BURGER & LOBSTER SURIA KLCC | Assalammualaikum semua! Dah lama Ruby tidak mengulas makanan yang Ruby cuba. Mengetahui pembukaan Burger & Lobster di Suria KLCC benar-benar buat Ruby teruja untuk mencuba. Terima kasih kepada pasukan Suria KLCC yang memberi makan malam bersempena Perayaan Hari Krismas yang bakal menjelma.
Ruby dapat cuba makanan di Burger & Lobster Suria KLCC. Dekorasi restoran sangat selesa sehinggakan Ruby dapat lihat ramai yang tidak akan pulang segera setelah habis makan. Vibes seperti restoran antarabangsa macam filem lama dulu. Waktu malam, setelah selesai kerja di pejabat, pergi restoran. Makan masakan enak dari bahan-bahan segar. Gelak ketawa bersama kawan-kawan. Sembang tentang perkara simple. Itulah kehidupan.
BURGER & LOBSTER SURIA KLCC
Restoran Burger & Lobster yang kedua di Malaysia kini dibuka di pusat beli-belah Suria KLCC. Burger yang di potong kemas, udang galah Atlantik liar yang segar dan senarai minuman yang pelbagai tersedia di sini.
Jom ikuti Ruby menikmati hidangan istimewa ini. Kesemua hidangan sedap dan mengenyangkan. Best!
Starter: Salted Egg Yolk Calamari and Prawns
SENARAI HARGA BURGER & LOBSTER
Buat masa ini, Burger & Lobster Suria KLCC hanya menerima walk-in sahaja. Tempahan awal masih tidak diambil kerana kunjungan pelanggan yang sangat positif. Datanglah sekarang untuk menikmati hidangan Burger & Lobster yang viral.
Burger & Lobster KLCC
Lot G46, Ground Floor, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12 PM - 10PM (Dibuka Setiap Hari)
Tags
Foodie
boleh tahan harga die kan. tapi yelah kalau sedap berbaloi la dengan harga tu. sekali sekala kan
ردحذف