PELANCARAN KAMYA SOAP DI KAMYA FEST 2023 TAWAR HARGA ISTIMEWA SELAMA 3 HARI ACARA

PELANCARAN KAMYA SOAP DI KAMYA FEST 2023 TAWAR HARGA ISTIMEWA SELAMA 3 HARI ACARA | Assalammualaikum semua, pada 10 Februari 2023 telah berlangsung pelancaran produk terbaharu dari KAMYA iaitu Kamya Soap yang mampu merawat 1001 permasalahan kulit wajah anda semua

Sepanjang 3 hari acara Kamya Fest 2023, harga Kamya Soap dijual pada harga pengenalan RM 19.90 sahaja. Dapatkan sabun ini segera dan jom cantik bersama. #CantikItuKamu

Pasti anda tertanya-tanya acara apa Kamya Fest 2023 ni? Ia adalah festival yang menghimpunkan pelbagai jenis perniagaan dari usahawan tempatan. Jenama Kamya pastinya menampilkan jualan dan pengenalan produk kecantikan dalaman dan luaran. 

Tidak hanya tertumpu kepada produk kecantikan dan kesihatan, pengunjung boleh enjoy pelbagai jenis jualan makanan, minuman tempatan dan antarabangsa. Malah pakaian bundle, petting zoo, pameran kenderaan antik, tapak karnival untuk seisi keluarga turut tersedia.

PELANCARAN KAMYA SOAP DI KAMYA FEST 2023 TAWAR HARGA ISTIMEWA SELAMA 3 HARI ACARA



Acara perlancaran Kamya Soap di reruai Kamya Beauty di Kamya Fest 2023 sangat meriah bersama host sensasi Vee Abdullah. Kemudian di kawasan ini turut diadakan sesi tutorial mekap bersama MUA Amy yang berkongsi cara mekap harian mudah tetapi memberi wajah anda kelihatan segar berseri sepanjang hari. 

Bayangkan mekap MUA Amy pada cuaca panas boleh cantik elok dekat Ayu. Ruby sangat kagum dengan hasilnya.

Penampilan Pengasas Kamya, Puan Erna Elliyana yang sentiasa ceria dan bertenaga memberi suasana wow. Beliau menerangkan manfaat Kamya Soap. Malah beliau mendendangkan 2 buah lagu secara langsung. Beruntung ahli jemaah Kamya ada founder happy go lucky begini. Aura positif terus menyelubungi suasana acara. 

Selain itu, acara sampingan bersama tetamu di Kamya Fest 2023 iaitu Catwalk bersama lagu tema Kamya. Acara ini sangat meriah dengan penyertaan 6 peserta dari berlainan latar belakang. Hadiah lumayan berupa Emas dari Habib Jewels. 

Tahniah buat semua peserta dan pemenang. Meriah acara dengan hilaian ketawa nampak semua peserta sedaya upaya meyakinkan juri. Hehehe. 

KAMYA FEST 2023


Bermula 10, 11 dan 12 Februari 2023, acara Kamya Fest 2023 diadakan di Tapak Parking B, Stadium Nasional Bukit Jalil. Festival bermula seawal 10 pagi hingga 10 malam selama 3 hari. 

Jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kamya memulakan tahun 2023 dengan penuh bertenaga dan bersemangat dengan penganjuran festival Kamya Festival (Kamya Fest). 

Berlandaskan objektif berhibur dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawanan, Kamya Fest menampilkan 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan. 

Inisiatif ini didorong oleh Pengasas Kamya iaitu Puan Erna Elliyana dan mendapat sokongan bersama selebriti serta usahawan terkenal Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu selaku Penganjur Bersama.


Kamya Fest diadakan pada 10,11,12 Februari ini di Parkir A & B, Stadium Nasional Bukit Jalil, merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk makanan & minuman (F&B), fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup sesuai untuk seisi keluarga.
Melalui pengalaman Ruby yang telah pergi ke Kamya Fest 2023,  Ruby nak kongsikan tips apabila anda ke festival. Memandangkan sekarang sedang musim hujan dan panas terik lain macam. 


Pastikan pakaian dan kasut selesa, bawa payung, shopping bag dan kipas tangan. Kipas bateri tu pun ok. Pada awalnya, harga RM 10 untuk masuk ke Kamya Fest 2023. Namun, pada 10 Februari 2023, Kamya Fest 2023 menawarkan kemasukan PERCUMA! Anda boleh makan-makan sepuasnya dan enjoy tapak karnival. 

Di Kamya Fest 2023 terdapat pelbagai aktiviti berlangsung. Jadi anda boleh jalan-jalan sambil bergambar. Macam Ruby bergambar dengan Didi & Friends ni. Comel kan?


KAMYA FESTIVAL SASAR RAIH 70,000 PENGUNJUNG


Menurut Puan Erna Elliyana, dia sangat teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan.

“Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untukberkecimpung di dalam dunia keusahawanan. Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih seramai 50,000 sehingga 70,000 pengunjung dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada.

“Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti keluaran Kamya yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,” katanya.

Puan Erna berkata demikian ketika majlis pelancaran Kamya Fest, seiring dengan pelancaran produk terkini Kamya iaitu sabun kecantikan Kamya Soap, di sini petang tadi.


Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Puan Erna sendiri bersama-sama barisan selebriti popular antaranya Shuib Sepahtu, Datin Alyah, Kak V, Eja, Ayie Floor 88, Dolla, Ameer Fourteen dan pendandan rambut terkenal Chez Hamdan.

Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, mengambil bahagian sebagai daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival berkenaan. Antaranya, Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol, Syura Badron, Nadia Brian dan ramai lagi.

Sementara itu, Shuib berkata Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan.

“Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri.

“Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang,” kata Shuib.


Antara hadiah utama adalah sebuah kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50” inci, telefon bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot . Bukan itu saja, Kamya Fest akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti.

MAKAN-MAKAN DI KAMYA FEST 2023


Masa awal pendaftaran, kita perlu scan QR untuk mengisi maklumat. Ada soalan bertanya, apa yang menarik perhatian untuk hadir ke Kamya Fest 2023? Ruby jawab sebab makanan ofkozzzzz. Jom Ruby belanja korang tengok betapa meriahnya syurga makanan di Kamya Fest 2023.

Booth pertama ofkozzz ke K-Town la kan. Bukan cari Zizan Razak tau, cari Oppaaaaaa lah. Chef Lee pun ok. Hahahaha. Di K-Town dapat tengok live Chef menyediakan Japchae, Fried Chicken Wings dan Kimchi. 

Kalau ke festival, kedai minuman lah paling kerap Ruby akan ulang-ulang membeli. Hahaha. Apa yang syok di Kamya Fest 2023 ni, cashless transaksi pun boleh. Ruby bayar guna QR debit je. Ruby baru teringat tak bawa wang tunai.  Nasib baik RM 5 untuk parking kereta ada wang tunai. 

Fuhhh semua sedap. Tengoklah penampilan air ni semua. MasyaAllah meleleh air liur kami. Selain minuman, Kamya Fest 2023 menghimpunkan makanan viral juga. Lihatlah makan laut tersedia di Bukit Jalil gaissss.


Selain itu, makanan-makanan kegemaran Ruby sekeluarga pun ada. Rasa nak makan semua. Tapi perut ada satu je. Nasib baik bawa suami, boleh la Ruby makan sikit, lepas tu bagi dia habiskan. Kikiki.

Di Kamya Fest 2023 kebersihan sentiasa menjadi keutamaan. Anda boleh makan di tempat yang telah disediakan atau bersila sahaja di tapak booth Kamya. Seronok santai-santai. 

KAMYA SOAP UNTUK SEMUA JENIS PERMASALAHAN KULIT


Keluaran produk terbaharu Kamya, Kamya Soap mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu masalah kulit seperti Niacinamide, Glutathione, Arbuthnott, Vitamin, Aloe Vera, Madu dan Titanium.

Kamya Soap turut membekalkan pelbagai kebaikan kepada pengguna dari pelbagai jenis kulit seperti sensitif, kering, berminyak dan kombinasi. Sabun ini juga dipercayai dapat membantu mencerahkan dan menyekatakan tona kulit, mengurangkan kemerahan dan kerengsaan dan menanggalkan sel kulit mati.

Ia juga dapat memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan liang pori tersumbat, mencegah pertumbuhan jerawat, menyokong struktur kulit serta memberikan penampilan yang lembut dan tampak lebih muda.

KENALI PENGASAS KAMYA


Puan Erna – Pengasas Kamya Erna Elliyana binti Rosli, lahir pada 10 Ogos 1988 adalah merupakan pengasas Kamya, produk kecantikan dan kesihatan. Beliau memulakan karier seninya pada tahun 1988 sebagai seorang pelakon dalam drama bersiri Opah di RTM sewaktu masih berusia 6 tahun.


Beliau secara rasminya bergelar pelakon pada 1998 apabila ditawarkan berlakon dalam drama Mat Despatch sebagai Bad. Beliau juga merupakan adik kepada Ikhwan Rosli, iaitu pelakon dan bekas penyampai radio Hot FM dan Kool FM.

Umum mengetahui bahawa, Puan Erna turut berbakat dalam bidang nyanyian hingga beliau memutuskan untuk menyertai program realiti nyanyian Sinaran Pasport Kegemilangan, Malaysian Idol Musim Pertama dan One in Million.

Tahun 2008, syarikat rakaman MilleniumArt Sdn Bhd melancarkan single pertama buat beliau yang berjudul Bukan Untuk Sesaat di bawah ciptaan Julfekar manakala lirik ditulis oleh Pajin. 

Lagu ini aktif dimainkan di stesen radio tempatan sehingga telah dicalonkan di Muzik-muzik 23. Pada tahun 2000, beliau juga telah ditawarkan menjadi pengacara cilik dalam rancangan Ikan Kekek dan Can Mali Can di TV3.

Beliau yang kini berusia 35 tahun, telah berkahwin dan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata memulakan jenama Kamya pada 2021. Objektif jenama ini sinonim dengan kualiti bersama manfaat baik yang terkandung di dalamnya.

Kamya terus melakar kejayaan sehingga dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health and Beauty dalam sebuah acara yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 Februari 2022.

Promosi jualan produk juga diperluaskan dengan gabungan bersama Astro Go Shop. Dengan rezeki ilahi, Puan Erna telah diiktiraf anugerah Nona Superwoman 2022, kategori Nona Beauty and Health Business Award baru-baru ini.

Kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat dan penanda aras kemajuan buat Puan Erna dan Kamya.

Kejayaan ini turut terhasil kerana adanya team yang efisyen, tidak berkira masa, sentiasa membaiki diri dan berwibawa demi peningkatan Kamya Glow sebagai produk yang dapat membantu meningkatkan kesihatan dan imunisasi badan individu.

KAMYA – CANTIK ITU KAMU


KAMYA merupakan jenama di bawah naungan AlphaNeyaga Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Alphacapital (M) Berhad telah memulakan pengembaraan bersama pengasasnya, Erna Elliyana sejak 2020.


Bersama penjenamaan KAMYA, Erna membawa pengguna untuk menjelajah dengan beberapa rangkaian produk yang terdiri daripada makanan tambahan atau suplemen untuk tujuan kecantikan dan juga produk kosmetik.

Di awal pembabitan, KAMYA hadir dengan Kamya Glow iaitu minuman kesihatan yang direka khas untuk kecantikan dan kesihatan kulit dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi.

Kamya Glow dilengkapi buah Delima, Epal, Strawberi dan Camu Camu, diperkaya dengan antioksidan Astaxanthin, Cerepron-F serta serta Kolagen Marin.

Suplemen ini, dihasilkan dalam kemasan sachet supaya mudah diminum dan di simpan serta boleh diambil pada bila-bila masa dan di mana jua.

Kelahiran Kamya Glow terdorong daripada minat Erna Elliyana sendiri yang telah mengamalkan pengambilan suplemen kecantikan sejak sekian lama.

Oleh kerana itu, beliau percaya dan yakin akan mampu mencipta serta membangun suplemen kecantikan di bawah naungannya sendiri.

Minuman botani Kamya Glow diperkaya dengan Cerepron-F dan Vitamin-C yang membantu mencerahkan kulit anda dan meningkatkan sistem imunisasi.

Bukan sahaja penjagaan dari dalam, KAMYA turut mengorak langkah dengan memperkenalkan koleksi pewarna bibir KAMYA X Bobo Cinta yang terdiri daripada Lipmatte, Lipgloss dan Lipbalm.

Lipmatte KAMYA hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Nude, Purple dan Orange yang mengandungi bahan terbaik untuk kesihatan bibir seperti minyak avokado, minyak badam, Vitamin E dan SPF 20 sebagai pelindung cahaya matahari.

Manakala Lipgloss KAMYA juga diperbuat daripada minyak avocado, vitamin E dan minyak badam sesuai untuk disempurnakan pada bibir wanita bagi melahirkan keyakinan yang lebih mempesona.

Sementara Lipbalm KAMYA, dihadirkan bukan sahaja untuk golongan wanita, malahan juga kaum Adam yang sekali gus membuktikan bahawa produk keluaran KAMYA sesuai untuk lelaki dan wanita.

KAMYA – KAMYA & CHEZKAMYA


Di bawah penjenamaan Kamya juga, lahirnya beberapa lagi produk suplemen untuk tujuan kecantikan dan kesihatan dalam bentuk tablet atau mudah dikunyah iaitu Sugeheir, Cleaskyn dan Whiteze.


SUGEHEIR diperkaya dengan Vitamin C, D Biotin, Vitamin E, Vitamin B12, Folic Acid Vitamin D3 dan Vitamin A. Suplemen ini dikhususkan untuk kesihatan rambut secara keseluruhan dan telah diperkenalkan sempena pembukaan salun rambut ChezKamya Professional.

Pengambilan Sugeheir secara konsisten dipercayai dapat menambah baik kesihatan rambut bermula dari akar dan merupakan bahan penting untuk pertumbuhan serta pembaikan tisu rambut. Selain itu juga, produk  dalam bentuk pil ini juga akan membantu bagi merangsang pertumbuhan rambut lama dan juga baru.

Khasiat yang ada di dalamnya, akan membuatkan rambut jadi bersinar dan mengelakkan pertumbuhan uban pada usia muda.

Benar, produk ini adalah jawapan bagi membantu peredaran darah pada kulit kepala yang sekali gus dapat meningkatkan kesihatan kulit kepala.

Sementara Cleaskyn, produk dalam bentuk tablet yang dikhususkan untuk penjagaan tubuh badan sama ada dalaman mahupun luaran, Cleaskyn mengandungi khasiat terbaik antaranya Vitamin A, Selenium, Chromium, Zink, Nicotinic Acid, Pathothenic Acid, Pyridoxine dan Ascorbic Acid (Vitamin C).

Ia membantu mengekalkan kesihatan kulit dan membantu dalam penghasilan tenaga dan pembentukan tisu. Sebagai agen antioksidan, pengambilan produk ini dipercayai akan dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam badan selain mengurangkan kedutan, menstabilkan tekanan darah dan membantu mengurangkan kesan penuaan. 

Satu lagi produk dari Kamya ialah Whiteze yang mengandungi 3 khasiat utama iaitu Ascorbic Acid, L Glutathione dan buah tomato.

Dengan mengamalkannya, ia akan dapat mengekalkan kulit sihat, melembabkan kulit, mengurangkan masalah jerawat dan membantu mencantikkan kulit.

Sifatnya yang antioksidan dan berupaya menjadi sebagai agen anti penuaan, juga dipercayai dapat mempercepatkan penyembuh luka, mengurangkan kesan-kesan penuaan dan menstabilkan tekanan darah.

Produk ini juga membantu pembentukan kolagen bagi kulit selain membantu sistem badan untuk meningkatkan metabolisme serta penyerapan nutrisi serta baik untuk kesihatan jantung.

KAMYA - MISI, VISI & KUALITI


Misi Kamya adalah untuk menjadi penyedia makanan tambahan yang halal serta pengeluar jenama kecantikan yang terkemuka dan diiktiraf di seluruh dunia. Manakala visi, Kamya ialah untuk membangunkan dan mengeluarkan suplemen berkualiti tinggi yang mampu memberi manfaat kepada setiap kehidupan manusia supaya menjadi lebih sihat dan terpelihara.

Dasar kualiti standart Kamya adalah untuk menyediakan suplemen pemakanan berkualiti tinggi dengan menggabungkan inovasi termaju ke dalam penciptaan setiap produk menjadikannya berkesan, berdaya saing dan berfaedah dari segi sosial. 

Agar estetika dan kesejahteraan peribadi berjalan seiring, Kamya mahu diiktiraf sebagai jenama yang menyokong kelestarian untuk mencapai keseimbangan ideal antara kedua-duanya.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال