WARDAH THE SERUM EXPERT UNTUK MISI KULIT SIHAT BERSERI

WARDAH THE SERUM EXPERT UNTUK MISI KULIT SIHAT BERSERI | Assalammualaikum semua! Ilmu rutin penjagaan wajah pada zaman kini lebih meluas dibincangkan. Sama ada melalui acara kecantikan, secara dalam talian di platform Instagram, Facebook, Youtube dan TikTok atau melalui konsultasi bersama doktor kecantikan. Pasti, ada dikongsikan betapa penting amalan penggunaan serum bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat.

Serum merupakan produk penjagaan kulit yang direka untuk menyampaikan kepekatan tinggi bahan aktif tertentu kepada kulit. Terdapat pelbagai jenis serum di pasaran yang memberi manfaat yang berbeza, daripada penghidratan kepada pencerahan kulit.

Di Wardah, terdapat 6 serum untuk anda kenali agar dapat menguasai serum yang bersesuaian, cara penggunaan dan akhirnya mendapat hasil yang diinginkan. Jom ikuti Ruby mengenali 6 serum dari Wardah. 

WARDAH THE SERUM EXPERT UNTUK MISI KULIT SIHAT BERSERI



Wardah tampil dengan 6 jenis serum yang dari tekstur berbeza dan kegunaan yang berbeza. Namun, Kebiasaannya, serum adalah jernih, berasaskan gel atau cecair, dan ia cenderung kurang pekat daripada pelembap. Namun, serum digunakan sebelum pelembap untuk membantu mengunci kelembapan.

Serum mampu menghidrat dengan lebih berkesan daripada krim yang paling berat sekalipun. Molekul-molekul serum mampu menembusi kulit dan menghidrat pada tahap yang paling dalam. Serum penghidratan tidak semestinya menggantikan pelembap anda, tetapi boleh meningkatkan kesan penghidratan pelembap anda. Team work!

Melalui tinjauan Ruby, ramai yang melangkau memakai serum kerana tidak pasti apa yang diperlukan oleh kulit, kos yang mahal, terlalu sayang serum sampai tidak menggunakannya dengan betul dan memakai serum terlalu sedikit. Maka, ramai tidak mendapat manfaat dari serum yang ditawarkan.

KENALI 6 SERUM WARDAH


Ruby sentiasa rekemen produk kecantikan dari Wardah kerana kualiti yang diberikan dan harga yang berbaloi-baloi. Kini, kita semua boleh cantik dengan mengetahui apakah kebimbangan kita terhadap kulit wajah. Kenali jenis kulit, apakah permasalahan dan catat tarikh tertentu kulit akan menghasilkan berlebihan minyak atau terlalu kering yang pada kebiasaannya pada tempoh hampir datang haid.

Jom kenali 6 serum Wardah:

1. WARDAH LIGHTENING SERUM AMPOULE



2. WARDAH C-DEFENSE SERUM



3. WARDAH ACNEDERM ACNE CARE SERUM


4. WARDAH HYDRA ROSE MICRO GEL SERUM


5. WARDAH RENEW YOU ANTI AGING INTENSIVE SERUM 


6. WARDAH CRYSTAL SECRET DARK SPOT AND BRIGHTENING SERUM



Kuncinya ialah mencari serum yang memberikan satu tan botani, antioksidan dan penghidratan ia boleh menyampaikan dos nutrien yang tertumpu, dan apabila digunakan pada kulit yang baru dibersihkan, serum akan meresap dengan lebih mendalam.

Memandangkan bahan-bahan dalam serum boleh menjadi sangat kuat, pertimbangkan sebarang potensi sensitiviti kulit sebelum mencuba produk baharu.

Bahan aktif dalam serum cenderung lebih pekat dan kadang-kadang boleh menyebabkan kerengsaan dan kekeringan pada mereka yang mempunyai kulit sensitif. Adalah idea yang baik untuk melapisi pelembap yang lebih banyak dengan serum jika kulit anda cenderung sensitif. atau bahagian kering.

SERUM OH SERUM


Kulit setiap orang adalah berbeza, tetapi secara purata, anda perlu memberikan masa kira-kira tujuh minggu untuk melihat bagaimana kulit anda bertindak balas terhadap rutin serum baru. Bergantung pada serum dan keadaan semasa kulit anda, anda mungkin melihat hasil awal - seperti kulit yang lebih terhidrat - dalam beberapa hari sahaja.

Secara amnya, anda harus menggunakan serum di seluruh muka dan leher dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam. Amalkan sebelum menggunakan pelembap jika anda ingin mendapatkan kesan yang terbaik.


Menurut Wanda Ismarosa Fatima, International Marketing Paragon Group, “Di Wardah, kami mempunyai 6 Serum dan kesemua serum ini bermanfaat untuk semua jenis matlamat kulit yang diinginkan. Ramai yang menginginkan glass skin dan clean makeup. 

Asasnya adalah rutin penjagaan wajah dari mencuci, toner dan seterusnya serum. Serum paling laris di Wardah adalah Wardah Ligtening Serum Ampoule kerana ia mempunyai 10x Advanced Niacinamide. Namun, serum lain di Wardah juga mempunyai kepakaran mengikut keinginan pengguna.”


Dr Ingky, Pakar Kulit, Skin Care Expert Glos A Company dan Tiktokers kesihatan juga berkongsi dua petua penting untuk mendapatkan hasil terbaik daripada memakai serum.

“Mula-mula, sapukan serum yang paling cair, diikuti dengan serum yang pekat dan ingat, sentiasa sapukan produk berasaskan minyak pada lapisan terakhir untuk menggalakkan penyerapan yang lancar. 

Untuk mengetahui serum mana yang harus digunakan dahulu, gunakan tekni titiskan serum di atas cermin. Mula-mula, siapkan label nama serum di tepi cermin,  titiskan dua titisan serum pilihan anda. Kemudian condongkan cermin tersebut untuk lihat tahap kepekatan semua serum. Jadi anda boleh pilih mengikut turutan dari paling cair ke paling pekat. 

Tips kedua, elakkan menggabungkan serum yang mempunyai lebih daripada lima bahan aktif untuk mengelakkan iritasi kepada kulit. Less is more.”

FRIENDS OF WARDAH CURHAT SESSION


Hanarii, 27 tahun merupakan Content Creator yang mementingkan rutin penjagaan wajah agar dapat mencapai matlamat kulit wajah sihat dan berseri. Namun, jerawat di dagu sering mengganggu. Ada kalanya kecut, ada kalanya ia muncul tanpa dipinta. 


Karakter lucu Hana membuatkan ramai tertarik mendengar perjalanan matlamat kulit wajah sihat Hana. Walaupun mengalami masalah jerawat, tips dari Hanarii adalah, jangan usik atau picit jerawat. Biarkan sahaja. Teruskan rutin penjagaan wajah anda seperti biasa. Nanti ia akan surut dan hilang. 

Untuk mempercepatkan jerawat kecut dan hilang. Serum adalah rutin penjagaan wajah yang tidak akan saya skip, kerana ia membantu proses tersebut. Serum Wardah pilihan Hana adalah C-Defence, sebab ia sangat bagus untuk jerawat baru, jerawat pasir, parut jerawat dan kulit kering.

Ada kalanya kulit kita melalui perubahan dari segi hormon, cuaca dan persekitaran. Jadi, perlu tahu serum apa yang sesuai dan pastikan ia tersedia apabila diperlukan.

THE RUMA KUALA LUMPUR


Terima kasih Wardah Beauty Malaysia untuk sesi yang sangat bermanfaat. Now i know boleh pakai beberapa serum. Yayyy!


PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال