BUFFET RAMADAN 2023 “NOSTALGIA SENJA” WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR | Assalammualaikum semua! Pada 18 Januari 2023 baru-baru ini Ruby telah menghadiri prebiu Buffet Ramadan dari World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Ia adalah prebiu pertama Ruby hadir bagi tahun 2023. Pembuka tirai dari segala Buffet Ramadan yang bakal menyusul selepas sambutan Tahun Baru Cina. Hahaha. Advance betul WTCKL ni.
Selama 6 tahun Ruby membuat liputan Buffet Ramadan di WTCKL, mereka tidak pernah mengecewakan para tetamu yang hadir. Barisan chef dan hidangan dari Restoran Riverside amat memahami tastebuds masyarakat Malaysia. Kita suka pedas, manis, masin, berlemak krim santan dan berempah.
Jadi, buat kalian yang sudah biasa dengan hidangan Buffet Ramadan di WTCKL, pastinya baucar Early Bird akan disambar segera! Sebab potongan harga untuk anak-anak dan ibu bapa kita tu yang penting. Nak juga bahagiakan keluarga kita. Apa salahnya gantung kuali sehari kan. Jom ke Nostalgia Senja WTCKL abang.... Hehehe.
BUFFET RAMADAN 2023 “NOSTALGIA SENJA” WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR
WTCKL menyambut bulan Ramadan yang mulia dengan makan malam Bufet Ramadan yang mewah iaitu "Nostalgia Senja". Menyajikan pelbagai hidangan menu buat semua peringkat usia. Pasti ada makanan untuk setiap tetamu yang hadir. Boleh makan sampai jam 10 malam dan menunaikan ibadah tanpa risau makanan habis. InsyaAllah ada untuk semua.
Di WTCKL, buffet Ramadan teratur dan setiap tetamu yang telah menempah sahaja akan berada di sana. Tiada walk-in sebab pastinya penuh dengan tetamu yang telah membuat tempahan.
Dari kiri Chef Suzaini dan Chef Mohazam bersama hidangan Nostalgia Senja.
Dalam menghayati semangat berkongsi dan memberi pada bulan yang mulia, briged kulinari kami, yang diketuai oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih, akan mempamerkan hidangan istimewa mereka yang akan menggoda deria anda pada waktu matahari terbenam.
Nostalgia Senja, bufet Ramadan akan bermula dari 27 Mac hingga 20 April 2023. Ruang makan eksklusif Ramadan terletak di Legar Putra, Aras 2, dan akan beroperasi setiap hari dari jam 6 petang hingga 10 malam.
LEBIH 300 HIDANGAN SETIAP HARI
Briged kulinari kami menyediakan hidangan istimewa tahun ini dengan 5 menu giliran yang merangkumi Bubur Lambuk istimewa kami, Nasi Dagang Perantauan Wangi, Nostalgia Kambing Panggang yang lazat, Kambing Masak Pasemah rempah Malaysia, Sup Berempah Penawar Duka yang enak dengan pilihan Kambing, Daging, Perut, Ayam and Ekor. Manakala dua signature Masakan Kampong iaitu Ikan Patin Tempoyak dan Siput Sedut Masak Lemak serta hidangan terlaris iaitu Nasi Ayam Istimewa Senja.
MASAKAN KAMPONG
ULAM-ULAMAN BERANEKA SAMBAL
KAMBING PANGGANG
SUP BEREMPAH PENAWAR DUKA
NASI DAGANG PERANTAUAN
ROTI CANAI ROTI TELUR
NASI AYAM SENJA
MINUMAN, CENDOL, ABC DAN TEH TARIK
PEMANIS MULUT, KUIH MUIH TRADISIONAL, BISKUT RAYA, DAN AIS KRIM
3 TAHUN NASI KANDAR SADDAM DAN KEKAL TERUS BERSAMA WTCKL
Kembali atas permintaan ramai, WTCKL berbesar hati untuk menampilkan “Nasi Kandar Saddam” yang paling digemari di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan dengan Ayam Goreng Bawang dan Daging Masak Hitam yang menyelerakan diiringi telur rebus dan pilihan sayur sayuran.
PROMOSI EARLY BIRD NOSTALGIA SENJA WTCKL
Tetamu akan dihidangkan dengan masakan tempatan yang menyelerakan pada peringkat harga makan malam bufet Ramadan yang berpatutan, Early Bird Special berharga RM118 bersih seorang dewasa, RM 69 bersih seorang untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Pengalaman menjamu Selera Ramadan ini di WTCKL pasti selesa kerana fasiliti lengkap yang menawarkan surau khusus, Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk dan seorang Imam untuk mengimami umat Islam solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih.
Buat anda yang ingin berbuka puasa bersama keluarga atau rakan sepejabat. Anda boleh rebut promosi BUY 10 FREE 1 ni. Lebih jimat dan berbaloi-baloi!
Baucar Early Bird boleh dibeli terus dari Restoran Riverside atau hanya klik pada pautan di https://riverside.wtckl.com/
NOSTALGIA SENJA, GET TOGETHER PACKAGE
Suasana intim untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan dan sambutan Syawal bersama rakan perniagaan, ahli keluarga, rakan dan insan tersayang. Untuk merangkum Nostalgia Ramadan, WTCKL juga menawarkan Jamuan Persendirian dan Korporat dengan pakej bermula dari RM 148 bersih seorang dengan tempahan sekurang-kurangnya 250 pax.
Pakej ini termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, pentas persembahan, PA sound system, skrin LED, papan tanda elektronik, tempat letak kereta VIP dan surau khusus.
KADAR PARKING FLAT RATE
Selain dari makanan sedap, lokasi selesa dan fasiliti yang mencukupi. Pastinya pengunjung sangat partikular tentang kadar parking dan jumlah kotak tempat letak kereta. Di WTCKL kita tidak perlu bimbang kerana terdapat 750 kotak parking tersedia untuk anda.
Caj Tempat Letak Kereta sepanjang Tempoh bulan Ramadan bermula 27 Mac hingga 20 April 2023 adalah RM12 pada kadar rata bersih untuk kemasukan dari pagi ke atas. Manakala RM 5.00 bersih setiap kemasukan bermula dari 6 petang dan seterusnya.
TIFFIN EKSKLUSIF
Apabila pergi Buffet Ramadan, pastinya kita akan pulang dengan tangan kosong kan? Namun di Riverside, WTCKL berbesar hati memberi para tetamu membawa pulang hidangan yang anda ingin makan semasa sahur. Jadi, tidaklah mengidam dan terkenang lauk pauk yang anda nikmati di Riverside WTCKL.
Eksklusif Ramadan ini, raikan bulan suci ini dengan lebih hijau dengan Tiffin Carrier edisi terhad kami berharga RM59 bersih dengan saiz dimensi 12 cm untuk pembawa 3 tingkat. Dengan pembelian tiffin, tetamu boleh menikmati hidangan makan malam bufet Ramadan yang lazat di rumah untuk bersahur.
Dengan promosi eksklusif ini, WTCKL berharap dapat melancarkan mesej kemampanan satu lagi cara terbaik untuk menyelamatkan bumi, dengan mempromosikan pilihan pembawa makanan yang lebih hijau dan mesra alam yang sesuai untuk sebarang majlis.
Tiffin Edisi Terhad 3 tingkat ini diperbuat daripada keluli tahan karat gred selamat makanan berkualiti tinggi yang dibalut dengan cetakan pelekat berkualiti tinggi berlamina eksklusif. Tersedia dalam 3 corak.
Dapatkan sekarang!
TEMPAH SESI BUFFET RAMADAN ANDA SEKARANG!
Aras 2, Legar Putra,
World Trade Centre Kuala Lumpur
41 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Email untuk Ramadan Buffet Dinner: [email protected]
Email untuk Corporate Booking: [email protected]
Nombor Telefon: +603 2614 6999 / +603 2614 6173
WhatsApp: +6019 2678 960
Tags
Foodie
I will be attempting to fast this year too during the holy month of ramadhan and I cannot think of a better place to break my fast than here at world trade centre. the siput sedut masak lemak cili api looks amazing!
BalasPadamOhh wow....love the food varieties served in this Ramadan buffet, perfect for all to gather & enjoy it during Raya festivities. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadamDah start dah season review ramadan ye? Alamak. Tak lama nak puasa dah pastu Raya kan.
BalasPadamWow so fast dah start ramadan buffet review, their sup berempah macam best
BalasPadamLove the tema Nostalgic Senja, just perfect for berbuka nanti kan! Nell love their tiffin too bah!
BalasPadamSedapnya lah tengok ulam dengan sambal tu..
BalasPadamSeriously, bila tengok semua gambar-gambar makanan tu, auto-terliur tau. Banyak betul pilihan. Rambang mata dibuatnya. Paling seronok bila tengok ulam-ulaman yang pelbagai tu, pergh, kena dengan sambal belacan, heaven seh.
BalasPadam