KARNIVAL MAIWP 2023 ANJUR WALIMATUL URUS PERDANA 100 PASANGAN PENGANTIN | Assalammualaikum semua! Pembuka tirai acara bagi tahun 2023 bakal berlangsung dengan jayanya anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Naurah Care Malaysia iaitu Karnival MAIWP 2023.
Acara yang bakal berlangsung pada 28 dan 29 Januari 2023 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur menampilkan empat tiang utama program menarik iaitu Walimatul Urus Perdana, Karnival Usahawan MAIWP, Pendidikan MAIWP dan MAIWP RUN.
KARNIVAL MAIWP 2023 ANJUR WALIMATUL URUS PERDANA 100 PASANGAN PENGANTIN
Penglibatan masyarakat di Wilayah Persekutuan terutamanya golongan asnaf dan B40 adalah amat penting daripada pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi, sosio budaya dan sebagainya bagi memastikan mereka mampu berdaya saing pasca pendemik Covid-19.
Pelbagai program telah disusun rapi oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk memastikan segala usaha dan bantuan yang disasarkan kepada golongan asnaf dan B40 mampu mengeluarkan golongan ini daripada kategori kemiskinan tegar bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing di masa akan datang.
Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan dan dalam Islam sendiri, perkahwinan itu adalah sangat-sangat dianjurkan.
Namun begitu, perkahwinan dalam Islam dilandasi dengan panduan serta hukum yang jelas agar perkahwinan itu menjadi suatu ikatan yang memberi kebahagiaan, bukannya kemudaratan.
Sudah semestinya setiap pasangan pengantin mengimpikan majlis perkahwinan yang diraikan dengan gilang gemilang kerana ia hari bersejarah dalam seumur hidup. Namun, bukan semua pasangan pengantin berkemampuan untuk mengadakan majlis sebagaimana yang diidamkan.
Malah, kurang berkemampuan untuk mengadakan majlis persandingan secara besar-besaran, tidak dapat mengundang semua kaum keluarga dan sanak saudara.
Oleh itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) & Naurah Care Malaysia (Naurah Care) mengambil inisiatif menganjurkan Karnival MAIWP 2023 dengan menganjurkan Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 28 dan 29 Januari 2023.
Seramai 100 pasangan pengantin daripada golongan asnaf, fakir miskin, mualaf dan berpendapatan rendah (B40) bakal diraikan pada Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, “Peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk penganjuran Karnival MAIWP 2023 yang menghimpunkan pelbagai pihak dan rakan kongsi.Bertemakan “Memperkasa dan Berdaya Usaha -Menuju 50 Tahun Kecemerlangan MAIWP”, karnival dua hari yang bermula pada 28 Jan hingga 29 Jan 2023 akan diadakan di Dataran Merdeka dan terbuka untuk dihadiri oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.Kos Majlis Walimatul Urus Perdana adalah berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan dan istimewanya apabila setiap pasangan diberi sepersalinan pakaian pengantin, selain sumbangan wang tunai RM2,000 seorang yang bermakna RM4,000 bagi setiap pasangan. Sumbangan ini adalah untuk membantu mereka memulakan kehidupan bersama sebagai suami isteri.Penyampaian anugerah Ikon Usahawan Asnaf dan Ikon Pendidikan Asnaf MAIWP, MAIWP Run iaitu acara larian 3 km dan 5 km juga akan diadakan,” katanya.
Dari kiri Puan Norazlina Ramli; Setiausaha Naurah Care Malaysia, Ybhg Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar; Pengerusi MAIWP, Ybhg En Mohd Nizam bin Yahya; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, En Muhammad Hafidz bin Ismail
Pengurus Pemasaran & Jualan Naurah Care.
Pengerusi Naurah Care, Sheikh Ahmad Fakhruddin Sh Abd Rahim berkata, "Majlis Walimatul Urus Perdana itu akan meraikan seramai 100 pasangan pengantin asnaf dan juga mualaf. Perlaksanaan Walimatul Urus Perdana secara beramai-ramai itu akan tertumpu pada pasangan yang telah diijabkabul dan juga bakal diijabkabulkan pada hari majlis itu nanti.Seramai 97 pasangan sudah pun melangsungkan pernikahan dan tiga lagi pasangan akan dinikahkan pada majlis itu. Ssyarat pasangan yang terpilih untuk diraikan pada program Walimatul Urus Perdana ini, mereka mestilah pasangan pengantin kategori asnaf atau pun mualaf.Syarat lain, salah seorang pasangan pengantin mestIlah pemastautin tetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mereka telah bernikah pada tahun 2022. Senarai para pengantin yang layak untuk menyertai program ini diberikan oleh pihak MAIWP.
Perbelanjaan Walimatul Urus Perdana ini ditanggung oleh MAIWP berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan. Pada Karnival MAIWP 2023 nanti, setiap pasangan dibenarkan membawa 20 ahli keluarga iaitu 10 ahli keluarga di pihak pengantin lelaki dan 10 lagi oleh pihak pengantin perempuan.Tema Walimatul Urus Perdana adalah Nostalgia Adat Istiadat Sejarah Kegemilangan Melayu Islam bertujuan mengembalikan nostalgia zaman kegemilangan dan lambang kemelayuan Islam.Konsep yang dirancangkan untuk menonjolkan, mempromosikan kesenian dan kebudayaan Melayu kepada segenap lapisan masyarakat yang berbilang agama, kaum dan budaya sekali gus menjelaskan agama Islam tidak melarang masyarakat untuk berbudaya selagi ia selari dengan syariat Islam yang syumul.Objektif lainnya, untuk menunjukkan nilai Islam itu sendiri yang amat menggalakkan penganutnya membina Baitul Muslim yang menitik beratkan pernikahan yang halal dan diredhai ALLAH s.w.t ke arah pembinaan ummah sejahtera.Majlis ini juga adalah untuk memperkenalkan budaya serta adat istiadat orang Melayu dalam menguruskan majlis perkahwinan kepada pasangan pengantin serta memperkenalkan seni kebudayaan kepada pelancong di dalam dan luar negara.Selain itu, pelaksanaan majlis ini juga adalah untuk menyemarakkan lagi semangat persaudaraan sesama Islam di samping menjadi teladan buat segenap lapisan masyarakat.Memeriahkan suasana dan agar majlis itu menjadi kenangan manis kepada pasangan raja sehari yang diraikan, pelbagai persembahan kebudayaan seperti kompang, silat dan tarian tradisional akan dipersembahkan.Memilih tema perkahwinan tradisional Melayu dengan menampilkan beberapa persembahan dan aktiviti yang mengimbau nostalgia adat lama yang semakin dilupakan.Paling menarik, pasangan pengantin akan diarak dengan menaiki kereta kuda menuju ke Dataran Merdeka yang melambangkan kepimpinan, kemewahan, keunggulan dan kekayaan agar pihak pengantin boleh menjadikan ia semangat untuk terus maju di masa hadapan serta mampu keluar daripada kategori asnaf,” katanya.
AGONG KITA DAN PERDANA MENTERI MALAYSIA BAKAL MERASMIKAN WALIMATUL URUS PERDANA
Selain itu, Karnival MAIWP 2023 dengan kerjasama Naurah Care Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli menyempurnakan Karnival MAIWP 2023 nanti.
Berkongsi mengenai pengisian Karnival MAIWP 2023, Majlis Walimatul Urus Perdana menghimpunkan 100 pasangan pengantin daripada golongan asnaf, mualaf juga akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyasarkan 500,000 kehadiran pengunjung sepanjang karnival dua hari itu ia adalah satu program dan naratif baharu, moden, bergaya seterusnya memberikan impak serta pandangan baharu masyarakat moden kepada sebuah agensi agama.
CERAMAH KEKELUARGAAN DAN KEWANGAN DI KARNIVAL MAIWP 2023
Melangkah ke alam baru berkongsi hidup berdua, pasti ada suka dan duka yang perlu dilalui. Maka penganjur juga akan menampilkan dua orang penceramah untuk memberikan motivasi berkaitan hak-hak suami atau isteri di dalam melayari bahtera rumahtangga dan Pengurusan Kewangan Bijak.
USAHAWAN & PENDIDIKAN MAIWP
Sebanyak 100 tapak jualan disediakan untuk penyertaan para usahawan asnaf, influencer, selebriti, anak-anak syarikat MAIWP dan agensi Karnival Usahawan & Pendidikan. Penyampaian Anugerah kepada Ikon Usahawan Asnaf dan Ikon Pendidikan Asnaf MAIWP turut diadakan di Karnival MAIWP 2023 nanti. Semoga berjaya!
PERSEMBAHAN KUMPULAN NASYID
Karnival MAIWP juga akan diserikan dengan persembahan hiburan oleh para penyanyi nasyid popular diantaranya Raihan, Rabbani, In Team, Aydan dan Nada Murni II dimana para selebriti ini dibawakan khas dengan inisiatif dan tajaan Pengurus Acara Karnival MAIWP 2023 iaitu Naurah Care Malaysia.
MAIWP RUN
Karnival MAIWP 2023 tidak melupakan aktiviti sukan rakyat Malaysia minati iaitu larian. MAIWP RUN terbuka kepada seramai 10,000 orang penyertaan dan diuruskan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ), MAIWP.
MAIWP RUN flag off pada 29 Januari 2023 jam 7 pagi yang membabitkan laluan sejauh 3 - 5 kilometer melalui Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Cara pendaftaran nanti Ruby kemaskini okay?
Tags
Berita
Bagusnya inisiatif begini kan. Moga dipermudahkan usaha membantu yang memerlukan sebegini. Dan ianya diperluas ke seluruh Malaysia gak.
ردحذفsatu usaha yang bagus untuk semua. Karnival yg ada macam-macam program.Kalu dapat dibuat bagu semua negeri sangat bagus.
ردحذفMemang semua program MAIWP ni bagus dan sangat relevan. Suka sangat bila ada banyak program bermanfaat macam ni
ردحذفwow i have never seen any campaign quite like this one before. it is definitely super interesting for me to learn about the program and what families are able to benefit from this!
ردحذفTerbaik MAIWP adakan pelbagai program seperti Karnival MAIWP 2023 tentulah bermanfaat utk masyarakat dlm menjayakan program yg diadakan.
ردحذفSure meriahkan karnival ni nanti dengan meraikan 100 pasangan siap ada sumbangan for them! Such a great initiative bah from them! Teringin nak visit bah tapi Nell masih di kampung lagi masa tue. Hopefully ada live, boleh learn more about it
ردحذفAbsolutely a great initiative to continue these MAIWP programs so more families will be benefited, I'm sure the run will be getting lots of participation. Cheers Siennylovesdrawing
ردحذفThanks for sharing this, bagus ada program dan karnival macam ni yang agak keseluruhan membantu rakyat
ردحذف