YAYASAN KRU BEKERJASAMA DENGAN BIG BAD WOLF BOOKS UNTUK PROGRAM RED READERHOOD 2023

YAYASAN KRU BEKERJASAMA DENGAN BIG BAD WOLF BOOKS UNTUK PROGRAM RED READERHOOD 2023 | Assalammualaikum semua! Pada 22 Disember 2022 baru-baru ini bertempat di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) telah berlangsung pelancaran kerjasama Yayasan KRU dan Big Bad Wolf Books untuk Program Red Readerhood 2023.

Melalui kerjasama ini, Yayasan KRU  dan Big Bad Wolf Books dapat menjayakan impian untuk memupuk amalan membaca dari awal usia. Pemberian buku mengikut peringkat usia dan kumpulan sasaran adalah pelajar sekolah dari prasekolah hingga tingkatan 5 adalah usaha yang sangat murni. Semoga program ini sukses dan Ruby tidak sabar untuk menjadi sukarelawan program tersebut. Teruja kan?

YAYASAN KRU BEKERJASAMA DENGAN BIG BAD WOLF BOOKS UNTUK PROGRAM RED READERHOOD 2023


Dari kiri Puan Jacqueline Ng, Pengasas Bersama & Pengarah Eksekutif Big Bad Wolf Books dan Dato' Norman Abdul Halim, Presiden Yayasan KRU ketika melihat buku-buku di Jualan Buku Big Bad Wolf MIECC.

Yayasan KRU dan Big Bad Wolf Books bergabung mempromosikan budaya membaca buku. Dalam peralihan ke arah penggunaan kandungan digital di era moden, kita tidak seharusnya mengabaikan minat membaca buku yang telah membina pelbagai tamadun dan budaya sejak berabad yang lalu dan akan terus kekal relevan di masa yang akan datang. 

Membaca buku terbukti memberi manfaat kepada manusia untuk kesihatan fizikal dan mental, meningkatkan kefasihan bahasa dan menambahkan pengetahuan.

Bagi membudayakan pembacaan buku di Malaysia, terutamanya di peringkat akar umbi di sekolah prasekolah, rendah dan menengah, Yayasan KRU dan Big Bad Wolf Books (BBW) mengumumkan kerjasama bagi menjalankan beberapa siri aktiviti di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat BBW iaitu 'Red Readerhood' pada tahun 2023.


Menurut Dato' Norman Abdul Halim, Presiden Yayasan KRU “Pihak kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan BBW dan terlibat sama dalam program Red Readerhood kerana ia sejajar dengan misi kami untuk mempromosikan kreativiti melalui platform digital. 

Pihak kami juga merancang untuk menganjurkan pertandingan membaca buku secara maya sebagai acara tahunan di peringkat negeri menuju ke acara kemuncak majlis anugerah peringkat kebangsaan yang akan dianjurkan secara fizikal pada bulan Disember 2023.”


“Misi kami sentiasa konsisten sejak hari pertama kami memulakan perniagaan - 'Change the World, One Book at a Time' dengan menjadikan buku mudah untuk diakses dan mampu dimiliki orang ramai sambil menyokong kepentingan memupuk tabiat membaca, meningkatkan kefasihan dalam Bahasa Inggeris dan berusaha ke arah membina generasi pembaca baharu. 

Pihak kami amat percaya bahawa buku boleh mengubah kehidupan – ia boleh memberi inspirasi kepada kita untuk bercita-cita tinggi dan memperkasakan diri dengan pengetahuan untuk merealisasikannya. 

Kami amat berbesar hati kerana Yayasan KRU telah bersetuju untuk bergabung dengan pihak kami untuk menjadikan program “Red Readership” lebih berkesan mulai tahun 2023," ulas Jacqueline Ng, Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Big Bad Wolf Books.


Program Red Readerhood 2023 merangkumi pelbagai inisitiaf termasuk pertandingan membaca buku anjuran Yayasan KRU, penyertaan ikon media dan pempengaruh untuk mempromosikan program tersebut, serta sumbangan buku oleh BBW kepada sekolah-sekolah terpilih.

Yayasan KRU dan BBW mengalu alukan penyertaan organisasi dan individu lain untuk menyertai program Red Readerhood. Hubungi [email protected] untuk maklumat lanjut.

AMALAN MEMBACA BUKU YANG SEMAKIN PUDAR, YAYASAN KRU MAHU PROGRAM RED READERHOOD SAMPAI KE SEKOLAH SELURUH MALAYSIA


Sekolah, di situ adalah permulaan yang bagus untuk memupuk amalan membaca. Pelbagai usaha untuk meningkatkan amalan membaca telah dilaksanakan. Namun, ia akan menjadi tergantung apabila program murni ini tamat. Bertanya tentang hal itu, kesinambungan perlu ada bagi merealisasikan visi Yayasan KRU dan Big Bad Wolf Books.


Dato' Norman Abdul Halim, Presiden Yayasan KRU turut berkata " Program sebegini tidak akan mampu terlaksana jika tiada kerjasama bersama pasukan hebat seperti Big Bad Wolf Books. Kami di Yayasan KRU akan menyusun program dengan proses yang lengkap bersistem agar pada tahun 2023 kami boleh terus melaksanakannya.

Senarai sekolah yang terlibat akan dimaklumkan pada tahun 2023 dan kalau boleh kami ingin ke sekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Memandangkan Big Bad Wolf Books sudah berjaya ke peringkat antarabangsa. Ini bukan perkara yang mustahil untuk kita capai matlamat program untuk ke semua sekolah di Malaysia. 

