JOM TEMUI ABDUL LATIP TALIB PENULIS NOVEL SEJARAH NO. 1 MALAYSIA DI BIG BAD WOLF MIECC | Assalammualaikum semua! Ruby berasa teruja pula apabila dapat bersembang santai dengan Penulis Novel Sejarah No 1 Malaysia iaitu Abdul Latip Talib yang lebih mesra dipanggil Pak Latip. Buat kali pertama, Kedai Buku Pak Latip menyertai Big Bad Wolf (BBW) dan lokasi hanya di Lobi MIECC. Dari pintu masuk utama, anda boleh nampak Kedai Buku Pak Latip.
JOM TEMUI ABDUL LATIP TALIB PENULIS NOVEL SEJARAH NO. 1 MALAYSIA DI BIG BAD WOLF MIECC
Sebenarnya, Encik Raymond Yeo, VP MBPA memaklumkan kepada Ruby bahawa Pak Latip ada di sini. Ruby pun tanya, Pak Latip yang mana? Konfius pula Ruby sebab BBW ni stail dia berbeza dengan PBAKL atau mana-mana pesta buku yang lain. Tidak pernah ada penulis tersohor join BBW.
Sebelum nak jumpa Pak Latif, Ruby google dulu. Ehhhhhhhhh. Ehhhhhhhh. Betul ke ni Encik Raymond? Penulis Abdul Latip Talib tu? Leftenan Adnan buku sastera tingkatan 4 masa zaman saya sekolah? Yesssss betul! Kata Encik Raymond. Ruby terus bergegas siap-siap ke kaunter juruwang BBW dan keluar untuk ke Kedai Buku Pak Latip.
Dari jauh melihat susuk tubuh Pak Latip, penulis tersohor yang sering kita baca karya novel sejarah beliau ini sudah semakin dimamah usia. Namun, masih sihat untuk melayani peminat. Menjawab soalan demi soalan. Sembang santai menjadi serius kerana seronok mendengar pengalaman kerjaya menghasilkan karya dan naskah sejarah Islamik dan Tokoh.
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel.
Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.
Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.
Pak Latip telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.
KARYA-KARYA ABDUL LATIP TALIB
Sejak tahun 2007 sehingga kini, lebih 73 naskah Novel Islamik telah diterbitkan oleh syarikat Pak Latip sendiri iaitu Latip Dan Keluarga Enterprise.
Pada hari pembukaan Pesta Buku Big Bad Wolf ramai teruja dengan buku-buku Pak Latip. Buku jenis Novel Sejarah ini menjadi kegemaran ramai kerana fakta sejarah yang diceritakan dalam bentuk novel.
Pada kebiasaannya ramai lebih menggemari membaca novel daripada membaca biografi. Pembaca lebih mudah faham serta dapat menghayati kisah sejarah dari karya penulisan berbentuk novel. Buku-buku penulisan Pak Latip bukan ditokok tambah, namun ia melalui rujukan dari sirah dan buku-buku sejarah.
LATIP DAN KELUARGA ENTERPRISE
Kini, kesemua karya Abdul Latip Talib diterbitkan oleh syarikat penerbitan Pak Latip sendiri iaitu Latip Dan Keluarga Enterprise. Mana-mana naskah yang sudah habis jualan di pasaran melalui PTS, akan dicetak semula oleh Latip Dan Keluarga Enterprise.
Kewujudan syarikat ini membantu Pak Latip meneruskan karya penulisan dengan lebih puas. Setiap naskah novel adalah tanggungjawab kepada dirinya kerana itu adalah kerjaya Pak Latip. Melalui penghasilan naskah novel yang konsisten, peminat buku-buku Abdul Latip Talib dapat meneruskan amalan membaca.
Buku-buku dari Abdul Latip Talib sering menjadi sumber rujukan untuk memahami keagungan sejarah Islam. Novel sejarah islamik begini lebih santai untuk di baca oleh pelbagai lapisan usia. Jika bukan dari orang Islam sendiri memartabatkan kisah-kisah tokoh Islam dan para sahabat Rasulullah S.A.W, siapa lagi kan?
Sebagai pembaca, kita perlu menilai sendiri. Yang mana yang baik dari Allah S.W.T, yang sebaliknya dari kealpaan kita. Semoga dipermudahkan urusan kita untuk mengenali ramai lagi tokoh-tokoh Islam dan perjuangannya.
Pak Latip juga mempunyai misi dalam memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda. Ramai pelajar universiti yang sedang cuti semester akan bekerja apabila Pak Latip terlibat dengan Pesta Buku. Alhamdulillah.
DISKAUN 10% HINGGA 50% KARYA ABDUL LATIP TALIB DI BBW
Pak Latip juga menyedari budaya amalam membaca wajib diteruskan oleh semua. Sama ada mereka dari generasi muda atau peminat tegar karya buku Abdul Latip Talib.
Oleh yang demikian, Pak Latip memberi diskaun 10% hingga 50% sepanjang di BBW yang berlangsung dari 20 Disemver hingga 2 Jan 2022.
1 Buku : Diskaun 10%
2 - 4 Buku: Diskaun 20%
5 Buku dan Ke Atas: Diskaun 50%
7 Buku: Dapat 1 Buku Percuma
Tujuan utama jualan buku ini bukan ingin mengaut keuntungan sahaja. Tetapi lebih kepada motivasi kepada diri sendiri. Masuk pesta buku dapat buat promosi, jual buku-buku baru, dapat jumpa pembaca yang sentiasa memberi sokongan.
Dapat jumpa rakan-rakan penulis dan pempamer yang sama terlibat dengan buku. Dari situ saya dapat semangat untuk terus berkarya.
Tags
Ilmiah
saya ada satu hasil tulisannya... HAsan Al Bana
BalasPadam