuk segarkan diri dan sambung melaksanakan rutin harian.
Boleh dikatakan Ruby dapat tidur hanya 3 jam setiap hari kerana masalah sukar nak tidur dan tidur tak lena. Ini sebenarnya amat membimbangkan Ruby. Ruby risau ia akan membina tekanan emosi yang melampau dan mengakibatkan gangguan mental. Tahu tak, setiap gangguan mental ini cenderung ke tahap yang lebih serius?
Gangguan mental ada pelbagai jenis. Dulu, kita tahu orang gila sahaja yang ada masalah gangguan mental. Sekarang, setelah banyak kempen kesedaran di media sosial, baru kita semua tahu gangguan mental ni ada banyak kategori dan faktor yang menyebabkannya. Gangguan mental ni antaranya adalah seperti anxiety, panic attack, bipolar, depression, emotional damage, dementia, alzheimers, kemurungan, emosi, schizophrenia dan macam-macam lagi. Sejak akhir-akhir ini juga sering kita dengar berita ramai yang mengalami masalah mental. Selebriti juga tidak terlepas daripada mengalami masalah mental. Tapi tak tahu la betul atau tidak, atau pun ianya sekadar alasan.
Tidur lambat dan bila bangun pagi pula alami stres ni sebenarnya bahaya ya jika ia dibiarkan berpanjangan tanpa mendapat rawatan yang sewajarnya. Kebiasaannya stres akan menjadikan emosi kita tidak stabil, rasa sentiasa nak marah walau pun perkara kecil je, semua perkara ada je yang tidak kena dan macam-macam lagi.
Kalau dah mula lakukan rutin harian, Ruby memang tiada masa untuk sambung tidur atau berehat. Ruby akan ulang rutin ini setiap hari. Wajah pun nampak keletihan dan fokus pun kurang. Risau juga jika berlaku kemalangan semasa memandu. Dalam otak ni macam-macam perkara nak diuruskan setiap hari. Walaupun letih namun tanggungjawab tetap Ruby laksanakannya sebaik mungkin.
5 BAHAN UTAMA DAN MANFAAT ESKAYVIE MINDTROPIC
Baru-baru ini Eskayvie telah memperkenalkan produk terbarunya iaitu Eskayvie Mindtropic di pasaran yang merupakan satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie. Produk ini dihasilkan oleh Dr Syid Ayob, formulator produk kesihatan terlaris di Malaysia iaitu Eskayvie Diffenz.
Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri menerima pendidikan dari Vrije Universiteit Brussel (VUB), Brussels, Belgium. VUB merupakan di antara universiti komprehensif terbaik dunia dengan sejarah yang menjangkau 180 tahun, VUB menggabungkan penyelidikan yang memenangi anugerah dan program pengajian yang diiktiraf (Sarjana Muda, Sarjana dan PhD) dengan impak tinggi terhadap inovasi sosial, ekonomi dan budaya.
Lebih mesra dikenali sebagai Dr Syid Ayob, ramai mengikuti perkongsian doktor di media sosial kerana beliau tidak jemu berkongsi manfaat produk-produk Eskayvie. Malah setiap persoalan daripada penonton akan di jawab secara langsung berpandukan kajian dan pengalaman beliau sendiri.
Setakat ini Eskayvie telah menghasilkan 14 produk untuk melengkapkan amalan gaya hidup sihat kita.
- Eskayvie Diffenz
- Eskayvie Diffenz Junior
- Eskayvie Mindtropic
- Eskayvie Phytax
- Eskayvie Nutrelle Extra
- Eskayvie i-Qids
- Eskayvie Gutafix
- Eskayvie Redianze Platinum
- Eskayvie Café Afeeya
- Eskayvie Café Afeeya Zero
- Eskayvie Reverse
- Eskayvie Xeero
Mindtropic by Eskayvie. Menyokong kesihatan minda dengan kandungan NOOTROPIK. NOOTROPIK merupakan Brain-Booster yang melindungi sel otak dan meningkatkan fungsi kognitif seperti daya ingatan, daya tumpu, kepekaan, emosi, motivasi dan kerintangan stres.
