PENGALAMAN MENAIKI ETS DARI STESEN KL SENTRAL KE STESEN PARIT BUNTAR

PENGALAMAN MENAIKI ETS DARI STESEN KL SENTRAL KE STESEN PARIT BUNTAR | Assalammualaikum semua! Ruby kembali mengikuti Lawatan FAM Trip dan kali ini sangat istimewa sebab kebanyakan aktiviti sepanjang lawatan adalah kali pertama untuk Ruby cuba. Seperti menaiki ETS ini, ia adalah kali pertama Ruby menaikinya.

Seingat Ruby, kali terakhir menaiki kereta api pada usia 6 tahun dan pada ketika itu melalui perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Pulang ke kampung pasti menaiki kereta api dari stesen Kuala Lumpur dan turun di stesen Batu Gajah. Nanti arwah Atok akan ambil. 

PENGALAMAN MENAIKI ETS DARI STESEN KL SENTRAL KE STESEN PARIT BUNTAR

Zaman dulu, mana ada telefon pintar untuk mesej ibu bapa dah sampai mana atau bagi tahu sudah melepasi stesen apa. Sebelum bertolak, mesti mak Ruby telefon arwah Atok dan memaklumkan bahawa kami akan bertolak jam berapa serta anggaran waktu tiba. 

Itu sahaja, nanti atok akan rancang perjalanan untuk ambil kami sekeluarga. Pada kebiasaannya atok memang dah ada menanti di bawah pokok bersama kereta Proton Wira. Kami teruja dan terus berlari peluk arwah Atok. Al-Fatihah buat Atok Ruby. 

Menaiki ETS buat kali pertama pasti mendebarkan. Walaupun pada jam 9:50am waktu berlepas. Kita perlu hadir awal menunggu. Agar tidak terlepas menaiki ETS. 6 Disember 2022 merupakan hari Selasa dan hari bekerja di Kuala Lumpur. 

Kesesakan lalu lintas pada awal pagi dan LRT penuh dengan pengguna yang ingin pergi kerja adalah normal. Ruby tiba di KL Sentral seawal jam 8:30 pagi dan sarapan di KFC KL Sentral. Sambil makan tu, kena ambil perhatian pengumuman ketibaan ETS dari mana dan menuju ke mana. Bila dengar ke Parit Buntar, ramai pengguna bangun dan beratur untuk check in.

Check in sangat mudah menggunakan QR code yang tertera di tiket ETS. Tiket ni boleh tunjuk terus melalui telefon pintar. Tapi, Ruby memilih untuk cetak. Kadang-kadang kelam kabut dengan barang-barang kan, jadi tiket ada tersimpan rapi di poket. Hehehe. 

Melalui tiket ETS, kita boleh perhatikan gerabak dan nombor kerusi. Ruby menaiki Coach C dan Seat 13B. Dijangka akan tiba di Parit Buntar pada jam 1:38 petang. Waktu bertolak dan tiba berkemungkinan delay sedikit. Namum, ia tetap kenderaan terpantas antara bandar. 

ETS merupakan singkatan kepada Electric Train Service adalah perkhidmatan rel antara bandar yang dikendalikan oleh pengendali kereta api nasional Malaysia iaitu Keretapi Tanah Melayu Berhad. 

Ia merupakan perkhidmatan kereta api meter terpantas di Malaysia yang kini beroperasi di sepanjang laluan elektrik dan dua landasan di Laluan Pantai Barat antara Gemas dan Padang Besar di sempadan Malaysia-Thailand.  

Jadual kereta api ETS di Malaysia boleh dikategorikan kepada laluan Gemas – Padang Besar dan Padang Besar – Gemas. Kereta api bergerak sehingga 140 km/j (87 mph) pada landasan rel tolok meter elektrik. 


PERKHIDMATAN DI DALAM ETS COACH C

Ruby mendapat tempat duduk di dalam Coach C dan teruja bagaimana keadaan di dalam gerabak ETS. Pada mulanya skeptikal bahawa pasti kepanasan dan tidak selesa. Bawa pula bagpack besar, dimana perlu simpan. Rupa-rupanya ada ruang simpanan bag di atas.

Kemudian tempat duduk selesa dan ada meja. Di dalam ETS ada plug untuk cas telefon juga. Sangat selesa dan selamat. Walaupun Ruby berasa selamat, sentiasa kita awasi barangan peribadi kita. Okay?


9:50 pagi hingga 1:38 petang itu satu tempoh yang panjang. Hampir 4 jam di dalam ETS. Apa yang anda boleh lakukan dalam tempoh itu? Pada pendapat Ruby, kita boleh bawa buku sebagai bahan bacaan. Buku ulangkaji pelajaran, penyelesaian silang kata, sudoku atau laptop untuk buat kerja yang tertunggak. 

Ruby memilih untuk tidur. Hahahaha. Kemudian lapar, pergi kantin di belakang Ruby sahaja. Al maklumlah kantin di gerabak C. Sangat mudah! 


Ada macam-macam makanan dan minuman. Ruby beli Nescafe 3in1 Panas sahaja. Syok minum air panas semasa di dalam ETS. Sambil tengok permandangan di luar jendela. MasyaAllah nikmat sangat. Kita punya laluan kereta api ni best, sebab ada pokok dan gunung ganang boleh lihat. Healing ke tewww? Hahahaha.

Apabila naik ETS ni, ruang solat disediakan. Jika mengembara pada waktu solat, anda boleh standby bawa telekung dan menjaga wudhu. Walaupun tandas ada bersebelahan, kekerapan penggunaan tu sangat ramai. Jadi, anda niat musafir siap-siap okay? Nanti boleh solat Jamak atau Qasar. Semoga dipermudahkan.

Beli tiket ETS di sini https://online.ktmb.com.my/

Alhamdulillah Ruby selamat sampai ke destinasi. Ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Lain kali boleh bawa suami dan anak-anak. 4 jam memang tidak boleh diam, tapi pengalaman indah dapat naik ETS. Terima kasih Tourism Malaysia.


“Program Lawatan Produk Eko-Pelancongan (Homestay, Water Rafting, Climbing, Caving) di Selama - Gopeng, Perak Darul Ridzuan pada 6-9 Disember 2022 merupakan anjuran Unit Nature Adventure, Tourism Malaysia dengan kerjasama Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama, Selama Rafting dan Gua Tempurung Extreme. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Selama & Gopeng, Perak.”

4 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Dulu selalu naik ETS nak balik kampung masa zaman belajar.

    ردحذف
  2. tak pernah lagi naik ets.. nampak selesa sangat .. boleh plan naik ets lepas ni heheh

    ردحذف
  3. Wah best! i pernah naik ets but the normal one with seat saja, nanti nak try long distance yang boleh tidur

    ردحذف
  4. Ohh that's a nice ETS travel, long time didn't take ktm , gonna check out more so can plan a ets ride too. Cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال