JIWA PERKASA NYANYIAN BIHZHU MENDUNIA WALAU ASING DI MALAYSIA

JIWA PERKASA NYANYIAN BIHZHU MENDUNIA WALAU ASING DI MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Bila kali terakhir kalian mendengar dan menonton persembahan secara langsung good music? Sambil layan irama lagu dan lirik? Kali terakhir Ruby layan live band di Hard Rock pada sekitar tahun 2012. Kekangan masa buat Ruby tidak dapat menjejaki karya nusantara seperti dari penyanyi versatile Bihzhu.  

Bihzhu, sebutannya Bee-Choo, memiliki personaliti yang ceria dan bertenaga. Tiada siapa akan mengetahui bahawa wanita ini melalui pelbagai cabaran dalam mengangkat muziknya di dalam industri hiburan Malaysia. Karakter yang sentiasa positif. Senyuman yang tiada berpenghujung. Itulah Bihzhu. 17 tahun di dalam arena nyanyian. Tahniah Bihzhu!

Insan yang mampu memberi kita kekuatan dalam menjalani kehidupan melalui penghasilan genre muzik yang pelbagai. Jujur Ruby katakan, kali pertama mengenali Bihzhu pada 26 Oktober 2022. Kali pertama sudah jatuh cinta dengan karya-karya seni beliau. 3 lagu dipersembahkan dan kami minta lagi. Malah seronok mendengar perkongsian tentang Jimmy Boyle semasa sesi wawancara yang berlangsung di Jao Tim, Kuala Lumpur. 

Selepas layan lagu-lagu nyanyian Bihzhu, Ruby terus buka Spotify dan mendengar semua lagu Bihzhu. Lagu-lagunya sudah lebih sedekad. Pada tahun 2011, album Nightingale Tales yang terdiri daripada lagu The Heart Way,  Easy Peasy, Palpitations, Tainted Tample dan Chord Green. Kemudian tahu 2015 Bright Veins. 2019 mengeluarkan single Aramaiti. Tahun 2021 lagu Alive dan Chendering dilancarkan. Seterusnya Jiwa Perkasa pada tahun 2022. Tahniah Bihzhu!

JIWA PERKASA NYANYIAN BIHZHU MENDUNIA WALAU ASING DI MALAYSIA



Asing dari pendengaran bukan bermakna tidak pernah wujud dalam belantika muzik tempatan.

Tapi asing di pendengaran kelompok komersial, sedikitpun tidak membuat empunya nama Bihzhu melepaskan beragam kesempatan melakukan persembahan di luar negara yang sangat menghargai bakat besarnya.

Bihzhu, wanita yang telah menawan peminatnya dari negara luar; jauh seperti di India dan Korea Selatan.


Namun namanya di Malaysia, hampir tidak pernah diangkat bukan? Ironi, Bihzhu sudah 17 tahun membawa muziknya berkelana dari satu telinga ke telinga lainnya di seluruh pelusuk dunia.

Jika begitu inilah masanya kita menerima dengan tangan terbuka dan mengangkat karya baharu Bihzhu yang diberi judul Jiwa Perkasa.

Menurutnya, Jiwa Perkasa adalah karya yang dilahirkan setahun sebelum banjir melanda negara. Lantas bencana tersebut menjadikan dia teringat tentang semangat yang wujud dalam Jiwa Perkasa mengenai perpaduan, keharmonian dan pertalian erat sesama rakyat Malaysia.


“Sewaktu bencana banjir tahun lalu saya menjadi sukarelawan dan bergabung serta bertemu dengan banyak orang tidak mengira bangsa juga usia. Ini menunjukkan betapa harmoninya ikatan sesama kita, rakyat Malaysia biarpun tidak saling mengenali satu sama lain.

“Saya ingat lagi, seseorang mengenali saya sewaktu saya membantu membungkus barang di PJ Gudwara dan meminta saya menyanyi.

“Saya menyanyikan sedikit lagu I Am Enough dan tiba tiba semua ikut berdendang sama. Ia seperti magis dan membuat saya sedar muzik juga memainkan peranan dalam mental, emosi dan komuniti kita dan lahirlah Jiwa Perkasa,” kongsi Bihzhu mengenai penghasilan karya terbaharunya.

Penghasilan Jiwa Perkasa yang mengangkat sifat harmoni dan semangat adiwira rakyat Malaysia ini juga disemat dengan mimpi besar yang sama seperti mana banyak karyanya telah menerawang didendangkan jauh sehingga ke Indonesia, Korea Selatan, Australia, India dan China menerusi pelbagai festival muzik yang disertai.

Ternyata Jiwa Perkasa bukan satu satunya karya yang mempunyai nilai sentimental tersendiri, Bihzhu juga terkenal dengan single Bright Veins yang dihasilkan pada tahun 2015 yang punya keunikan instrumen gamelan di dalamnya.

Jiwa Perkasa meraikan wira dalam diri kita semua.

Dunia tidak wujud dalam warna hitam dan putih dengan garisan yang jelas dilukis di dalam pasir, tetapi wujud dalam nuansa, dan selalunya keputusan yang kita buat datang dengan kos fizikal, mental, emosi dan rohani.


Satu-satunya harapan kami adalah untuk membuat keputusan ini dengan integriti dan mengatasi cabaran kami melalui daya tahan dan kekuatan dalaman.

LIRIK JIWA PERKASA


[Verse 1] 
Tak pernah kan kau dengar, si wira yang gentar 
Tak ternilai perkasa, takkan terbayar 

[Pre-chorus 1] 
Tiada garisan, tiada batasan 
Tiada ganjaran, hanya kesilapan

[Chorus] 
Whoa oh oh oh 
Begini mula, ku temui jiwa 

Whoa oh oh oh
Aku mengerti, perngorbanan ini 

Whoa oh oh oh
Kebebasan itu, beri semampu ku 

Selagi bernyawa 

[Verse 2] 
Gelap datang menyerang di semua arah 
Terbeban berat di pundak, di mana salah? 

[Pre-chorus 2] 
Sesalan semalam, terus membungkam 

Kemaafan kelam, yang perlu ku genggam 

[Chorus] 
Whoa oh oh oh 
Begini mula, ku temui jiwa 

Whoa oh oh oh
Aku mengerti, perngorbanan ini 

Whoa oh oh oh
Kebebasan itu, beri semampu ku 

Selagi bernyawa 

[Bridge] 

Ketulusan di hati, akan terbukti 
Intan atau kaca, kan retak sendiri 

Whoa oh oh oh
Selagi Bernyawa 
Whoa oh oh oh 

 [Chorus]
Whoa oh oh oh 
Begini mula, ku temui jiwa 

Whoa oh oh oh
Aku mengerti, perngorbanan ini 

Whoa oh oh oh
Kebebasan itu, beri semampu ku 

Selagi bernyawa 

MUZIK VIDEO BIHZHU - JIWA PERKASA



PENCAPAIAN KARYA SENI BIHZHU


Malah Bihzhu juga mempunyai segudang hit lainnya seperti Chendering, Alive yang dihasilkan pada 2021 kerana pandemik COVID 19, Aramaiti dan Tainted Temples.

Menerusi karya karya yang dihasilkan juga, Bihzhu menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dalam Anugerah Lagu Indie (Malaysia) untuk kategori akhir menerusi I Am Enough pada 2020 selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen kempen mereka. 

I Am Enough juga memenangi ‘song of the week’ pada peringkat separuh akhir pertama. Lagu Alive turut berjaya memasuki peringkat akhir ALI 2021. 

Chendering yang dihasilkan sekitar 2021/2022 pula menerima nominasi dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kategori Susunan Muzik Terbaik, selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen kempen mereka.

Let’s welcome Bihzhu, wanita yang dilabelkan banyak penggemar bukan sekadar menyanyi tetapi sedang bercerita melalui karyanya.

2 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Nice gak arrangement lagu dia kan. Lirik dia pun semacam memberi makna mendalam kan. All the best ye Bihzhu.

    BalasPadam
  2. AM sangat suka melodi muzik dan liriknya.. rasa bersemangat bila dgr nyanyian dr Bihzhu.. penuh perasaan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال