DERMALENE SKIN CENTRE BUKA CAWANGAN KE TUJUH DI KOTA DAMANSARA

DERMALENE SKIN CENTRE BUKA CAWANGAN KE TUJUH DI KOTA DAMANSARA | Assalammualaikum semua! Pada 10 Disember 2022 baru-baru ini telah berlangsung pelancaran cawangam ke tujuh Dermalene Skin Centre. Lokasi cawangan ini sangat mudah di akses kerana berdekatan dengan MRT Surian, kemudian pusat membeli-belah Sunway Giza menawarkan banyak parking di Basement pada kadar yang berpatutan. 

Dermalene Skin Centre ini menawarkan rawatan kecantikan bertaraf perubatan. Dr Alina Hasni dan pasukannya akan bersama-sama membantu anda dalam mendapatkan hasil kulit yang diinginkan. Keunikan lain juga adalah Dr Alina juga menawarkan one stop centre untuk penyelesaian apa sahaja permasalahan kulit. Sama ada anda ingin rawatan facial kecantikan atau rawat masalah ekzema. 

Visi Dr Alina Hasni adalah ingin membantu seramai mungkin pelanggan yang mengalami permasalahan kulit. Dari bayi hingga ke warga emas. Pasti ada rawatan untuk setiap peringkat umur. Tahniah Dr Alina dan pasukannya di atas pembukaan cawangan ke tujuh! Semoga terus sukses! 

DERMALENE SKIN CENTRE BUKA CAWANGAN KE TUJUH DI KOTA DAMANSARA


Dari kiri, Dr Say Shazril, Suami Dr Alina Encik Zharif, Dr Alina; Founder & CEO Dermalene Skin Centre, Ibu Dr Alina, Cik Wawa; Branch Manager Dermalene Skin Centre.

Klinik penjagaan kulit, Dermalene Skin Centre merasmikan pembukaan cawangannya yang ke-7 di Sunway Giza Mall, Kota Damansara baru-baru ini. Dermalene Skin Centre menyediakan Penyelesaian Kulit Patuh Syariah (Halal) dengan penjagaan dan kepakaran yang memberi ganjaran sebagai Skin Parner di Pasaran Asia menjelang 2030.

Sempena majlis pelancarannya yang berlangsung mulai hari ini sehingga 31 Disember, cawangan baharunya mengadakan promosi menarik sepanjang bulan dengan tawaran diskaun bermula 15 peratus sehingga 50 peratus bagi setiap rawatan.


Di antara rawatan yang mendapat maklum balas terbaik daripada pengunjung Dermalene adalah Hydrafacial yang mensasarkan masalah kulit kering dan bermasalah.

Dermalene Skin Centre mula ditubuhkan pada tahun 2016 bukan semata-mata klinik estatik tetapi juga merupakan rangkaian pusat rawatan kulit yang diasaskan oleh wanita berkelulusan dermatologi iaitu Dr. Alina Hasni.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Dermalene Sdn Bhd berkata, rangkaian klinik kecantikan itu telah beroperasi di enam lokasi tumpuan. Antaranya di Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Kuala Lumpur, Ampang, Kota Bharu dan Johor Bharu.



“Kini Dermalene mempunyai tujuh cawangan dan dua daripada cawangan tersebut dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori klinik dan satu lagi sebagai pusat rawatan kulit.

“Permintaan yang semakin meningkat terutama pelanggan daripada Damansara antara faktor lokasi ini dipilih. Kami gembira berada di sini kerana Dermalene bukan sekadar tempat rawatan dan penjagaan kulit tetapi lebih kepada lokasi gaya hidup sihat dan ceria.

“Secara dasarnya kami mahu berkongsi disebalik maksud “Dermalene , Your Skin’s Life Partner” kepada pengunjung dengan menawarkan bantuan yang diperlukan. Kami amat percaya bahawa setiap orang berhak mendapat kulit yang sihat untuk membantunya meningkatkan keyakinan dan kualiti hidup. 

“Tanpa pembedahan, tanpa pengubahan dan tanpa silap mata kerana hasil sebenar yang mereka alami adalah melalui produk serta penyelesaian yang berkualiti tinggi, profesional yang berdedikasi,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran yang turut dihadiri oleh pempengaruh terkenal, Dr. Say Shazril, kenalan, pelanggan lama dan baharu.


Dr. Alina yang memiliki ijazah perubatan dari Universiti Perubatan Moscow, Rusia pernah bertugas di Hospital Serdang sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Klinikal Sains Dermatologi di Universiti Cardiff. Pada masa yang sama beliau meneruskan latihan dalam kampus di Universiti Hospital of Wales, United Kingdom (UK).


“Semasa di UK pada tahun 2015, saya buka halaman Facebook atas nama Dermalene untuk perkongsian maklumat berkaitan kulit termasuk proses terhasilnya jerawat dan cara mengawalnya. 

“Akhirnya nama Dermalene itu saya pahatkan atas nama klinik dan produk apabila menceburi bidang perniagaan. Tumpuan kini membantu merawat masalah kulit muka seperti jerawat, jeragat, parut dan ekzema.


Dr Alina Hasni Binti Mohamad Rashid, CEO & Pengasas Dermalene Skin Centre bersama suami ketika pembukaan cawangan ke tujuh.


“Sejak beroperasi enam tahun lalu, kami berjaya merawat lebih 20,000 pengunjung yang mempunyai pelbagai masalah kulit. Sasaran kami merawat sejuta wajah menjelang 10 tahun beroperasi dengan pembukaan lebih banyak cawangan dalam tempoh yang sama.

“Selepas rawatan, pengunjung akan dipantau perubahan kulit mereka bagi memastikan masalah dapat diselesaikan. Mereka juga akan dibekalkan dengan perkongsian tip dan kaedah penjagaan kulit wajah yang betul,” katanya.


Melengkapkan rawatan dan perniagaan, Dermalene juga memperkenalkan produk penjagaan wajah dikenali sebagai Dermalene Clinical Skincare untuk membantu merawat masalah berkaitan kulit.

“Saya terpanggil untuk turut menawarkan produk Dermalene kerana memiliki formula kandungan berstatus evidence based yang terbukti berkesan berdasarkan daripada jurnal-jurnal perubatan,” ujarnya.

DERMALENE SKIN CENTRE X HYDRAFACIAL


Semasa pelancaran cawangan ke tujuh Dermalene Skin Centre, Ruby tertarik dengan kolabrasi di antara semua cawangan Dermalene Skin Centre bersama HydraFacial. Hanya Hydrafacial menggunakan Teknologi Vortex Fusion untuk menyegarkan dan menghidupkan semula mana-mana jenis kulit secara lembut tetapi menyeluruh.

Dr. Alina Hasni, HydraFacial Team dan Dr. Say Shazril semasa mencuba rawatan HydraFacial.

Hydrafacial percaya bahawa kecantikan adalah perasaan, bukan sifat fizikal. Penjagaan kulit tidak perlu rumit. Untuk semua wajah, perubahan adalah mungkin. 

Hasil rawatan ini adalah serta-merta, berkekalan, dan membuatkan ia terkesan dengan emosi. Kami berhasrat untuk menjadikan industri penjagaan kulit dengan teknik, produk dan falsafah revolusioner kami.

Encik Yee, Product Specialist Hydra Facial Malaysia.

Rawatan Hydrafacial hanya mengambil masa dalam 30 minit - 45 minit sahaja. Ia memberikan kesihatan kulit pada jangka masa panjang dan boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus semua jenis kulit. 

Ia menawarkan hasil segera dan ketara tanpa masa henti atau kerengsaan. Rawatan Hydrafacial menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengekstrak kekotoran pada masa yang sama menjaga kulit baru dengan serum pembersihan, penghidratan dan pelembap. Rawatan Hydrafacial menenangkan, menyegarkan, tidak merengsakan dan serta-merta berkesan.


CAWANGAN DERMALENE SKIN CENTRE


Dermalene Skin Centre - Shah Alam
B-LG-7, Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Whatsapp: +60 12-677 7617
Waktu Operasi: 10am - 7pm

Dermalene Skin Centre - Bangi
17, Jln Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Whatsapp:  +60129192700
Waktu Operasi: 10am - 7pm

Dermalene Skin Centre - Ampang
B2-11 & B1-11, ARC @ AMPANG UKAY, PERSIARAN AMPANG UKAY, 68000 Ampang, Selangor
Whatsapp: +60126774027
Waktu Operasi: 10am - 7pm

Dermalene Skin Centre - Kuala Lumpur
KL Traders Square, No 92-1, Block E, Plaza KL Traders Square, Jalan Gombak, 53300, 53000 Kuala Lumpur
Whatsapp: +60126778900
Waktu Operasi: 10am - 7pm

Dermalene Skin Centre - Kota Damansara
A-3A-G Blok A Sunway Giza, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Whatsapp: +601157537146
Waktu Operasi: 10am - 7pm

Dermalene Skin Centre - Kota Bharu
2893-Q section 12, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Baharu
Whatsapp: 017-972 0170
Waktu Operasi: 10am - 7pm

Dermalene Skin Centre - Johor Bahru
No.28 & 28-01, Jln Perjiranan 4/1, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor
Whatsapp: +601157537146
Waktu Operasi: 10am - 7pm

Untuk mendapatkan informasi lanjut, tempahan rawatan, anda boleh terus hubungi talian 03 50370384 atau lawati pautan di bawah:

6 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Baiklah. Rawlins rasa pun kena dapatkan professional assistance nie, sebab dah makin berusia dan kulit pun makin manja nie hehe

    ردحذف
  2. tahniah Dr Alina di atas pembukaan cawangan terbaru.. dah lama buat rawatan wajah terus rasa.. why not kannn... buat rawatan kat sini mcm menarik.. fasiliti di sediakan semua hebat dan terbaik

    ردحذف
  3. Tahniah atas pembukaan terbaru. Owh ada cawangan di Shah Alam rupanya. Boleh la AM jengah ke sana.. AM nak buat rawatan hilangkan parut di lengan dan kaki.

    ردحذف
  4. wahhh tahniah Dr Alina atas pembukaan di kota Damansara.. macam menarik je treatment ada diskaun. boleh la buat rawatn jugak nanti

    ردحذف
  5. Congratulation atas pembukaan cawangan ke-7 brand Dermalene ni... Best juga boleh go check out treatments yang ada kat sini since boleh enjoy discounts up to 50% in conjunction dengan grand opening mereka kan..

    ردحذف
  6. Ohh wow.... it's opening new at kota Damansara, great & congrats, was there at its shah alam outlet, it offers good skincare services. Cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال