FLEX MODE SAMSUNG GALAXY Z FLIP4

FLEX MODE SAMSUNG GALAXY Z FLIP4 | Assalammualaikum semua! Setelah beberapa bulan menggunakan Samsung Galaxy Z Flip4, Ruby nak kongsikan dengan anda semua tentang fungsi Flex Mode. Tanpa disedari, Flex Mode membantu Ruby menyelesaikan rutin dan tugasan harian tanpa disedari.

Mungkin terlalu selesa, sehinggakan kalau selfie dan laksanakan tugasan hanya disedari oleh oranf sekeliling. "Eeeehhhhhh ni fungsi Flex Mode kan Ruby?".. "Haaa betul la tu. Jom Selfie?". Secara tidak langsung, mengeratkan siratulrahim. Ramai teruja melihat Samsung Galaxy Z Flip4 pada hakikatnya. 

FLEX MODE SAMSUNG GALAXY Z FLIP4



Fungsi Flex Mode ini sangat memudahkan para pemilik Samsung Galaxy Z Flip4. Dengan saiz yang comel dan boleh dilipat, ia tidak membataskan kita untuk berasa selesa dengan peranti ini. Hanya pemilik sahaja memahami bagaimana sebuah telefon memberi kegembiraan dari rekaan, warna dan kualitinya. 

Risau menggunakan Galaxy Z Flip4 lenyap apabila Samsung menaik taraf engsel. Kali ini, engsel Samsung Galaxy Z Flip4 dibina sepenuhnya berdasarkan bingkai Aluminium yang paling sukar, ia dipanggil Armor Aluminium. Pasti ia tidak kelihatan menarik tetapi apabila Ruby mencubanya dan membandingkan dengan dengan Z Flip3. Ternyata ia inovasi yang kukuh. Engsel yang diperbaharui lebih memberi keyakinan kepada pengguna.

Dengan Galaxy Z Flip4, anda boleh menetapkan telefon anda dalam Flex Mode, sama ada untuk mengambil swafoto, merakam video Night Hyperlapse dan juga bersembang dengan rakan anda di Google Duo. Hanya letakkan telefon anda pada permukaan rata yang stabil dan lipat pada sudut 90 darjah untuk mengaktifkan Flex Mode.

CARA MENGAKTIFKAN FLEX MODE


Jika anda mengaktifkan mod Flex apabila telefon anda dilipat dan dalam kedudukan tegak, aplikasi yang anda gunakan akan muncul di bahagian atas skrin. Panel dengan kawalan tambahan akan muncul di bahagian bawah skrin anda.

Jika anda ingin menyediakan mod Flex pada peranti boleh lipat anda, ikut langkah seterusnya:

Langkah 1. Pada menu Settings anda ketik "Advanced features".


Lihat skrin "Advanced features" dengan ketik pada "Labs".

Langkah 2. Pilih pilihan "Labs".


Paparan skrin "Labs" dengan pilihan "Flex mode panel" diserlahkan.

Langkah 3. Ketik pada "Flex mode panel".

Lihat skrin "Flex mode panel" di mana anda boleh memilih aplikasi untuk mengaktifkan Flex Mode.

Langkah 4. Pada skrin ini pilih aplikasi yang mana untuk mengaktifkan Flex mode panel dengan mengetik toggle button.


Langkah 5. Buka aplikasi pilihan anda, letakkannya dalam keadaan terlipat dan nikmati Flex Mode, di mana aplikasi yang dipilih muncul di skrin atas dan pad sentuh Flex Mode muncul di skrin bawah.


Pada skrin bawah anda boleh menemui ikon berikut:

Notify panel down.
Screenshot Capture.
Brightness Control.
Volume Control.
Touchpad on/off.

FLEX MODE SEMASA MEREKOD VIDEO DI KONSERT


Di antara tugasan sebagai penulis blog, Ruby turut menggunakan Samsung Z Flip4 semasa ke acara-acara. Paling Ruby suka rekod adalah momen di konsert. Tiap lagu dinyanyikan dalam 3 - 4 minit di rekod dengan baik sekali. Tangan juga selesa memegang Galaxy Z Flip4 seperti Camcorder. Hehehe. 

Samsung Galaxy Z Flip4 bukan sahaja elegan untuk wanita, malahan apabila lelaki menggunakan Galaxy Flip4 ini secara automatik mereka juga kelihatan bergaya. Tidak kisah warna apa telefon anda. Apabila anda buka flip4, semua mata tertumpu kepada anda dan menginginkan anda demo cara penggunaan dan buka tutup lipat banyak kali. Mungkin mereka ingin lihat betapa hebat engsel Galaxy Z Flip4. Hehehe.

Selain untuk kerja, Flex Mode juga membuatkan gaya hidup Ruby lebih menyeronokkan. Semasa merekod, Ruby boleh melakukan perkara lain seperti makan malam sambil menonton Live Band. Ruby tidak lagi membawa tripod sejak ada Galaxy Z Flip4. Beg pun tak penuh dengan tripod. Hanya rekod dan ambil gambar dengan Galaxy Z Flip4, semua dah setel.

 

APLIKASI YANG BOLEH DIGUNAKAN BERSAMA FLEX MODE


Ini berbeza mengikut aplikasi juga, bukan setiap aplikasi yang menyokong Flex Mode pada Flip. Berikut ialah senarai aplikasi yang menyokong Flex Mode secara pada Galaxy Z Flip4:

Kalkulator
Kalendar
Kamera
Clock
Google Duo
Galeri Gambar
Internet
Telefon
Samsung Percuma
Samsung Health
Samsung TV Plus
Youtube
Zoom

SPLIT SCREEN BERSAMA FLEX MODE


Bagi pengguna Samsung Galaxy Z Flip4, tiada yang mustahil. Segalanya pasti boleh! Buat satu perkara dalam dua paparan? Membaca blog sambil cek email? Boleh!


REVOLUSI SAMSUNG GALAXY Z FLIP


Samsung sememangnya terkenal dengan peranti lipatnya. Awal kemunculannya dulu dengan telefon SCH-A310 gantung dekat leher selamba je kan. Walau ada telefon, kita boleh fokus belajar mentelaah buku semasa zaman universiti dulu.

Samsung terus mengikut peredaran zaman dengan menghasilkan pelbagai telefon pintar yang diinginkan oleh pengguna. Namun, tidak akan melupakan peranti lipat mereka. Pelbagai usaha dan hasilnya pada tahun 2020, Galaxy Z Flip diperkenalkan. Setiap tahun Samsunv kemaskini telefon pintar ini berdasarkam maklum balas pengguna. Berikut perbandingan di antara Galaxy Z Flip dan Galaxy Z Flip4 edisi terkini 2022.


Untuk mengetahui lebih lanjut ciri-ciri hebat Samsung Galaxy Z Flip4, lawati laman web di bawah.

5 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. wah..bagus juga kan flip ni. kita risau nak beli jenis ni sebab takut anak suka main. kang terpatah juga nanti.hahha

    ردحذف
  2. Menarik juga ye feature Flex mode ni! So convenient bah especially can easy place it on flat surface while kita buat recording, nak pegang pun senang as camcorder, split screen pun lagi tarik perhatian! 🫶 worth to consider this bah!

    ردحذف
  3. nice sangat cara dia flip suka tgk. nampak outstanding dengan ciri2 sebegini

    ردحذف
  4. Wah the Flip4 macam lebih power and camera quality pun sangat bagus, nanti nak try

    ردحذف
  5. Wowo...It's so so easy convenient to use Flip4 with this flex mode. Absolutely useful to have these important feature especially those use smartphones for work purposes. Cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال