VIRAL MEE KARI OPAH SOLD OUT 15,000 KOTAK DALAM MASA 1 JAM | Assalammualaikum semua! Siapa dah cuba Mee Kari Opah yang viral tu? Ruby belum berkesempatan dapat beli. Asyik SOLD OUT aje! Buat pengetahuan semua, Mee Kari Opah ini dimiliki oleh Arwaa Food Enterprise.
Selama hari ini Ruby hanya menonton TikTok mereka, Ruby tenung dekat-dekat Mee Kari Opah ni. Masak sampai 8 minit ni tak kembang ke mee tu? Ruby pun baca isi kandungan bahan-bahan. Rupa-rupanya mee yang digunakan adalah mee tarik.
Jika anda biasa makan mee tarik, pasti tahu tekstur dan rasa mee ini. Ia jenis yang tidak mudah muak dan kembang. Aishhh tak sabar nak beli Mee Kari Opah. Shopee, Lazada, dan TikTok shop semua SOLD OUT. Sedihnya...
VIRAL MEE KARI OPAH SOLD OUT 15,000 KOTAK DALAM MASA 1 JAM
14 Disember 2022, dalam sejarah Arwaa Food Enterprise telah berjaya menjual 15,000 kotak Mee Kari Opah dalam masa satu jam menerusi platform TikTok Shop. Pastinya Mee Kari Opah telah menjadi pilihan ramai walau baru 1 tahun di pasaran.
Melihat pasangan suami isteri aktif mempromosikan Mee Kari Opah dengan video cara penyediaan, mukbang makan Mee Kari Opah bersama keju dan lada. Malah ada juga pelanggan berkongsi testimoni penyediaan yang seperti Mee Kari sebenar! Ulasan rakan selebriti yang menyatakan sedap padu dengan rasa yang cukup. Mungkin keaslian maklum balas mereka membuatkan ramai menggemari Mee Kari Opah.
Tahniah kepada pasangan Nadzmi Adhwa Nor Adzmi dan Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana. Teruskan menghasilkan kandungan video TikTok yang buat ramai Jilat Skrin!
Menurut Pengarah Urusan, Mohd Ab Hadi Ab Kaderi, "Alhamdulillah dan syukur kepada Allah swt diatas rezki yang dikurniakan. Dan terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa support kami dari dulu hingga sekarang. Mungkin ramai tak tahu bahawa mee kari opah arwaa food sebenarnya sudah lebih 1 tahun dipasaran. Dan Alhamdulillah mendapat tempat dihati peminat mee segera di Malaysia.Mungkin kerana Arwaa food mensajikan “KEIKHLASAN” dalam resepi mee kari opah. Yang mana pelanggan dapat menikmati rasa mee kari yang sebenar tetapi dalam bentuk mee segera yang jauh lebih mudah dan cepat. Sinonim dengan peredaran zaman yang serba pantas ni. Kami cuba bawakan citarasa asli air tangan “Opah” tetapi dalam bentuk mee segera.Kehebatan resipi Mee Kari Opah ini mengambil masa selama 6 bulan untuk proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan rasa dan kami mendapat tekstur mee yang kami inginkan. Disamping itu juga kami di Arwaa Food Enterprise menggunakan mee tarik yang berkhasiat dimana kami menggabungkan makanan sunnah seperti kurma, kismis dan saffron sebagai bahan asas. Tanpa menggunakan lilin, borik acid dan lain-lain. Ia lebih selamat dan menyelerakan.
Ramai pasti tertanya-tanya apakah pihak Arwaa Food Enterprise akan mengeluarkan mee tarik dengan perisa lain memandangkan Mee Kari Opah telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan, Nizar Hafiz, "Sebenarnya kami telah melakukan R&D lebih dari 5-6 rasa mee tarik bukan sahaja mee kari tetapi ada beberapa rasa lagi yang mana masih menggunakan konsep asal Arwaa Food iaitu “RASA ASLI” seperti masak sendiri. Jadi kami harap pelanggan kami bersabar menanti dan sentiasa sokong produk-produk keluaran Arwaa Food Enterprise. InsyaAllah.
Pengalaman Adhwa dan Ardell terjun ke dalam bidang perniagaan produk makanan dan bertahan dlm pasaran utk tempoh 2-3 tahun sangat membanggakan.
