MI SEDAAP MI GORENG AYAM BAKAR LIMAU DENGAN KRIUK KRIUK DAUN LIMAU | Assalammualaikum semua! Jenama Mi Sedaap™ sangat digemari oleh keluarga Ruby. Jika mencari mi segera yang jenis tidak berkuah, pasti kami memilih Mi Sedaap™. Mi Sedaap™ ialah jenama mee segera keluaran Wings Food.
Produk mi segera ini telah dilancarkan pada tahun 2003 dan kini merupakan mi segera kedua paling popular di Indonesia. Jika travel ke Indonesia, selain nasi goreng yang Ruby cari untuk sarapan pagi, pasti Mi Sedaap™ juga Ruby ingin makan sekali. Ia adalah menu wajib hotel-hotel di Indonesia. Makan pula bersama keropok. Nyummmy!
MI SEDAAP MI GORENG AYAM BAKAR LIMAU DENGAN KRIUK KRIUK DAUN LIMAU
Mi Sedaap™ memperkenalkan Mi Sedaap™ Mi Goreng Ayam Bakar Limau, dihadirkan bersama Kriuk-Kriuk® Daun Limau yang istimewa. Hampir semua rakyat Malaysia menggemari mi segera. Keinginan dan mengidam untuk menikmati satu hidangan mi segera tidak membataskan masa.
Keinginan pasti hadir semasa musim hujan, cuaca sejuk dan dingin. Makan Mi Sedaap™ sudah mengenyangkan, malah badan seakan recharge dan kita boleh terus selesaikan tugasan harian dengan gembira. Setuju?
Untuk membawa perisa ikonik ini ke tahap yang lebih unggul, mi goreng nombor satu di Malaysia, Mi Sedaap™ telah memperkenalkan perisa baharu iaitu Mi Goreng: Mi Sedaap™ Mi Goreng Ayam Bakar Limau.
Perisa ini diinspirasikan oleh sajian ayam bakar yang wangi dengan sambal pedas-pedas masamnya. Anda boleh nikmati menu itu di dalam bentuk mi segera.
“Ayam bakar merupakan sajian tempatan paling popular yang ditemukan di seluruh kepulauan Melayu, yang merupakan syurga kepada pelbagai sajian tradisional.Apa yang menarik tentang ayam bakar Mi Sedaap™ ialah resipi ini menggabungkan adunan rempah ratus yang membangkitkan aroma limau yang segar, digandingkan dengan sambal pedas masam yang memikat cita rasa dan selera.Mi Sedaap™ berbesar hati untuk memperkenalkan interpretasi inovatif ini sebagai penambahan terkini kepada senarai perisa kami yang membangkitkan selera.Mi Sedaap™ Mi Goreng Ayam Bakar Limau juga dilengkapi Kriuk-Kriuk® Daun Limau kami yang terkenal, yang disalut dengan rasa limau yang segar, untuk ditaburkan sebagai hiasan,” jelas Kam Ai Nee, Ketua Pemasaran Gent Supreme Sdn Bhd.
Sebagai salah satu jenama terkemuka dalam pasaran mi segera selama lebih 19 tahun, visi Mi Sedaap™ adalah untuk menghasilkan produk berkualiti kerana kami percaya bahawa perkara yang terbaik dalam kehidupan boleh dinikmati oleh semua.
Dengan memperkenalkan Mi Sedaap™ Mi Goreng Ayam Bakar Limau, rakyat Malaysia lebih mudah untuk menikmati sajian legenda ini.
Kilang Mi Sedaap diperakukan dengan Pensijilan ISO 22000 bagi Piawaian Antarabangsa untuk Pengurusan Keselamatan Makanan dan Pensijilan ISO 9001 bagi Piawaian Antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Kualiti.
Mi Sedaap™ mempunyai pelbagai produk yang telah dinikmati oleh ramai pengguna di lebih 30 buah negara termasuklah Malaysia, selama lebih dari sedekad.
Kesemua produk Mi Sedaap™ memenuhi tahap piawaian pengeluaran yang dikawal rapi, dan dihasilkan dibawah piawaian pengeluaran dan penyeliaan yang ketat, selain memenuhi piawaian keselamatan makanan di sepanjang rantaian bekalan.
Oleh itu, produk Mi Sedaap™ adalah selamat dan sentiasa sedaap! Mi Sedaap™ Mi Goreng Ayam Bakar Limau kini tersedia dalam paket 89g x 5 di semua pasar raya terkemuka di seluruh negara.
MENGENAI GENTLE SUPREME
Gentle Supreme ditubuhkan di Malaysia di atas kekukuhan kumpulan WINGS, iaitu antara syarikat paling terkemuka di Indonesia yang memiliki pengalaman selama beberapa dekad dalam pelbagai produk isi rumah dan makanan.
Jenama Gentle Supreme telah menjadi antara jenama yang paling dipercayai di kalangan rakyat Malaysia dan jenama ini terus berusaha untuk memenuhi pelbagai jangkaan baharu pengguna dengan menawarkan produk isi rumah dan makanan yang berkualiti tinggi.
Tags
Foodie
Aduh sedapnya. Teringin pulak nak makan, kena tunggu habis pantang nanti boleh try.
ردحذفnampak pun sedap... terliur tengok... ayam bakar limau... bunyi pun agak unik.. mesti ada rs masam2 limau sikit kan...
ردحذف