Eskayvie Mindtropic adalah suplemen kunyahan dengan rasa tropikal yang lazat dan diperkaya dengan Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa Monnieri, Selenium dan Magnesium. Ia membantu menguatkan memori, memperbaiki emosi, tidur dan melegakan stres.
Di bawah ni Ruby senaraikan lebih detail 5 bahan utama yang digunakan dalam Eskayie Mindtropic.
PHOSPHATIDYLSERINE
Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.
Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar.
Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak spt neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.
ASHWAGANDHA KSM-66
Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan. Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).
Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression. Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.
BACOPA MONNIERI
Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog. Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.
Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.
MAGNESIUM
Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak. Mineral ini juga menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).
SELENIUM
Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb. Juga menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.
MANFAAT ESKAYVIE MINDTROPIC
Di bawah ni Ruby senaraikan apakah manfaat yang korang boleh dapat jika amalkan Eskayvie Mindtropic:
- Mengatasi gejala brain fog
- Meningkatkan Perkembangan sel otak
- Menguatkan memori
- Lebih Fokus & daya tumpuan yang lebih baik
- Menjadikan mood & emosi yang lebih terkawal
- Dapat tidur lebih lena
- Lebih ceria & gembira
- Membantu atasi masalah Anxiety dan kemurungan
KELEBIHAN ESKAYVIE MINDTROPIC
- 100% bahan semula jadi
- Sesuai untuk 18 tahun ke atas
- Rasa tropika yang enak
- Tanpa perasa & pewarna tiruan
- Tanpa gula tambahan
- Pengiktirafan kilang oleh European Quality Award
PERKONGSIAN PENGGUNA ESKAYVIE MINDTROPIC
Di bawah ni pula adalah perkongsian pengguna yang dah amalkan Eskayvie Mindtropic secara konsisten.
Rata-rata pengguna yang dah amalkan Eskayvie Mindtropic ni berkongsi mereka semakin mudah tidur pada waktu malam dan dapat tidur lena berbanding sebelum ni. Bangun pagi pula rasa fresh, bertenaga dan emosi terkawal. Bila badan dapat rehat yang cukup dan emosi terkawal barulah kita dapat melakukan rutin harian dengan lancar.
Di bawah ni pula perkongsian daripada Puan Wan Noor Saliha yang mengalami masalah sukar tidur sehingga ia memberikan kesan buruk dalam kerjayanya.
CARA PEMAKANAN ESKAYVIE MINDTROPIC
Untuk dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan mengambil 1 tablet, dua kali sehari selepas makan. Manakala bagi kanak-kanak yang berumur 13-17 tahun pula disyorkan mengambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.
Macam tertarik nak try Eskayvie Mindtropic ni sebab rasanya lama dah tak dapat tidur yang mencukupi. Mungkin jugak faktor usia dan tambah dengan kerja rumah. Siang dah kat pejabat , kadang tu bila badan dah terlalu penat ... nak tidur pun payah. So , kita cuba ...mana tau kan pelaburan yang berbaloi demi kesihatan
ردحذفMenarik Eskayvie Mindtropic nie, boleh cuba nanti sebab iena ni memang susah nak tidur. Stress kerja. Golek golek lama baru boleh terlelap. Bila tak cukup tidur nanti kat opis mengantuk. Bagus produk ni nk kene cuba
ردحذفso many benefits from Eskayvie Mindtropic. I should try out this product too. A bit hard to get into sleep nowadays hope this will help me too
ردحذفMenarik manfaat dari Eskayvie Mindtropic ni. Belum cuba lagi produk ni
ردحذفHave been reading lots of good comment about this supplement helping those in need.for good quality sleep. Thanks for recommending this good supplement. Cheers Siennylovesdrawing
ردحذفakk dah amalkan mmg bagus... tidur malam pun sekarang lebih rasa tenang
ردحذفMy friends also taking this supplement and their feedback pun bagus bagus juga
ردحذفKak pun nti nak jugak cuba Eskayvie MINDTROPIC ni, lgpun ianya dihasilkan dari bahan semulajadi tentunya sesuai juga utk kak amalkan
ردحذفi definitely need to get these supplements for myself. have been really stressed and sleepless lately and the ingredients here look amazing!
ردحذف