Menurut Pengarah Urusan, Nadzmi Adhwa, "Permulaan berkecimpung dalam bidang perniagaan makanan ini apabila kami berjaya meyakinkan dua orang sahabat baik kami iaitu Hadi dan Hafiz untuk menerokai bidang perniagaan baru bersama-sama iaitu produk makanan mee segera.Setelah berhempas pulas memikirkan idea dari segi konsep dan rasa yang kami ingin diketengahkan. Maka terhasillah Mee Kari Opah. Sedap dan mudah. Tag line yang kami sentiasa ketengahkan adalah “ HALAL ITU MESTI, SEDAP ITU PASTI”.Tiada jalan pintas walau kami bergelar selebriti. Kami tetap mempromosikan Mee Kari Opah melalui kandungan video, kami juga mengajak penonton membeli dan kami juga membungkus parcel yang dipesan oleh pelanggan melalui TikTok Shop."
@arwaafood.hq 😱😱 15,000 kotak Mee Kari Opah terjual dalam masa satu jam 😱😱 ‼️Sambutan yg diluar jangkaan kami ketika melalukan live di Tiktok dua hari lalu ‼️ bagus sangat tau sedap #1#1rumah1arwaafoodm#meekariopahm#mukbanga#arwaafoodhqa#arwaafood#m#mukbangasmra#asmreatinga#asmrmukbangf#foodlovera#asmrfoodF#Foodstagrami#instafoodf#fypf#fypシT#TakeBestShotf#fypagef#fypagef#fypシ゚virala#arwaaf#fypdonggggggggf#fypdongggggggf#fypppppppppppppppppppppppf#fyppf#fypgaknif#fypsoundsf#fyviral #viralvideo #viraltiktok #virall #mytiktokstory #mytiktok #ardellaryana #nadzmiadhwa @nadzmiadhwa @ArdellAryana ♬ Tasbih Dzikir - IFTAH QULUBANA
Rangka promosi Arwaa Food Enterprise juga mudah, melalui platform media sosial mereka Alhamdulillah dapat berniaga dengan baik. Lebih dekat dengan pelanggan.
Tambah Pengarah Urusan, Nizar Hafiz, "Media Sosial adalah platform yang terbaik. Boleh dikatakan LOW COST TETAPI HIGH RETURN. Hampir 40juta rakyat malaysia semuanya terdedah dengan media sosial. Jadi tak boleh disangkal lagi ianya merupakan platform yang terbaik.
Ramai mengenali Adhwa sebagai pelakon dengan imej periang. Tiba-tiba sudah bergelar usahawan yang berjaya, apakah punca kepada perubahan ini?
Menurut Pengarah Urusan, Nadzmi Adhwa bin Nor Adzmi, "Titik perubahan saya adalah keluarga. Bagi saya keluarga adalah segala-galanya. Mereka jugalah sumber kekuatan saya dalam perniagaan ni."
HALAL ITU MESTI, SEDAP ITU PASTI
Rasa Mee Kari Opah sangat istimewa kerana diformulasikan menggunakan KURMA, KISMIS DAN SAFFRON. Disebabkan itu, ia digemari oleh seisi keluarga.
🍜 1 Kotak Mee Kari Opah terdapat 5 paket Mee Tarik + 5 paket serbuk santan + 5 paket perencah Kari Opah.
💯 Produk Muslim
💯 Mee Tarik Organik
💯 Tanpa Pewarna Tiruan
💯 Tanpa Benzoyl Peroxide
💯 Tanpa Boric Acid
💯 Tanpa Bahan Pengawet
💯 Tanpa lilin
Berat bersih sekotak : 111gram × 5 paket. Dijual pada harga RM 20.00
Tags
Foodie
oh my sedapnyaa memang fav yaya la mee kari lepas ni boleh cuba mee kari opah pulak hee
BalasPadammee kari memang sedap. tak ramai yang pandai buat kuah die yang sedap. boleh try beli juga ni
BalasPadamTak pernah jumpa lagi brang diorg nnti boleh try. Nampak mcm sedap 😊
BalasPadamWahh mesti sedap nii..laris betul..
BalasPadamKita selalu nampak lalu FYP kat TikTok memang cuba lah sedap giler tengok kuah yang pekat dan mee yang anjal sedap best korang kena cuba pasti nak tambah lagi hehehehe..
BalasPadammacam best je. kalau tak takkan la sampai sold out. menarik mee ni sebab tanpa lilin. boleh ganti brand sedia ada kat rumah tu. hehe
BalasPadamOhh wow... viral, ok ok Sienny gonna grab & try as I love curry noodles, so so tasty looking, I'm craving now. Can't wait to taste this viral curry noodles soon soon. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadamTemptingnya tengok mee kari opah yang viral ni.. Nell pun nak give it a try la... Congratulation to both of them too!
BalasPadam