BCF LANCAR BAWAL SOUK DOVELLA BERSEMPENA PELANTIKAN UMMI NAZEERA SEBAGAI DUTA RASMI DAN MERAIKAN BCF LEAD AWARD 2022

BCF LANCAR BAWAL SOUK DOVELLA BERSEMPENA PELANTIKAN UMMI NAZEERA SEBAGAI DUTA RASMI DAN MERAIKAN BCF LEAD AWARD 2022 | Assalammualaikum semua! Tahniah buat pasukan ByCheFiza (BCF) yang konsisten  menjaga sumber rezeki tiap leader, stokis dan ejen. Ramai sudah berjaya dengan strategi pemasaran BCF. 

Selari dengan pelantikan Duta Rasmi jenama BCF iaitu UMMI NAZEERA, objektif yang ingin dicapai adalah inisiatif BCF dalam membantu ramai muslimah menutup aurat dengan sempurna dan membantu leader, stokis dan ejen menjual produk-produk keluaran BCF dengan lebih yakin.

BCF LANCAR BAWAL SOUK DOVELLA BERSEMPENA PELANTIKAN UMMI NAZEERA SEBAGAI DUTA RASMI DAN MERAIKAN BCF LEAD AWARD 2022



Tahniah buat BCF dan Ummi Nazeera di atas pelantikan duta rasmi dan pelancaran koleksi baharu. Koleksi Bawal Souk Dovella adalah bersempena pelantikan Ummi Nazeera dan ia adalah hijab bersempena Kempen Raya Jahitan Kasih. 

Bawal Souk Dovella bukan hijab sarung yang biasa. Ia adalah hijab yang direka khas untuk memudahkan para muslimah bergaya. Seperti Ummi Nazeera yang sering hadir pelbagai majlis karpet merah, pastinya beliau memerlukan hijab yang bersesuaian dan tampil wow!

Material Bawal Souk Dovella sangat selesa, senang dibentuk, hanya sarung sahaja, material sejuk dan tidak pekak telinga. Selain memakai ke acara, ia juga hijab penyelamat di masa kita tergesa-gesa ingin ambil parcel beli BCF yang baru tiba. Hantar dan ambil anak balik sekolah pun mudah dengan hanya mencapai hijab ironless BCF ni.

BCF MERAIKAN LEADER, STOKIS DAN EJEN DI BCF LEAD AWARD 2022


BCF LEAD AWARD 2022 adalah majlis penganugerahan kepada kesemua Leader, Stokis dan Ejen yang telah mencapai jualan tertinggi sepanjang tahun 2022. BCF LEAD AWARD adalah majlis tahunan yang akan dibuat oleh BCF dan julung kalinya majlis ini diadakan di luar Kelantan.

Terdapat 3 objektif utama yang ingin dicapai melalui penganjuran majlis ini  iaitu, memberikan penghargaan kepada ahli keluarga BCF yang telah mencapai jualan yang sangat luar biasa. Sebanyak 5 kategori anugerah akan disampaikan. Mereka semua menerima Trofi BCF, Sijil Penghargaan  Sejambak Bunga dan Gold Bar Habib Jewels. Semoga menjadi inspirasi kepada pasukan BCF untuk terus maju melangkah kehadapan. InsyaAllah. 

• BCF LEAD AWARD 2022 - LOYALTY AWARD


• BCF LEAD AWARS 2022 - RISING STAR


• BCF LEAD AWARD 2022 - TRANFORMATIONAL LEADER


• BCF LEAD AWARD 2022 - EXTRAORDINARY PERFORMANCE


• BCF LEAD AWARD 2022 - HIGHER GROWTH AWARD

KEMPEN GO TO MARKET STRATEGY BY CHE FIZA 


Melalui kempen pemasaran Go To Market Strategy, leader, stokis dan ejen dapat memanfaatkan apa yang HQ BCF telah sediakan. Pada tahun ini, bahan pemasaran untuk anda yang berniaga secara offline atau online menggunakan aplikasi media sosial boleh membawa jenama BCF dengan lebih yakin.


Di antara bahan pemasaran yang tersedia untuk anda adalah Khemah Pasar BCF, Display Standee,  Digital Lookbook, Tshirt BCF,  Tote Bag BCF dan Face to Face jualan terus. 

BERMULA DENGAN MENJUAL SNOWCAP DI UPTOWN


By Chefiza Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengeluar pakaian mengkhususkan keselesaan dari segi material dan juga design produk. BCF menjalankan R&D terhadap material dan rekaan bagi memastikan produk yang dikeluarkan memberi manfaat kepada pengguna.


BY CHEFIZA SDN BHD diasaskan oleh Che Nurul Hafizah binti Che Zulkifli yang lebih dikenali sebagai Puan Chefiza dan suaminya, Muhammad Fitri Abdul Razak selaku pengasas bersama. 

By Chefiza Sdn Bhd dimiliki oleh Puan Chefiza Zulkifli yang bermula pada tahun 2017 dengan pekerja seramai 10 orang. Kini, BCF telah berkembang dan mempunyai kilang produksi sendiri dan pekerja seramai 60 orang. Reseller dibawah naungan BCF ketika ini mencecah sehingga lebih 10,000 orang dari seluruh Malaysia.

Syarikat ini ditubuhkan pada 14 Jun 2019 yang berpusat di Kelantan. By Chefiza Sdn Bhd merupakan pengeluar produk busana muslimah dengan jenama By Chefiza atau lebih dikenali dengan nama BCF. 

Pada awal penubuhan syarikat, jenama BCF telah menjual lebih dari sejuta helai anak tudung yang ketika itu dikenali “Snowcap Berhantu”. 

Hasil dari permintaan yang tinggi inilah BCF komited dalam pengeluaran busana muslimah terutamanya produk tudung yang mampu milik, selesa dipakai serta patuh syariah. 

Bermula dengan hanya 10 orang pekerja sahaja di awal penubuhan sekitar tahun 2017, kini BCF telah mempunyai kilang pengeluaran sendiri dan memiliki lebih 60 pekerja. 

Memiliki 17 cawangan dan hampir 11,000 ejen di seluruh negara, kini BCF telah mempunyai 17 ‘SKU’ produk dari tudung, stokin, sarung lengan, sarung leher wanita dan juga anak tudung. 

RM 32 JUTA SASARAN JUALAN BCF BAGI TAHUN 2023


Cabaran tahun 2023 bakal dilalui bersama-sama dan pihak BCF sangat komited dengan pelan pemasaran dan perniagaan yang kompeten agar produk BCF sentiasa berdaya saing. 


RM 32 Juta adalah sasaran keuntungan jualan bagi tahun 2023. Ini tidak mustahil kerana BCF telah mengeluarkan produk yang berkualiti dan melantik duta rasmi. Ia sejajar dengan perniagaan yang jelas dan kejayaan adalah untuk mereka yang rajin berusaha.

Pihak BCF akan terus komited melakukan pembangunan dan penyelidikan terhadap fabrik yang digunakan. ULTRA SENMECH merupakan teknologi terkini produk BCF, memberikan keselesaan serta berteknologi. 

Justeru, BCF bermatlamat menjadi syarikat busana muslimah yang berteknologi, berinovasi dan sentiasa mendapat tempat di hati pengguna.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال