AYDA JEBAT DILANTIK SEBAGAI DUTA KEMPEN “SALAM TAIWAN”

AYDA JEBAT DILANTIK SEBAGAI DUTA KEMPEN “SALAM TAIWAN” | Assalammualaikum semua! Berita gembira buat semua peminat Ayda Jebat yang happy-go-lucky ni. Ayda Jebat sah dilantik sebagai duta kempen Salam Taiwan! Tahniah Adik!! Teruja sangat! Sesuai dengan personaliti, kecantikan dan kelincahan dia. Ayda Jebat memang tidak kenal erti penat. Bateri dia banyak. Hahaha. 

Negara Taiwan terletak di bahagian barat Lautan Pasifik, berhampiran Tanah Besar China. Keluasan Taiwan ialah kira-kira 36,000 kilometer persegi, iaitu lebih kurang 10 peratus daripada jumlah keluasan Malaysia. Muka bumi Taiwan diliputi oleh dua pertiga kawasan pergunungan. Merupakan negara 4 musim yang pastinya memberi pengalaman percutian Muslims yang anda tidak dapat lupakan. 

AYDA JEBAT DILANTIK SEBAGAI DUTA KEMPEN “SALAM TAIWAN”



Ayda Jebat dilantik sebagai Duta Kempen “Salam Taiwan”, Taiwan dengan ikhlasnya mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan Muslim dari Malaysia untuk meneroka keindahannya. Anda boleh alami percutian seisi keluarga, menghargai keindahan alam semulajadi, kepelbagainan makanan halal, lokasi tempat beribadat dan pusat membeli-belah yang selesa. 

Bagi merebut pasaran pelancongan Muslim bagi tahun 2023, Biro Pelancongan Taiwan telah berbesar hati untuk melantik selebriti muslim Malaysia - Ayda Jebat sebagai Duta Salam Taiwan. Sebuah video promosi “Salam Taiwan 2023” akan dilancarkan terlebih dahulu, dengan harapan untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim untuk memilih Taiwan sebagai destinasi pelancongan mereka, berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh Ayda sendiri. 

Pada masa ini, hampir 300 restoran dan hotel di Taiwan telah memperoleh pensijilan halal. Menurut “CrescentRating - Global Muslim Travel Index (GMTI)” bagi tahun 2022 oleh MasterCard, Taiwan berada di tempat ke-2 bagi kategori destinasi pelancongan mesra muslim terbaik di kalangan negara bukan Islam di dunia. 

Berdasarkan fakta ini, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan projek promosi baharu “Salam Taiwan 2023”, iaitu dengan meneruskan konsep berteraskan Taiwan sebagai negara mesra pelancong Muslim dari seluruh dunia, memperkenalkan logo promosi Salam Taiwan terbaharu, serta menambah sub-slogan “Destinasi Sensasi Mesra Muslim”, yang diharap dapat menyerlahkan dengan lebih jitu lagi akan keistimewaan Taiwan. 

Pejabat Biro Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur berkata “Salam Taiwan 2023 akan memberi tumpuan kepada empat tema utama -“Vibrant”, Mesra Muslim, Romantik dan “Trending”, serta akan mempromosikan sumber pelancongan unik Taiwan kepada rakan Muslim secara lebih spesifik dan mendalam.” 

Sebuah video promosi berdasarkan konsep "Dengarkan Suara Taiwan" telah diterbitkan, dimana Ayda secara peribadi telah melawat Ladang Qin Jing, gunung Hehuan, Alishan, bersiar-siaran di Taipei, taman tema, ladang riadah dan puak orang asli serta tarikan istimewa lain. 

Bunyi angin, air, kereta api, nyanyian orang asli, dan penyediaan makanan telah dirakam bagi mempersembahkan pelbagai daya tarikan apabila menikmati pengembaraan ke seluruh Taiwan. 

Selain itu, suami Ayda, Nabil Mahir, turut membuat penampilan dalam video promosi tersebut, menyerlahkan detik-detik manis serta romantik. 

Ketika ditemui, Ayda berkata “Saya sangat gembira kerana telah terpilih sebagai Duta Salam Taiwan. Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir untuk melancong ke Taiwan, kerana Taiwan adalah sebuah negara yang terlalu asing bagi saya. Tapi, kesudahannya, saya telah jatuh cinta sebaik sahaja menjelajah ke sebahagian besar Taiwan! 

Baik dari segi kemesraan warga Taiwan, keindahan, keseronokan membeli-belah hinggalah ke pelbagai pilihan makanan halal yang lazat dan mudah untuk dinikmati! Saya tidak sabar untuk berkongsi keistimewaan Taiwan yang cantik dan “vibrant” ini kepada peminat saya! 

AYDA JEBAT DUTA SALAM TAIWAN



Di majlis pelancaran hari ini, Pengarah Encik Abe Chou dari Biro Pelancongan Taiwan telah berbesar hati untuk menyampaikan sijil pelantikan kepada Ayda sebagai Duta Salam Taiwan di Malaysia, dengan disaksikan oleh Cik Phoebe Yeh, wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia. 

Cik Phoebe Yeh juga menjelaskan bahawa pada masa ini, adalah amat mudah bagi pelancong Malaysia untuk pergi ke Taiwan kerana terdapat banyak syarikat penerbangan seperti China Airlines, EVA Airlines, dan STARLUX Airlines yang menawarkan penerbangan secara terus ke Taiwan. 

Pelbagai video promosi telah dirancang untuk dimainkan di kaca TV Malaysia, slot iklan di pawagam tempatan, billboard elektronik dan internet, dengan menyasarkan peningkatan sehingga dua angka bagi peratusan pelancong Muslim dari Malaysia yang berkunjung ke Taiwan setiap tahun. 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال