NURFLIX LANCAR SIRI ANIMASI NABI MUSA A.S KALIMULLAH EDISI BAHASA MELAYU, MULA DITAYANGKAN PADA 27 JAN 2023 | Assalammualaikum semua, hari ini telah berlangsung pelancaran dua perkara dari platform penstriman dalam talian Nurflix. Sejak melancarkan inisiatif Nurflix Julai 2020, pelbagai sorotan kandungan hiburan sopan dan patuh syariah telah disediakan.
Kandungan genre Islamik begini dapat membantu umat Islam dari pelbagai peringkat usia mengetahui kisah-kisah Nabi dan para sahabat. Malah banyak kandungan yang memberi manfaat tersedia untuk seisi keluarga.
Menyedari kekangan dan keterbatasan untuk produksi penggambaran dan pembangunan kandungan, Nurflix telah melancarkan inisiatif pembinaan rangkaian media Islamik antarabangsa. Ini menggalakkan Nurflix menghasilkan siri original dan menjadi hub kepada kandungan Islamik.
NURFLIX LANCAR SIRI ANIMASI NABI MUSA A.S KALIMULLAH EDISI BAHASA MELAYU, MULA DITAYANGKAN PADA 27 JAN 2023
Tajuk: Nabi Musa a.s Kalimullah
Tarikh Tayangan: 27 Januari 2023
Hari: Jumaat
Platform: Nurflix
Inisiatif pertama adalah penerbitan Kisah-kisah 25 Rasul yang berdasarkan rujukan utama Kitab Qisas Al Anbiya’ karya Ibnu Katsir. Siri pertama yang akan ditayangkan adalah Kisah Nabi Musa a.s Kalimullah yang akan berada di platform Nurflix bermula esok, 27 Januari 2023.
Sebagai langkah awal, Nurflix bekerjasama dengan ATA Animation, sebuah penerbit animasi dari Mesir dengan melakukan suntingan untuk menambah baik dan melakukan proses alih bahasa. Siri Animasi Nabi Musa a.s Kalimullah Edisi Bahasa Melayu musim pertama mengandungi 13 episod yang bermula dari penghijrahan Bani Israil 400 tahun sebelumnya.
Kemakmuran dan kemewahan membuatkan Bani Israil lalai leka hingga mengabaikan perintah Allah SWT dan kemudiannya keimanan mereka diuji dengan kekejaman Firaun. Penderitaan ini berterusan hinggalah kelahiran Nabi Misa a.s yang kemudiannya ditakdirkan tumbuh dewasa sebagai anak angkat Firaun.
Konflik bermula apabila Nabi Musa a.s menerima perintah menyampaikan dakwah dari Allah SWT kepada Firaun hingga kepada kemuncaknya apabila Firaun ditenggelamkan di dalam Laut Merah. Dalam siri ini penonton akan dapat mempelajari ayat-ayat dari pelbagai surah yang menceritakan tentang Nabi Musa a.s.
Refleksi ayat-ayat dipersembahkan melalui jalan cerita yang menarik sepertimana yang ditafsirkan oleh ilmuwan Islam. Kisah lengkap tentang Nabi Musa a.s ini akan memberikan penonton suatu tahap kefahaman yang baru pada watak hebat ini.
SUARA LATAR DAN WATAK
Dato Tuan Asmawi sebagai Firaun Seti
Dai Syed sebagai Firaun Musa Muda
Amran Asmuni sebagai Panglima Tentera
Hana Ismail sebagai Permaisuri Asiah
Ustazah Asni Mansor sebagai Yukabid
Farihin Abdul Fattah sebagai Imran
Heliza Helmi sebagai Maryam
Irma Hasmie sebagai Safura
Hazwani Helmi sebagai Permaisuri Neferteri
Anas Tahir sebagai Qarun
Mawi sebagai Firaun Musa
Sheikh Ammar Kamal Ithman sebagai Qari
Sebanyak 13 episod untuk musim pertama diterbitkan menggunakan Bahasa Melayu agar dapat memenuhi kehendak pasaran di Malaysia. Ini akan dapat memberikan kefahaman jalan cerita yang jelas serta sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur.
Istimewanya siri ini menampilkan Rawi Al Hakim, watak pelakon maya (virtual actor) selaku penyampai cerita dan pengembara (lakon suara oleh Alwi Mustafa) yang dicipta untuk menyampaikan kisah-kisah dari dalam kitab Qisas Al Anbiya. Pembinaan dan penciptaan watak pelakon maya Rawi Al Hakim ini diusahakan sepenuhnya oleh pasukan animasi Nurflix sendiri.
13 EPISOD NABI MUSA A.S KALIMULLAH
01. Kedatangan Bani Israel
02. Firaun Seti 1
03. Kelahiran Firaun Musa
04. Pewaris Tahta Firaun
05. Tragedi Anak Pertama
06. Kelahiran Nabi
07. Hanyut
08. Ibu Susuan
09. La Tahzan
10. Permaisuri Mulia
11. Keturunan
12. Rahsia
13. Kembali Ke Pangkuan
14. Perlindungan
15. Madyan
16. Kalimullah
17. Utusan
18. Ahli Sihir
19. Qarun
20. Lelaki Beriman
21. Peringatan
22. Azab
23. Tenggelam
KUIZ, TADABBUR DAN #NURFLIXKALIMULLAHREVIEWCHALLENGE
Untuk memeriahkan kempen ini pihak Nurflix telah mendapat kerjasama dari syarikat Simply Umrah untuk menaja peraduan kuiz sepanjang 13 minggu tayangan Siri Animasi Nabi Musa a.s Kalimullah. Sejumlah 3 orang pelanggan yang berjaya menjawab kuiz mudah yang disediakan di setiap episod secara terkumpul sepanjang 13 episod akan menerima hadiah utama pakej umrah.
Manakala pemenang kuiz mingguan pula akan menerima hadiah seperti mini goldbar tajaan KABGold Sdn Bhd dan Al-Quran edisi Al Ghufran tajaan Telaga Biru Sdn Bhd serta set buku Kembara Mahsyar tajaan Mahsyar Group. Dengan penyertaan kuiz ini penonton akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman terhadap kisah dan melalui proses tadabbur Al Quran.
Menurut Pengarah Kandungan Nurflix, Ustaz Raja Ahmad Mukhlis: “sekurang kurangnya terdapat 5 surah yang terdapat di dalam siri ini dan ianya dapat membantu proses tadabbur kepada penonton”.
Ini kerana dalam setiap babak bacaan dan terjemahan Al Quran akan dipaparkan sebagai rujukan dan amat bermanfaat untuk tontonan sekeluarga. Langganan Nurflix ini mempunyai nilai penerapan ilmu , dakwah dan akhlak yang diperlukan oleh masyarakat.
Jom menangi hadiah menarik sambil memahami tadabbur Al-Quran!
KATEGORI KUIZ DAN PERADUAN
1. Kuiz & Tadabbur
a. Soalan Terkumpul
– 3 pakej Umrah eksklusif (Hadiah Utama) tajaan Simply Umrah
b. Mingguan
– 13 gold bar mini (0.5g) tajaan KABGold Sdn Bhd.
– 26 set Al Quran edisi Al Ghufran tajaan Telaga Biru Sdn Bhd.
– 13 set buku Kembara Mahsyar tajaan Mahsyar Group.
2. #NurflixKALIMULLAHREVIEWChallenge
– hadiah replika Pintu Kaabah tajaan Mashsyar Group.
CARA UNTUK MENYERTAI
A. Kuiz & Tadabbur (Terkumpul dan Mingguan)
Langgan Nurflix secara minima sepanjang tempoh kempen dari 27 Januari 2023 hingga 21 April 2023. Semua pelanggan layak menyertai kedua-dua kategori. Log masuk ke platform untuk menonton dan ikuti pautan ke halaman kuiz. Pilih kategori kuiz yang anda ingin sertai (Mingguan / Terkumpul).
Jawab semua kuiz mudah yang disediakan dan tekan butang submit untuk menghantar jawapan anda. Untuk layak mendapat hadiah utama pakej Umrah eksklusif, pelanggan mesti melengkapkan kesemua 13 set kuiz yang disediakan setiap minggu semasa kempen.
Soalan akan disediakan setiap minggu serentak dengan penyiaran episod. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jawapan yang betul dan paling awal diterima. Pengumuman pemenang Mingguan akan dibuat pada minggu ketiga setiap bulan manakala pemenang hadiah utama akan dibuat pada 28 April 2023 di semua akaun rasmi media sosial Nurflix.
Pemberitahuan rasmi pemenang akan dimaklumkan kepada emel peserta yang berjaya menerusi emel rasmi Nurflix – [email protected]
B. #NurflixKALIMULLAHREVIEWChallenge
Syarat untuk sertai dan menang #NurflixKALIMULLAHREVIEWChallenge :-
Hasilkan 1 Video yang berdurasi tidak lebih dari 1 minit. Bertemakan “Siri Animasi Nabi Musa a.s Kalimullah” di Nurflix.
Berikan review / ulasan positif tentang Siri Animasi Nabi Musa a.s Kalimullah yang anda tonton. Akhiri video dengan ajakan kepada semua supaya melanggan Nurflix untuk menonton dan tadabbur kisah dari Al Quran.
Muat naik video tersebut di akaun Instagram personal anda dan pastikan anda memasukkan hashtag #NurflixKALIMULLAHREVIEWChallenge & tag @nurflix.tv di dalam caption video tersebut.
Peraduan ini akan bermula pada 27/1/2023 dan akan tamat pada 28/4/2023. Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas peraduan tamat.
Isi Video :-
Review / Ulasan bernas tentang Siri Animasi Nabi Musa a.s Kalimullah, ajak penonton menonton di Nurflix dan kongsikan maklumat Kuiz & Tadabbur serta hadiahnya.
PERJALANAN KEJAYAAN NURFLIX ADALAH DARI SOKONGAN SEMUA
Sejak pelancaran Inisiatif Nurflix pada Julai 2020, Nurflix kekal komited sehingga hari ini untuk mencapai visi penubuhannya iaitu menjadi pusat kepada kandungan ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hiburan sopan yang boleh dicapai dari seluruh dunia.
Selain daripada katalog filem, drama dan hiburan sepertimana kebiasaan streaming platform lain, Nurflix turut mewujudkan katalog-katalog penting untuk tontonan masyarakat muslim di Malaysia khususnya seperti pembelajaran kitab-kitab tradisional Turath, Tausiyah dari guru-guru, pengajian Al-Quran, hadith dan banyak lagi.
Nurflix telah membuat lawatan bagi mewujudkan jalinan kerjasama pembangunan katalog dan kandungan dengan syarikat-syarikat penerbitan dari negara-negara Islam yang lain seperti Mesir, Turkey, Arab Saudi, Palestin dan Indonesia.
Lebih 100 tajuk dan lebih 3000 episod sedang dan akan ditayangkan di platform Nurflix sepanjang tahun 2023 ini, gabungan dari Nurflix originals dan kandungan syndications. Nurflix juga telah mengadakan kerjasama dengan Universiti tempatan seperti Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Institut Teknologi Mara dan Universiti Putra Malaysia membolehkan penerbitan koleksi penyelidikan ilmiah seperti Al Quran dan Sains (USIM), Penyelidikan Produk Halal (UPM) dan banyak lagi.
THE JOURNEY OF HUMANKIND
Nurflix Productions Sdn Bhd kini memulakan pembangunan katalog penerbitan filem dan siri animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor. The Journey of Humankind yang akan memaparkan secara menyeluruh kisah ketamadunan manusia sejak bermula penciptaan Nabi Adam a.s berdasarkan rujukan daripada Al Quran, Hadith dan sumber-sumber Islam yang sahih.
“Kisah-kisah ini disampaikan daripada Allah swt kepada Rasulullah saw, telah ditafsir oleh ulama sejak ribuan tahun dahulu, jadi kami fokuskan penyampaian kepada generasi hari ini dengan pendekatan terkini. Sasaran kami adalah untuk menyampaikan seluruh penceritaan ini di dalam dalam animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor. InsyaAllah” CEO Nurflix, Syah Mohamed
Penerbitan animasi ini adalah satu langkah besar untuk menguasai teknologi penerbitan virtual (virtual production). Membuka ruang penerokaan teknologi dan kepakaran baru kepada bakat tempatan untuk menghasilkan karya bertaraf dunia.
LANGGAN NURFLIX SEKARANG! HANYA RM 19.90 SEBULAN
Menyingkap tirai tahun 2023 Nurflix juga akan memupuk sebuah komuniti yang dapat menyokong dan memperkuatkan pencapaian misi ini. Nurflix membuka seluas-luasnya pintu untuk menjemput dan mengalu-alukan pakar-pakar dari bidang penerbitan, sejarah, IT, animasi serta para dermawan untuk sama-sama menyumbang kejayaan projek ini.
Setiap individu yang melangganan Nurflix Tv juga membantu kejayaan projek The Journey of Humankind serta penghasilan lebih banyak kandungan sopanstream untuk generasi masa depan.
menariknya. nak langgan lah nanti
ردحذفmenarik ni.apps yang sangat bermanfaat. nak langgan nanti. dapat ilmu boleh join contest. besttt
ردحذفBagus gak kan jika makin banyak kisah2 begini disiarkan. Elok untuk revert macam Rawlins belajar dengan mendalam.
ردحذفExcited nya nak tunggu cerita macam ni. Saya suka dengar cerita Kisah Rasul.
ردحذفMenarik ada nurflix alternatif pada netflix. Banyak info boleh dapat dan sangat bagus. Nnt saya try juga.
ردحذفWow ... thanks for sharing about this which gonna be very useful for our Muslims friends & become subscribers to Nurflix Tv for more Kisah Rasul then. Cheers Siennylovesdrawing
ردحذفTahniah Nurflix lancarkan siri animasi yang sangat bagus dan bermanfaat utk kita semua . iena suka dengar kisah kisah rasul.
ردحذف