BUTTONSCARVES MYTOWN SHOPPING CENTRE KINI DIBUKA

BUTTONSCARVES MYTOWN SHOPPING CENTRE KINI DIBUKA | Assalammualaikum semua! Mengenali Buttonscarves pada April 2020 adalah punca utama Ruby tahu ada jenama antarabangsa yang mula memeriahkan industri fesyen hijab di Malaysia. The Maharani Series yang menampilkan selebriti tempatan iaitu Elfira Loy adalah asbab Ruby juga BSLady seperti kalian semua. Tahniah Elfira Loy! El telah dilantik sebagai duta jenama Buttonscarves Malaysia pada Disember 2022 lalu. Finally!

Permulaannya sehelai, kemudian dua helai, kemudian Buttonscarves kolabrasi bersama Wardah Beauty. Maka, secara tidak langsung menjadi collector. Hahaha. Keunikan Buttonscarves adalah material yang sesuai dengan cuaca di Malaysia, corak Nusantara, setiap keluaran pasti trending dan kemasan laser cut di tepi adalah my favourite

BUTTONSCARVES MYTOWN SHOPPING CENTRE KINI DIBUKA 



Tahniah Buttonscarves di atas pembukaan cawangan ke empat di Malaysia. Sebelum ini cawangan Buttonscarves di Avenue K Mall, 1 Utama dan Setia City Mall. Lokasi untuk cawangan keempat adalah di MyTOWN Shopping Centre bertepatan dengan lokasi tumpuan pengunjung yang memilih pusat membeli-belah selesa dikunjungi seisi keluarga. 

Kedai Buttonscarves di MyTOWN Shopping Centre berkeluasan 2,100 kaki persegi dan bertema monokrom hitam dan putih. Minimalist dan kemas. Setiap ruang dipenuhi dengan pelbagai koleksi dari beg, kasut, pakaian dan tentunya pelbagai siri hijab.

“Melihat Buttonscarves berkembang dengan begitu pesat di Malaysia sememangnya satu kejayaan untuk dilihat. Alhamdulillah kita sudah membuka kedai keempat. Rasanya seperti semalam ketika kami merancang yang pertama kedai di Malaysia. Kedua-dua pasukan Malaysia dan Indonesia telah bekerja tekun tanpa jemu untuk membantu Buttonscarves berkembang dan saya tidak sabar untuk menunjukkan projek yang kami sediakan untuk Malaysia BS Ladies, jadi nantikan,” kata Linda Anggrea, Pengasas Buttonscarves.

“Sejak perlantikan Elfira Loy sebagai duta jenama di Malaysia hingga membuka cawangan yang keempat di Malaysia, ia benar-benar pengembaraan yang menarik untuk saya dan pasukan saya. Lebih banyak projek sedang dirancang dan kami tidak sabar untuk berkongsi semua berita baik dengan BS Ladies,” kata Sharifah Itasha Jamalullai, Country Director, Buttonscarves Malaysia.

“Saya sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Buttonscarves di Malaysia. Menjadi keutamaan saya untuk memberi sepenuh kasih sayang, komitmen dan sokongan saya bersama pasukan,” kata Elfira Loy, Duta Jenama Buttonscarves Malaysia.

Bagi meraikan pembukaan Buttonscarves di MyTOWN, satu acara pembukaan khas telah diadakan pada 27 Januari lalu bersama rakan-rakan Buttonscarves daripada media, KOLs dan BS Ladies. Tetamu disajikan dengan minuman dari Kopi Dua Darjat. Kemuncak acara itu adalah Sesi Penggayaan Eksklusif bersama penggaya hijab selebriti Didiyana Ehsan dan perunding gaya Izrin Jupiterisma.


Hijab, adalah wajib bagi setiap muslimah yang beragama Islam. Ini adalah untuk menutup aurat mereka sebagaimana yang dikehendaki. Namun, hijab adalah asas pertama yang temui untuk menceriakan mood dan penampilan harian anda. Walau menjaga aurat, kita seharusnya berseronok dengannya dan menggayakannya. Buttonscarves sentiasa mempunyai visi bahawa hijab tidak perlu biasa-biasa. Kerana semua wanita muslimah memiliki peranan yang luar biasa.

Ramai BSLady mempunyai latar belakang berbeza yang menginginkan kualiti dalam hijabnya. Pemilihan material bagus, tidak pekak telinga, mudah digayakan, ironless dan warna pelbagai. Dari menghasilkan hijab, kini Buttonscarves menghasilkan pelbagai produk fesyen dari pakaian muslimah, beg tangan, sunglasses, brooch, bracelet, kasut, sandal hingga ke aksesori yang melengkapkan penampilan anda. 

Ditubuhkan pada 2016, terdapat banyak produk Buttonscarves yang terdapat secara dalam talian dan di butik fizikal Avenue K Mall, 1 Utama, Setia City Mall dan MyTOWN Shopping Centre. Jelas sekali dari namanya sendiri, jenama ini mempunyai banyak koleksi pakaian untuk anda pilih. Fesyen muslimah tidak akan ketinggalan zaman. Setuju?

STAIL BERSAMA DIDIYANA EHSAN DAN IZRIN JUPITERISMA


Mengikuti Didi dan Izrin di media sosial sudah amat menggembirakan, apatah lagi dapat melihat dan mengetahui ilmu fesyen secara langsung. Terima kasih Buttonscarves untuk peluang belajar bersama fesyen GURU. 


Sebagai ibu, Ruby semakin hari semakin terlalu simple untuk bersiap. Selepas sesi stylist bersama Didi dan Izrin, perasaan nak tampil cantik terus menyapa. Tangan magis mereka nampak mudah sahaja menggayakan semua koleksi pakaian Buttonscarves.

Buat pengetahun kalian, Didiyana Ehsan merupakan penggaya hijab untuk majlis perkahwinan muslimah. Dia sering bekerja dengan kerabat diraja dan selebriti agar memastikan tudung mereka dipakai kemas sepanjang hari terpenting dalam hidup mereka. 

Kalau anda google Didi, anda akan nampak selebriti yang beliau pernah gayakan. Memang masa itu menjadi fenomena sebab kesempurnaan adalah trademark bagi Didi. Hehehe.

Izrin Jupiterisma pula fesyen GURU dan perunding gaya peribadi. Pakaian, bag, kasut dan warna apa sesuai dengan anda pasti akan diketahui oleh Izrin. Mata Izrin ni dapat melihat kelainan dan embrace ia mengikut personaliti diri anda. Ikuti instagram Izrin untuk melihat sendiri bagaiamana beliau mix and match pakaian. Sangat eksklusif!

Jom kita lihat 4 gaya yang dikongsikan oleh fesyen GURU Didi dan Izrin. 

LOOK 1 - SANTAI


Hijab: Kelly Square (Blush)
Gaun: Emily Maxi Dress
Beg: The Emily Alma Flap (White)
Kasut: Kefi Sandal
Aksesori: Buttonscarves Brooch

LOOK 2 - GIRL BOSS ATAU LIBURAN?


Hijab: The Journey Series Satin Square - Melbourne
Gaun: The Chain La Bella Maxi Kaftan (Soft Pink)
Jaket: Bimu Blazer (Tan)
Inner: Everyday Inner Long Sleeve (Black)
Kasut: Sarah Shoes

LOOK 3 - SEDAP MATA MEMANDANG



Hijab: The Journey Series Satin Square - Jeddah
Kemeja: La Bella Stripe Shirt with Lace (Green)
Seluar: Raina Pants (Cream)
Beg: Sarah Bag (Khaki)
Tali Pinggang : Buttonscarves
Kasut: Sarah Shoes (Sage)

LOOK 4 - JOM KE PARIS


Hijab: Blume Square Series - Jet Set
Skirt: Emily Paperbag Skirt (Black)
Inner: Everyday Inner Long Sleeve (Black)
Kemeja: Emily Satin Shirt (Broken White)
Jaket: Black 
Topi: Beret 
Sunglasses: Briana Acetate Sunglasses (Gold) 
Beg: The Emily Alma Flap (Maroon)
Kasut: Sarah Shoes (Burgundy)

Pelbagai stail kita boleh cuba apabila melihat hasil idea Izrin dan Didi. Nampak mudah dan kemas! Semua barang yang digunakan boleh didapati diim Butik Buttonscarves. Selamat membeli belah!

Bermula 28 hingga 29 Januari 2023, Buttonscarves memberi popcorn dan gula-gula kapas percuma kepada pengunjung Buttonscarves di cawangan baharu L1-031 MyTOWN Shopping Centre. Anda hanya perlu FOLLOW Instagram rasmi Buttonscarves Malaysia, @thebslady_my sahaja. Jika anda muat naik Instagram Story dengan hashtag #ButtonscarvesatMyTOWN, anda akan dapat barangan eksklusif yang lain juga! Best kan?

6 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. wow... lawa lawa tudungnya. Selalu saya pakai tudung sarung je, Tak kompiden nak fesyen fesyen

    ردحذف
  2. wahh dah ada kat mytown. boleh la kesana cuci2 mata. design pun nampak menarik..cantik2 semuanya

    ردحذف
  3. Wowo ...sure all my Muslims girl friends so happy to enjoy shopping here. Love their stylish ways of wearing scarves. Nice one. Cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
  4. sangat menarik BUTTONSCARVES MYTOWN SHOPPING CENTRE, nanti saya inform pada isteri mana tau dia berminat.

    ردحذف
  5. Shopping centre tu sangat menarik.
    Terima kasih atas blog padat dengan maklumat terkini.

    Salam dari Roger
    Rumah Pangsa Rakyat
    Rumah Pangsa Rakyat
    Rumah Pangsa Rakyat
    Rumah Pangsa Rakyat

    ردحذف
  6. Congrats on the new outlet opening, their scarves look so elegant and versatile for mix and match

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال