JOM SERTAI MELAKA 10KM NKF CHARITY FUN RUN 2023, BERLARI SAMBIL BERAMAL PADA 21 MEI 2023 | Assalammualaikum semua, baru-baru ini Ruby telah hadir ke majlis menandatangani memorandum persefahaman dan kerjasama di antara Persatuan Seniman Malaysia, National Kidney Foundation of Malaysia (NKF), Berryone Solution dan Drug Free Malaysia dalam mengumpul dana untuk NKF.
Pada masa ini, NKF mempunyai lebih daripada 1,700 pesakit yang menerima rawatan dialisis subsidi di 28 pusat dialisis di seluruh negara. Dianggarkan sebanyak RM26.5 juta yang diperlukan oleh NKF bagi menyediakan rawatan dialisis subsidi dan untuk menjalankan operasi asas secara umum.
JOM SERTAI MELAKA 10KM NKF CHARITY FUN RUN 2023, BERLARI SAMBIL BERAMAL PADA 21 MEI 2023
Acara: Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023
Tarikh: 21 Mei 2023
Hari: Ahad
Masa: 6 pagi - 11.30 pagi
Lokasi: Multimedia University Melaka
Penganjur Utama: Berryone Solution
Penganjur Bersama: Multimedia University Melaka, Politeknik Malaysia Merlimau Melaka, Kolej Komuniti Kota Melaka, Universiti Teknologu Mara, Melaka International College if Science and Technology dan Kolej Profesional MARA.
Kerjasama Bersama: Persatuan Seniman Malaysia dan Drug Free Malaysia
Penerima Dana: National Kidney Foundation of Malaysia (NKF)
Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023 merupakan acara larian untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang kesihatan buah pinggang. Menjadi tanggungjawab umum untuk mengambil berat tentang kesihatan untuk kehidupan sihat yang baik.
Tujuan Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023 diadakan adalah sebagai platform mengumpul dana untuk membantu Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia membeli peralatan dan keperluan yang diperlukan oleh pesakit kegagalan buah pinggang.
Berryone Solution, Drug Free Malaysia, Persatuan Seniman Malaysia dengan kerjasama beberapa Universiti dan Kolej sekitar negeri Melaka akan bekerjasama untuk menjayakan program ini.
Menurut Encik Encik Dave Koval, Pengarah Urusan Berryone Solution, “Larian amal NKF merupakan acara yang telah dianjurkan oleh Berryone Solution beberapa kali. Objektif adalah untuk mengumpul dana bagi membantu NKF menyediakan peralatan dan bantuan kepada pesakit kegagalan buah pinggang.
Kegagalan buah pinggang tidak boleh dikesan dengan secara mata kasar, ia memerlukan pendidikan agar kita menjaga pemakanan dan melakukan senaman harian. Melalui pelajar universiti, kita mula mendidik agar mereka didedahkan tentang kegagalan buah pinggang pada awal usia. Statistik menunjukkan seawal usia 30 tahun ramai mengalami masalah buah pinggang.
Acara ini terbuka buat semua. Namun, hanya pihak penganjur sahaja membuka booth. Agar program ini berjalan lancar. Semoga larian amal ini dapat memberi pendedahan tentang betapa pentingnya penjagaan kesihatan buah pinggang dan dalam masa yang sama kita dapat mengumpul dana untuk NKF. ” jelasnya.
Menurut Encik Zed Zaidi, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, “Seniman telah ditubuhkan pada 1974 dan sentiasa memberi sokongan kepada selebriti di Malaysia. Setakat ini seramai 8000 selebriti di Malaysia. Di Seniman, kami ingin mewujudkan hubungan harmoni dan membantu semua.
Namun, program amal sentiasa menjadi keutamaan kami. Agar dapat membantu mereka yang memerlukan. Kerjasama ini akan kami lakukan dengan penglibatan para selebriti pada hari larian dengan aktiviti di lokasi. Kami juga akan mempromosikan program melalui Persatuan Seniman Malaysia. Semoga dengan kerjasama ini kita dapat membantu mengumpul dana untuk NKF.” jelas beliau.
Dr. Khai Aziz, Presiden Drug Free Malaysia berkata, “Drug Free Malaysia bekerja rapat dengan AADK, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia, kami ingin menyertai program ini untuk memberi kesedaran kepada belia. Salah satu kegagalan buah pinggang adalah pengambilan dadah. Kita akan ke sekolah, universiti untuk mengajak ramai menyertai Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023.” jelas beliau.
Dato' S. Subash, Pengerusi Biro Perpaduan Dan Hal Ehwal Antarabangsa, Persatuan Seniman Malaysia berkata, “Penglibatan selebriti pada acara kali ini adalah kombinasi pelbagai bangsa. Kita meriahkan Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023 dengan penampilan P. Radhi (remaja P. Ramlee), Adeline Tsen, Sangeeta Krishnasamy dan ramai lagi.”
DAFTAR LARIAN DI APLIKASI VÒMOS
Pendaftaran larian bermula 12 Feb 2023 sehingga 30 April 2023. 2000 pendaftar pertama akan mendapat harga istimewa Early Bird pada harga RM 60. Selepas itu, harga adalah RM 75. Larian ini terbuka untuk semua yang berusia 18 tahun ke atas. Setiap pendaftaran lengkap akan mendapat
• T-shirt Larian Vòmos Running
• Bib
• Sijil
• Medal bersama Lanyard
Selain itu, aktiviti menarik turut diadakan sepanjang Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023 yang berlangsung dari 6 pagi hingga 11:30 pagi. Apa yang lebih menarik adalah penampilan selebriti tempatan Adeline Tsen, Sangeeta Krishnasamy, Tony Tuah, Syukri Zainal, Azan Scan, Aril Pilus, P. Radhi, Rina Nawi, Norlie Tamam, Nor Arifah Abidin, Sidi Cat, Salman Al Farisi, Dato' S. Subash dan ramai lagi.
• 10 x Hadiah Wang Tunai untuk Pemenang Setiap Kategori
• Cabutan Bertuah
Jom sertai Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023 melalui aplikasi Vomos Run: https://vomos.page.link/jiTP
NKF: MEMBERI HARAPAN, SELAMATKAN NYAWA
Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) adalah sebuah organisasi amal bukan berasaskan keuntungan yang berdedikasi untuk membantu rakyat Malaysia yang mengalami kegagalan buah pinggang pada peringkat akhir serta tidak berkemampuan menjalani rawatan dialisis.
Ditubuhkan pada 1969, NKF berusaha untuk meningkatkan taraf penjagaan yang diperlukan oleh pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan mereka yang menghidap pelbagai penyakit berkaitan buah pinggang.
Pada tahun 1993, NKF membuka pintu pusat dialisis pertama di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur. Selama bertahun-tahun, NKF telah berkembang dengan pesat dengan sokongan daripada banyak pihak.
NKF telah meluaskan peranannya daripada sekadar penyedia rawatan dialisis, kepada menjadi pusat sumber negara sehenti untuk semua perkara berkaitan buah pinggang.
Visi dan misi NKF jelas iaitu menerajui promosi peningkatan kesihatan buah pinggang, pengurusan dan rawatan penyakit buah pinggang. NKF proaktif dalam pendidikan, penyelidikan dan advokasi kesihatan buah pinggang melalui penglibatan, sokongan dan rawatan berkualiti untuk pesakit buah pinggang.
Menurut Khor Xin Yun, CEO National Kidney Foundation of Malaysia (NKF), “Setiap pesakit perlu menjalani rawatan dialisis selama 4 jam, 3 kali seminggu atau 13 kali sebulan secara purata sepanjang hidup. NKF memberi subsidi sebanyak RM100 setiap kali rawatan atau RM1,300 sebulan bersamaan dengan RM15,600 setahun, berbanding RM46,800 setahun (RM300 setiap sesi) di pusat perubatan swasta.
Bagi pesakit kurang berkemampuan, walaupun sebahagian kos rawatan dibiayai oleh NKF, namun pesakit perlu memilih untuk mengutamakan antara keperluan asas harian atau melakukan rawatan demi menyelamatkan nyawa.
Kami tidak boleh melakukannya sendiri, dan kami sangat memerlukan bantuan anda. Jika anda tidak dapat untuk membuat sumbangan secara langsung, sila bantu kami dengan menganjurkan pelbagai projek kutipan dana dan aktiviti.
Bersama-sama, kita membantu lebih ramai pesakit mendapat manfaat daripada aktiviti penjagaan kesihatan kita. Dengan sumbangan anda dapat membantu kami menyelamatkan nyawa.
Mulakan menjaga kesihatan kita dengan gaya hidup sihat seperti menyertai Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023.” jelasnya.
Tags
Sukan
wah menarik aktiviti larian macam ni. orang melaka boleh lah join. cantik medal dia :)
ردحذفmacam best je ni. lepas run boleh jalan2 melaka. ok nanti nak usulkan kat suami hehe. thanks sharing
ردحذفwah bolehlah join nanti, lepas raya nak kuruskan badan balikl lepas makan kuih raya kan? hehe
ردحذفMenarik nie sebab ada zumba. Hahaha. Thanks Ruby share info. Nak ajak kengkawan yang suka run-run nie
ردحذفLari sambil beramal! Suka concept mcm ni.. sihat and tolong orang lain yang memerlukan at the same time! Boleh register and ajak kawan2 join sekali la 🤭🤟🏻
ردحذفi am totally excited for this marathon. not only is the medal so pretty, there are also so many amazing activities and performances that await! gonna sign up right now!
ردحذفWow that's a good initiative to create awareness and also promote healthy lifestyle
ردحذفOhh wowo ...thanks for sharing this healthy awareness run event , absolutely a good event to join , gonna plan see whether I can join it or not. Cheers Siennylovesdrawing
ردحذف