ANGSA EMAS JEWELLERY LANCAR KEAHLIAN AEJ TAKAFUL DAN ROZITA CHE WAN SEBAGAI MUSE KOLEKSI LEBARAN

ANGSA EMAS JEWELLERY LANCAR KEAHLIAN AEJ TAKAFUL DAN ROZITA CHE WAN SEBAGAI MUSE KOLEKSI LEBARAN | Assalammualaikum semua! Pada 23 Februari 2023 bertempat Sheraton Imperial Petaling Jaya telah berlangsung acara pelancaran Kad Keahlian Angsa Emas Jewellery Takaful yang memberi manfaat kepada Khairat Kematian. Selain daripada itu, setiap pembelian akan membolehkan anda mengumpul mata ganjaran dan jumlah itu boleh di tebus dengan emas pilihan anda di Angsa Emas Jewellery.

Selain itu, selebriti terkenal dengan kecantikan dan versatil melakukan pelbagai perkara iaitu Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta telah dilantik sebagai Muse Angsa Emas untuk koleksi lebaran 2023. 

ANGSA EMAS JEWELLERY LANCAR KEAHLIAN AEJ TAKAFUL DAN ROZITA CHE WAN SEBAGAI MUSE KOLEKSI LEBARAN



Emas bukan sahaja cantik dijadikan perhiasan tubuh tetapi juga boleh dijadikan ‘dana kecemasan’ ketika dilanda musibah. 

Selain wang tunai, orang ramai boleh menyimpan emas sebagai benteng kewangan terakhir dengan menjual atau memajaknya untuk mendapatkan wang tunai segera. 

Sejajar dengan itu sebagai peneraju perniagaan emas patuh syariah di negara ini, Angsa Emas Jewellery mahu melaksanakan misi memperluaskan industri emas dan melakukan kolaborasi strategik.

Pengarah Angsa Emas Jewellery, Datuk Zulhilmi Mukhtar berkata, syarikat mahu melaksanakan transaksi jual beli emas secara bersemuka dan di atas talian serta memperluaskan cawangan perniagaan.

“Kami sedang membangun dan memperkasakan perlaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) patuh syariah di dalam perniagaan emas.

“Antara perancangan lain syarikat membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara, menggiatkan lagi aktiviti promosi dan kolaborasi korporat untuk memperkenalkan nama Angsa Emas Jewellery.

“Syarikat juga menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur dengan menjadi pelopor perniagaan patuh syariah di Malaysia,” katanya kepada media. 

Sehingga kini, Angsa Emas Jewellery mempunyai dua kedai iaitu di Bangi dan Shah Alam. Untuk tahun 2023, Angsa Emas Jewellery berhasrat untuk membuka lagi 8 cawangan di seluruh Malaysia.

KEAHLIAN ANGSA EMAS JEWELLERY (AEJ) TAKAFUL


Keahlian AEJ Takaful adalah sebuah pelan keahlian baharu yang diperkenal oleh Angsa Emas Jewellery kepada ahli-ahlinya atas kerjasama dengan Modularsoft yang diunderait oleh Etiqa General Takaful Berhad.

Pelan keahlian ini menawarkan faedah yang lebih baik dengan memberikan nilai mata yang lebih tinggi untuk setiap pembelian disamping memberikan perlindungan kemalangan peribadi yang bernilai sehingga RM30,000 untuk kematian atau hilang upaya menyeluruh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan. 

Pelan keahlian ini dibuka untuk warganegara Malaysia yang beragama Islam serta berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 65 tahun. 


Encik Rozily Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Tengah Etiqa, berkata, “Etiqa General Takaful Berhad amat berbesar hati menawarkan sebuah pelan perlindungan Individu Berkumpulan kepada ahli-ahlii Angsa Emas Jewellery. Pendekatan strategik ini akan memberikan nilai tambah yang besar dengan memberikan mereka pampasan sehingga RM30,000 kematian atau kecacatan penuh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan, serta pampasan kos pengebumian sehingga RM3,000.”

FAEDAH KEAHLIAN AEJ TAKAFUL

Terdapat 2 jenis keahlian AEJ Takaful. Setiap manfaat yang terdapat dalam keahlian ini adalah berbeza tetapi mempunyai fokus yang sama. Anda mendapat perlindungan Khairat Kematian, Diskaun Membeli Barang Kemas, Mengumpul Mata Ganjaran dan Menebus Barang Kemas melalui Mata Ganjaran Terkumpul hanya di Angsa Emas Jewellery. Berikut adalah pakej AEJ Takaful:

AEJ TAKAFUL GOLD

• Yuran Pendaftaran: RM 100
• Yuran Pembaharuan Tahunan: RM50

Perlindungan Takaful:
• Perlindungan Kematian Peribadi atau Hilang Upaya Menyeluruh secara kekal bernilai RM20,000
• Dana kos pengebumian bernilai RM2,000 ketika membuat tuntutan berserta dokumen mandatori

Diskaun Pembelian Barang Kemas:
• Harga pembelian barang kemas (emas 916) dengan harga diskaun RM3/g lebih rendah daripada harga biasa.
• Tambahan nilai diskaun sebanyak RM1/g untuk bulan kelahiran, sepanjang bulan.
• Diskaun tambahan 15% untuk perak, berlian, dan barang kemas batu permata.

Gandaan Nilai Mata Pembelian Barang Kemas:
• 3x nilai mata untuk setiap RM1 pembelian barang kemas. 
• Diskaun RM5 boleh ditebus untuk setiap 1000 mata.
• Mata terkumpul tiada tamat tempoh dan boleh dipindahkan ke kad keahlian lain dibawah nama pendaftar yang sama (disebabkan kehilangan kad atau pertukaran kad)

AEJ TAKAFUL PLATINUM



Yuran Pendaftaran: RM150
Yuran Pembaharuan: Tahunan RM100

Perlindungan Takaful:
• Perlindungan Kematian Peribadi atau Hilang Upaya Menyeluruh secara kekal bernilai RM30,000
• Dana kos pengebumian bernilai RM3,000 ketika membuat tuntutan berserta dokumen mandatori
• Diskaun Pembelian Barang Kemas

Diskaun Pembelian Barang Kemas:
• Harga pembelian barang kemas (emas 916) dengan harga diskaun RM3/g lebih rendah daripada harga biasa.
• Tambahan nilai diskaun sebanyak RM2/g untuk bulan kelahiran, sepanjang bulan.
• Diskaun tambahan 20% untuk perak, berlian, dan barang kemas batu permata

Gandaan Nilai Mata Pembelian Barang Kemas:
• 4x nilai mata untuk setiap RM1 pembelian barang kemas. 
• Diskaun RM5 boleh ditebus untuk setiap 1000 mata.
• Mata terkumpul tiada tamat tempoh dan boleh dipindahkan ke kad keahlian lain dibawah nama pendaftar yang sama (disebabkan kehilangan kad atau pertukaran kad)

ROZITA CHE WAN SEBAGAI MUSE ANGSA EMAS JEWELLERY


Sempena majlis perjanjian persefahaman ini juga Angsa Emas Jewellery memperagakan perhiasan emas kepada jemputan dan media yang hadir.

Ahli perniagaan, penerbit, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan atau Che Ta tampil menggayakan barang kemas Angsa Emas Jewellery. 

Syarikat memilih beliau kerana pengaruhnya sebagai seorang selebriti dan beliau seorang yang sentiasa menjaga keterampilan dan anggun. Che Ta juga melengkapkan gayanya dengan memakai barang kemas.  

Oleh itu, Angsa Emas Jewellery sangat berinspirasi untuk menjadikan Rozita Che Wan sebagai Muse bagi Koleksi Eksklusif dan Koleksi Raya Angsa Emas Jewellery bagi tahun 2023.


Angsa Emas Jewellery sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Rozita Che Wan. Semoga dengan kerjasama ini menambahkan lagi kilauan kedua-dua belah pihak.

MENGENAI ANGSA EMAS JEWELLERY GROUP SDN BHD


Angsa Emas Jewellery telah diasaskan pada 18 Ogos 2016 oleh Datuk Zulhilmi Mukhtar dan Datin Normadora Mohd Nor. 

Dari kiri, Datuk Zulhilmi Mukhtar dan Datin Normadora Mohd Nor. 

Syarikat ini semakin popular kerana menjual barang kemas dengan reka bentuk eksklusif berbeza dengan kedai barang kemas lain yang menjual reka bentuk tradisional.

Reka bentuk barang kemas yang terdapat di Angsa Emas Jewellery diberi sentuhan eksklusiviti seperti koleksi Adore, Hagiaa dan Omnia

Angsa Emas Jewellery mengutamakan keselesaan pelanggan di mana kakitangan dilatih untuk mengendalikan pelanggan dengan sebaik mungkin, profesionalisme dan mesra. 

Meningkatkan nilai untuk pelanggan adalah keutamaan syarikat dan hasilnya, Angsa Emas Jewellery turut mendapat kepercayaan pelanggan dari luar negara seperti Singapura dan Brunei.


Syarikat juga memupuk persekitaran kerja yang memuaskan, mesra dan sentiasa menggalakkan kakitangan untuk berkembang bersama syarikat.

Memandangkan jenama Angsa Emas Jewellery terus berkembang, syarikat sentiasa mencari alternatif lain yang boleh diterima pakai untuk melayani pelanggan dengan lebih baik.

Cabaran terbesar Angsa Emas Jewellery untuk menghadapi pasaran emas pada tahun ini ialah memperkenalkan reka bentuk emas moden, bergaya dan minimalis untuk menambah nilai eksklusif Angsa Emas Jewellery.

CAWANGAN ANGSA EMAS JEWELLERY


Angsa Emas Jewellery Bangi
No. 9, 
Jalan Medan Pusat 2D, 
Persiaran Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu Operasi: Selasa - Ahad | 10:30 Pagi - 6:00 Petang | Tutup Setiap Hari Isnin

Angsa Emas Jewellery Shah Alam
No 4-G, 
Jalan Plumbum P7/P, 
Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Selasa - Ahad | 10:30 Pagi - 6:00 Petang | Tutup Setiap Hari Isnin

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال