PERASMIAN RAJA MUDA SELANGOR INTERNATIONAL REGATTA 2022

PERASMIAN RAJA MUDA SELANGOR INTERNATIONAL REGATTA 2022 | Assalammualaikum semua! Pada 23 November 2022 yang lalu, Negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan, Tourism Selangor sekali lagi menyertai penganjuran Raja Muda Selangor International Regatta 2022 dari 18 hingga 26 November 2022 yang melibatkan Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang, Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor, Straits Quay Marina, Pulau Pinang dan Royal Langkawi Yacht Club, Pulau Langkawi.

Dijangka 32 bot dan 320 kelasi akan menyertai Raja Muda Selangor International Regatta pada tahun ini.

PERASMIAN RAJA MUDA SELANGOR INTERNATIONAL REGATTA 2022


Pelancaran Raja Muda Selangor International Regatta 2022 telah disempurnakan oleh Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin, Raja Muda Selangor yang berlangsung di Kelab Kapal Layar Diraja Selangor di Pelabuhan Klang. 

Raja Muda Selangor International Regatta ke-32 tahun ini telah bermula secara rasmi pada 19 November jam 4.00 petang, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia yang jatuh pada hari yang sama. Ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk keluar mengundi sebelum acara tersebut.


Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian,Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, dalam satu kenyataan berkata, melalui Tourism Selangor, Kerajaan Negeri Selangor membiayai acara ini bagi merangsang aktiviti pelayaran dan acara sukan yang membangunkan persaingan yang sihat. Ini berfungsi sebagai forum untuk peserta antarabangsa mempromosikan budaya, kesenian, dan warisan sambil meningkatkan sektor pelancongan negeri.

Penganjuran Raja Muda Selangor International Regatta akan dimeriahkan dengan beberapa aktiviti seperti program pembersihan sungai dan Program FAM Trip bersama peserta yang berminat. Ini adalah bagi memacu ke arah pelancongan warisan tempatan dan bertujuan untuk memperkenalkan peserta-peserta ini dengan gastronomi Klang, khususnya makanan warisan Selangor seperti "Nasi Ambeng".

Penganjuran Sukan Pelayaran, seperti Raja Muda Selangor International Regatta, akan menjadikan Selangor sebagai Hab Pelancongan Sukan, serta menarik sejumlah besar pelancong asing dan mempamerkan Selangor sebagai destinasi sukan pelayaran yang berwibawa. Ini selaras dengan Kempen Splendid Selangor, Take Me Anywhere yang menjurus ke arah meletakkan Selangor di mata dunia.

MENGENAI TOURISM SELANGOR

Tourism Selangor merupakan Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor yang ditubuhkan bagi meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Selangor dengan mempertingkat dan membangunkan keindahan negeri yang terkenal serta belum ditemui.

Negeri ini merangkumi 9 daerah, termasuk Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor. Kawasan ini dikenali sebagai destinasi pelancongan dan acara yang menarik.

Terdapat banyak inisiatif telah diambil bagi mencapai matlamat ini, seperti penganjuran kempen tempatan dan antarabangsa, acara, misi perdagangan pelancongan luar negara, jelajah tempatan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://selangor.travel/ atau ikuti kami di laman Twitter, Facebook dan Instagram 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال