RUMAH REHAT SELAMA INN PENGINAPAN SELESA DI SELAMA, PERAK | Assalammualaikum semua. Salam Selama-nya di Hati. Persekitaran di daerah Selama sangat mudah di akses. Boleh dikatakan kita boleh memandu sendiri untuk ke setiap destinasi aktiviti dan lawatan. Namun, jika menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps, anda mungkin akan mengalami masalah liputan Telco yang kurang memuaskan.
Jadi, pergi kemana-mana bersama Pemandu Pelancong dari Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama adalah pilihan tepat untuk enjoy percutian di Selama. Tidak perlu stress fikir jalan kemana dan bagaimana ke sana. Sedar-sedar dah sampai ke lokasi aktiviti tepat pada masanya.
RUMAH REHAT SELAMA INN PENGINAPAN SELESA DI SELAMA, PERAK
Di Selama, anda akan dapati hanya ada satu sahaja lampu isyarat sahaja di simpang empat. Daerah ini masih kekal suci dan tidak terganggu dengan pembangunan yang tidak terancang seperti di tempat lain. Landscape di Selama masih terancang dengan kehijauan flora dan fauna. Kawasan Lata dan Air Terjun di jaga rapi. Kebersihan nombor satu.
Udara di Selama nyaman dan kebanyakan lokasi untuk anda bergambar adalah percuma. Namun, untuk membuat aktiviti, lagi sekali Ruby sangat menyarankan anda pergi bersama pemandu pelancong yang bertauliah. Keselamatan anda adalah keutamaan.
Di Selama, penginapan selesa dan sesuai untuk pengembara solo, berkeluarga atau bersama kumpulan besar adalah di Selama Inn @ Rumah Rehat Selama. Ruang tempat letak kereta banyak. Lobi beroperasi 24 jam. Ada wifi di setiap bilik. Dobi segera pun ada. Makanan yang disediakan oleh Chef pun sedap. Ahh rindu Nasi Lemak. Pagi-pagi sejuk dan redup. Macam bercuti dekat oversea uolsssss.
KADAR DAN JENIS BILIK DI SELAMA INN
Selama INN @ Rumah Rehat Selama mempunyai 4 jenis bilik iaitu Villa, Bilik VIP, Bilik Chalet dan Bilik Biasa. Harga setiap bilik ini terbahagi kepada dua. Harga pada hari biasa dan hari minggu. Kedua-dua harga berbeza kerana kapasiti tempahan pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah mendapat sambutan menggalakkan.
Secara total di Selama INN terdapat 24 bilik untuk keselesaan anda bercuti. Setiap bilik ini dilengkapi dengan katil bersaiz Queen atau Single, televisyen LCD, penghawa dingin.
VILLA (1 unit) :
- Sebuah katil bersaiz queen
- Sebuah almari 4 pintu
- Sebuah televisyen LCD
- Sebuah penghawa dingin
- Satu set meja solek
BILIK VIP (1 Unit) :
- Sebuah katil bersaiz queen
- Sebuah almari 4 pintu
- Sebuah almari kecil 2 pintu
- Satu set sofa
- Sebuah televisyen LCD
- Sebuah mini peti ais
- Sebuah penghawa dingin
- Sebuah pemanas air (water heater)
- Sebuah katil bersaiz queen
- Sebuah katil bersaiz single
- Sebuah almari 4 pintu
- Sebuah televisyen LCD
- Sebuah penghawa dingin
- Satu set kerusi kayu
- Sebuah katil bersaiz queen / 2 katil bersaiz Single
- Sebuah televisyen LCD
- Sebuah penghawa dingin
- Satu set meja solek
“Program Lawatan Produk Eko-Pelancongan (Homestay, Water Rafting, Climbing, Caving) di Selama - Gopeng, Perak Darul Ridzuan pada 6-9 Disember 2022 merupakan anjuran Unit Nature Adventure, Tourism Malaysia dengan kerjasama Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama, Selama Rafting dan Gua Tempurung Extreme. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Selama & Gopeng, Perak.”
bagus macam ni... pernah gi mersing, takde dobi yg dekat dekat. adehh..struggle dengan anak kecik kecik ramai
BalasPadamYe kak. Kita juga yang penat nak menguruskan pakaian basah bila sampai kat rumah. Belum campur yang berpasir sebab mandi sungai kan kak.
Padam