Program bacaan dan pemberian buku percuma pastinya dapat memupuk amalan membaca pada setiap peringkat usia pelajar sekolah. Perasaan memiliki buku sangat berbeza dengan meminjam buku. Program Red Readerhood 2023 adalah cara untuk beli jiwa kanak-kanak dan remaja untuk terus membaca.

Saya bermula minat membaca apabila ibu saya memberi surat khabar New Straits Times. Walau hanya naskah surat khabar, saya dapat memupuk amalan membaca dan mengetahui berita yang sedang berlaku di seluruh dunia. Bahan bacaan juga memainkan peranan.

Untuk peraduan bercerita, kami akan asingkan syarat peraduan mengikut usia pelajar. Senarai tajuk buku juga akan dimaklumlan nanti. Manakala untuk pemberian buku percuma, kami akan sediakan mengikut peringkat umur. 

Bagi pihak korporat yang ingin memberi sumbangan, kami amat mengalu-alukannya. InsyaAllah program ini bermanfaat kepada anak-anak bangsa dan generasi akan datang."

IMAGINASI PEMBACA BERBEZA


Puan Jacqueline Ng, Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Big Bad Wolf Books turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang berada di dalam industri penyediaan buku. 


"Bercerita dan membaca adalah dua perkara berbeza. Apabila kita memegang buku, membaca buku. Kita berimaginasi dengan setiap patah perkataan dari buku tersebut. Ada yang membayangkan naga adalah makhluk yang ganas, tetapi bagi kanak-kanak, mereka membayangkan naga comel dengan ada api kecil dan bersayap besar.

Oleh kerana itu, amalan membaca perlu dimulakan dari awal usia. Ini dapat memupuk minat membaca. Membaca buku juga melatih anak-anak meneroka dunia. Tidak perlu kemana-mana, baca buku dan lihat dunia dengan informasi yang disediakan oleh penulis buku. 

Jadikan amalan membaca buku dalam keadaan yang selesa dan seronok. Kesibukan ibu bapa menguruskan keluarga dan kerjaya pasti membataskan anak-anak untuk membaca buku dan lebih banyak masa bermain gadget. 

Oleh kerana itu, saya ingin kongsikan tips memupuk anak suka membaca dengan menyediakan buku di rumah. Hanya letakkan di atas meja, tempat yang anak-anak nampak dan mudah dicapai. Pasti anda akan terkejut dengan hasilnya. 

Hasil dari amalan membaca tidak akan jelas terpapar dalam masa yang singkat, tetapi akan nampak kemajuan semasa anak-anak di sekolah. Mereka lebih tahu tentang banyak perkara dan berkomunikasi apabila guru bertanya. Memandangkan sekarang cara Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilaksanakan di sekolah. Ia adalah cara untuk anak-anak terlibat sepanjang sesi persekolahan bersama guru-guru subjek.

Program Red Readerhood 2023 dengan kerjasama Yayasan KRU sangat dinantikan oleh kami di Big Bad Wolf Books. Semoga kerjasama ini akan berterusan."

MENGENAI RED READERHOOD


Red Readerhood ialah sayap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Big Bad Wolf Books yang ditubuhkan untuk menyumbang kepada komuniti tempatan melalui sumbangan buku.

BBW berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa setiap insan di dunia ini berhak untuk membaca dan belajar, tanpa mengira status mereka. Dengan membaca kita dapat meningkatkan kefasihan dalam Bahasa Inggeris dan menimba ilmu mengenai dunia kerana buku adalah untuk semua.

MENGENAI YAYASAN KRU


Yayasan KRU telah ditubuhkan pada 27hb September 2017 untuk menyokong belia daripada keluarga B40 menyertai program pendidikan tinggi berasaskan kemahiran yang berkaitan dengan Industri Kreatif dan Keusahawanan Digital. 

Pada 28 Disember 2018, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah meluluskan permohonan Yayasan KRU untuk memberikan potongan cukai kepada penderma di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, Sub-Seksyen 44(6).

Sejak penubuhannya, Yayasan KRU telah berjaya bekerjasama dengan lebih 10 universiti awam dan swasta, menaja beberapa ratus pelajar, dan mendapat penglibatan ribuan peserta melalui program yang diberi nama "Kita Jaga Kita", "Contentpreneur" dan "Kreatif X-Press". 


MENGENAI BIG BAD WOLF BOOKS 


Big Bad Wolf Books telah dilancarkan di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 2009, hasil cetusan idea pengasas BookXcess, Andrew Yap dan Jacqueline Ng.

Berdasarkan wawasan pengasas, misi utamanya adalah untuk memupuk tabiat membaca, meningkatkan kefasihan dalam Bahasa Inggeris di seluruh dunia, dan membina generasi pembaca baharu dengan menjadikan buku lebih mudah diakses serta mampu dimiliki oleh SEMUA ORANG.

Dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar di Dunia, platform ini adalah inisiatif advokasi membaca diperingkat global yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai dari semua peringkat umur menerokai kegembiraan membaca, memberi inspirasi kepada mereka untuk mengejar impian mereka dan, yang paling penting, memperkasakan mereka dengan ilmu untuk merealisasikannya.

Sejak penubuhannya, Jualan Buku Big Bad Wolf telah berkembang dengan pesat, ke arah pasaran global dan menjelajah 37 bandar di 15 buah negara, termasuk Malaysia, Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu dan terbaharu, menerokai benua Afrika – ke Tanzania dan Kenya, tanpa bercadang untuk berhenti dalam menjadikan buku untuk mampu dimiliki oleh pembaca di seluruh dunia.

2 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Ini kali dengarnya ;lebih murah harga bukunya dan banyak ganjarannya.. JB bila nak mai lagi ni..

    BalasPadam
  2. bagus la dapat mengalakkan anak-anak untuk lebih banyak membaca

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال