NANO COSMETICS PRODUK BUMIPUTERA MELAYU PERTAMA HASILKAN TOPENG BIO-CELLULOSE SERTA SERUM BERASASKAN MANGGIS DAN NANAS | Assalammualaikum semua! Apabila bercerita tentang rutin kecantikan. Ramai mengetahui ia bermula dengan penjagaan wajah. Cara bersihkan wajah selepas mekap, pemakaian produk kecantikan dan jenama apa yang digunakan.
Tahukah anda, anda perlu mengenali wajah anda. Adakah ia jenis kering, berminyak atau kombinasi? Adakah kulit wajah anda mempunyai jerawat atau jeragat atau kedua-duanya? Apakah pula matlamat kecantikan wajah yang anda ingin capai?
Untuk Ruby, kulit jenis kering, berminyak dan kombinasi ikut hormon, cuaca dan emosi. Hahh gitewww. Kemudian matlamat Ruby adalah tidak mahu pakai mekap tebal. Sebab jenis cepat berpeluh. So no point pakai mekap beriya pun. Percayalah, Ruby dah berpuluh tahun cari solusi untuk jenama mekap itu ini. Membazir duit sahaja. Clear skin dan glass skin mekap adalah matlamat Ruby. InsyaAllah!
NANO COSMETICS PRODUK BUMIPUTERA MELAYU PERTAMA HASILKAN TOPENG BIO-CELLULOSE SERTA SERUM BERASASKAN MANGGIS DAN NANAS
Bercerita tentang isi kandungan produk, kepakaran yang dari penyelidikan dan tempoh promosi. Bio-Cellulose pula topeng wajah yang amat Ruby gemari. Namun, harga yang mahal, dari jenama antarabangsa dan status Halal masih diragui. Jadi, apabila Nano Cosmetics memperkenalkan produk dan inovasinya. Ruby terus teruja nak cuba! Tahniah Nano Cosmetics!
Nano Cosmetics (NC) diilhamkan oleh potensi nano dan bioteknologi yang tidak terbatas terutamanya ekstrak tumbuhan dari hutan hujan untuk menyediakan pengguna dengan produk penjagaan kulit yang selamat, boleh dipercayai dan berkesan berdasarkan prinsip saintifik dan penyelidikan tentang cara kulit kita berfungsi.
Kami percaya bahawa ‘Science Knows Best' dan menggunakan hasil penyelidikan saintifik terkini untuk memilih bahan aktif terbaik daripada herba hutan hujan dan bahan aktif kosmetik yang terbukti berfungsi secara sinergi untuk masalah kulit tertentu.
Misi syarikat adalah untuk membuktikan bahawa penjagaan kulit berkualiti tinggi, inovatif, berasaskan sains boleh dicapai oleh semua pencinta kulit yang arif yang ingin melabur dalam kulit yang sihat sepanjang hayat.
NADYA SYAHERA SEBAGAI DUTA NANO COSMETICS
Nano Cosmetics atau NC mengumumkan pelantikan Nadya Syahera Rosli sebagai duta dan wajah Nano Cosmetics mulai 28 Disember 2022.
Pihak pengurusan NC memberi kepercayaan kepada pelakon dan model popular Nadya Syahera untuk mewakili jenama kosmetik berteraskan inovasi nano-emulsion untuk yang mampu beri kesan cepat dan tepat untuk kulit bebas kesan jerawat dan jeragat.
Nadya Syahera Rosli (lahir 28 September 1993) merupakan seorang pelakon dan model wanita yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah. Beliau terkenal dengan lakonan watak antagonis bernama Bella dalam drama Dia Semanis Honey. Beliau dicalonkan untuk Anugerah MeleTOP ERA pada tahun 2017.
Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Nadya Syahera terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai peragawati busana Muslimah, dan pernah menjadi pengacara rancangan televisyen berkonsepkan fesyen dan hiburan.
Sejak itu, beliau mula serius menceburi bidang lakonan, beliau membintangi telefilem Aku Bukan Haji di TV Al Hijrah serta muncul dalam beberapa drama TV termasuk Isteri Separuh Masa lakonan Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza.
Sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata yang bekerja, Nadya Syahera memahami keperluan menjaga kecantikan dan kesihatan kulit dengan produk yang boleh dipercayai. Serum wajah dan mask bio cellulose NC menjadi rahsia kecantikan Nadya yang akan dikongsikan dengan semua pengikutnya.
PRODUK-PRODUK NANO COSMETICS
Formulasi Nano Emulsion Hasil Kajian Universiti Tempatan ' Science Knows Best' merupakan teras produk penjagaan kulit Nano Cosmetics di mana inovasi saintifik Nano Emulsion dalam Serum Wajah dan Masker Wajah Bio-Cellulose. Double A Skin Brightener dan Double R Skinsaver menjadi kunci kepada kulit wajah yang berseri, segar dan sehat dengan aktif sumber tumbuhan yang selamat.
Formulasi unik untuk produk Nano Cosmetics adalah berasaskan penyelidikan nanoteknologidi pusat penyelidikan universiti tempatan yang berjaya menghasilkan formulasi serum untuk wajah dan masker wajah yang kaya dengan anti-oksidan, phytonutrients dan bahan aktif dari manggis, nenas dan aktif kosmetik terbukti antaranya niacinamide, arbutin, kojic acid, willow bark serta vitamin A, B3, C dan E dan soy peptides.
Kombinasi bahan aktif serta saiz partikel yg halus dalam serum nano emulsion resap ke bawah lapisan luar kulit untuk menyegarkan dan melembabkan kulit.
Hasilnya kulit wajah yang berseri, sihat dan segar dalam waktu yang singkat dan pengguna yang teruja dengan keberkesanan serum dalam masa yang singkat. Tiada bahan terlarang. Tiada bahan kimia. Berdaftar dengan KKM dan diperbuat di kilang yg bertaraf GMP, Halal dan ISO untuk kosmetik.
NC dimulakan oleh dua orang profesional bumiputera yang misi mereka ialah menyediakan produk kosmetik yang berlandaskan inovasi saintifik yg terkini seperti yang didapati di spa dan salon kecantikan tapi bersifat mampu milik dan teknologi saintifik tempatan.
Masker bio-cellulose untuk masker wajah Nano Cosmetics adalah inovasi yang wajib untuk memastikan 20 ml serum di masker dapat disampaikan ke kulit tanpa masalah menitik dan kering terlalu cepat. Melekap ke wajah macam kulit kedua supaya pemakai senang bergerak membuat kerja harian di rumah tanpa risau masker jatuh.
Penggunaan Serum Wajah Nano Emulsion dua kali sehari - hanya setitik untuk seluruh wajah mampu melindungi permukaan kulit dari radikal bebas, meningkatkan pengeluaran kolagen dan sel kulit baru yang lebih cerah dan mempercepatkan microcirculation untuk kulit sihat dan berseri bak baru lepas facial.
Produk penjagaan kulit Nano Cosmetics menuntut untuk membantu wanita yg sibuk dengan kerjaya dan keluarga tapi masih pentingkan kecantikan dan produk yang berkualiti serta ingin kulit sihat dan berseri sepanjang usia.
PROGRAM KEUSAHAWAN NANO COSMETICS
• MEMBUKA PELUANG perniagaan tanpa memerlukan modal NC ingin melahirkan ramai usahawan wanita dengan bermula dari kosong, walaupun tanpa pengalaman dalam perniagaan.
• MEMBANTU WANITA yang berkerjaya untuk menambah sumber pendapatan NC bersedia untuk membantu wanita memperbaiki taraf kehidupan ke arah yang lebih baik!
Kita sebagai wanita juga boleh menjadi penyumbang untuk kehidupan yang lebih baik dan selesa untuk keluarga, terutamanya anak-anak. Sebagai seorang isteri dan juga ibu, inilah pengorbannya.
• MENGUBAH MINDA wanita yang mereka juga mampu mencipta kerjaya yang terjamin dalam dunia perniagaan.
Sudah tiba masanya untuk wanita mencorakkan kehidupan sendiri, bak kata pepatah be your own boss. Cabar diri dan lihat sejauh mana kita boleh melangkah kerana inilah masanya
PROMOSI SEMPENA PELANCARAN NANO COSMETICS
Produk Nano Cosmetic terdapat dalam dua kategori :
Double 'A' Pencerah Kulit Nanoemulsion Serum Muka dan Masker Wajah dengan Manggis, Niacinamidedan Peptida Soya untuk Mencerahkan, Menghidrat dan Menghilangkan Jerawat. Merupakan solusi untuk kulit berjerawat.
Double 'R' Skinsaver Serum muka dan masker wajah dengan Bromelain, Willow Bark, Kebaikan Asid Kojic dan Memperbaharui kulit dengan Meningkatkan Pengeluaran Kolagen. Serum dan mask untuk menyelesaikan kulit berjeragat.
Kedua-dua serum dan mask utk kulit yang lebih sihat dan berseri. Meremajakan kulit kembali. Promosi sempena pelancaran adalah seperti berikut:
i) Serum Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit) – RM35.00 (harga asal RM49.90)
ii) Set Mask Double ‘A’ atau Double ‘R’ (4 unit) – RM 109.00 (harga asal RM 149.90)
iii) Pek Promo – Box 2 Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit serum & 2 mask) – RM 90.00 (harga asal RM 129.90)
iv) Pek Promo – Box 3 Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit serum & 3 mask) – RM99.00 (harga asal RM 149.90)
Promosi ini sehingga Hari Raya Aidilfitri. Jom cantik sama-sama. Produk-produk NC boleh didapati di Shopee atau terus hubungi kami di talian 019 2767 567.
Tags
Kecantikan
menariknyaaaa produk ni buat dari manggis dan nanas. baca pun dah rasa nak cuba. nak cari lah nanti. kalau cari mask memang akan cari bio cellulose, berbeza kalau pakai mask biasa.
BalasPadamManggis dengan nenas pun ada bahan best untuk muka rupanya. No wonder orang dulu-dulu lelawa.
BalasPadammenarikkan sbb berasaskan buahan esp manggis tu. akk sendiri x sabar nak cuba, nak tgk keberkesananny
BalasPadamWow skincare yang berasaskan natural ingredients manggis and nanas memang banyak anti-oxidant
BalasPadamOhh wowo.... I'm impressed with fruits ingredients for these skincare & cosmetics, wanna try the Masker bio-cellulose. Looks so good on skin. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadam