BUTIK SHARA OTHMAN LANCAR KOLEKSI RAYA 2023 SEDONDON UNTUK IBU DAN ANAK PEREMPUAN

BUTIK SHARA OTHMAN LANCAR KOLEKSI RAYA 2023 SEDONDON UNTUK IBU DAN ANAK PEREMPUAN | Assalammualaikum semua! Bagaimana dengan persiapan raya ib-ibu semua? Tahun ni tema warna apa? Mesti meriah raya tahun ni sebab kita semua akan beraya betul-betul. Jika dibandingkan semasa pandemik Covid-19 dan selepas semua hampir normal, kita masih raya tak raya kan? Tapi tahun ni kita mesti raya. Ruby sekeluaga nak ziarah saudara mara di kampung. Teruja betul!

Oleh kerana confirmed raya tahun 2023. Ruby tidak teragak-agak untuk cuci mata mencari baju raya. Persiapan awal lebih baik agar tak kelam kabut. Almaklumlah bukannya bujang untuk jaga diri sendiri aje. Dah ada suami dan anak-anak ni kena plan awal. Barulah ibu boleh beraya sakan. Jom kita ke Butik Shara Othman untuk lihat koleksi raya mereka. 

BUTIK SHARA OTHMAN LANCAR KOLEKSI RAYA 2023 SEDONDON UNTUK IBU DAN ANAK PEREMPUAN



Shara Othman diasaskan oleh dua adik-beradik, Sharatul Aishah dan Sharatul Atiqah binti Othman bersama ibu mereka, Hajah Zalina binti Mat Piah pada tahun 2013. 

Nama Shara Othman diambil dari singkatan dari nama Sharatul dan ayah mereka Haji Othman bin Ismail. Tahun 2023 merupakan 1 dekad perniagaan dan masih mengekalkan konsep sebagai pusat sehenti pakaian muslimah. 

Pakaian sedondon ibu dan anak perempuan sentiasa menjadi pilihan pelanggan memberi peluang kepada Butik Shara Othman bermain dengan material kain, warna dan saiz. Memahami kehendak pelanggan yang ingin tampil bergaya di pagi raya. Setiap koleksi pasti hadir dengan warna ceria, rekaan terkini, material selesa dengan cuaca di Malaysia dan saiz yang pelbagai. 

Di Butik Shara Othman, dekorasi dan persekitaran sangan selesa untuk seisi keluarga berbelanja. Ini kerana jarak di antara pakaian memudahkan pelanggan untuk memilih pakaian. Setelah memilih, anda boleh cuba di bilik persalinan. 

Butik Shara Othman ni berkonsep minimalis dan seperti batuan oval di Santorini, Greece. Cuma Butik Shara Othman berwarna earth tone yang selesa dilihat oleh mata kita. Haih Ruby rindu travel ke apa ni. Hahahaha.

10 KOLEKSI RAYA 2023 BUTIK SHARA OTHMAN

Koleksi raya pada tahun 2023 dari Butik Shara Othman menampilkan 11 rekaan. Diantaranya adalah Saoma, Tijah, Kesuma, Kartini, Camelia, Ramona, Endang, Anggun, Jelita, Kalsom dan Kirana. Banyak betul pilihan!

Kesemua koleksi mempunya saiz di antara XS hingga XXL. Manakala untuk anak-anak saiz bermula seawal usia 2 tahun hingga 11 tahun. 

SAOMA


SAOMA adalah 1 helai pakaian dengan potongan kebarung labuh klasik. Boleh di anggap seperti jubah yang di naik taraf moden. Material kapas bercorak jalur halus. Nampak nostalgia kan? Gayakan Saoma dengan seluar putih agar anda lebih selesa. 


KESUMA

Merupakan kurung kedah dengan sentuhan moden. Menggunakan material baju dari Sutera Shantung dan kain lipat batik motif Sarawak. Kombinasi warna kontra dengan corak menambahkan seri kepada Ruby yang memakainya. Cewahhhh.


RAMONA


Koleksi ini sangat bersesuaian digayakan oleh ibu dan anak kerana rekaan yang comel dan material selesa untuk ibu anak beraya. Material dari kain kapas, bercorak garis lurus dan diserikan dengan renda putih. 



KARTINI


Corak minimalis tetapi hadir dengan warna trendy pada tahun 2023. Hot Pink, Hitam, Mulberry, Ash Grey, Emerald Green, Navy Blue dan Snow. Memang cantik dan menyerlah panampilan ibu dan anak yang menggayakannya. Material dari tafetta silk dan kapas. Rekaan ini merupakan dari potongan Riau yang dijahit kemas.


TIJAH


Kain kapas eyelet digunakan agar selesa di pakai berulang kali. Potongan moden dengan belahan di hadapan. Tijah hadir dengan dua warna iaitu Putih dan Hitam.



CAMELIA


Merupakan dress bertingkat yang selesa dipakai pada bila-bila masa. Kombinasi Lace + Satin Pleated Crush memberi efek eksklusif kepada si pemakai. 



PERCUMA SAMPUL RAYA


Buat pengetahuan anda, setiap pembelian RM150 ke atas, anda akan menerima Sampul Raya PERCUMA dari Butik Shara Othmn.

DISKAUN RM 20 UNTUK PEMBELIAN DI SHOPEE


Tawaran Voucher RM20 bermula 27 March-10 April 2023 dengan pembelian minimum RM200.

KOD DISKAUN: SORAYA20


LOKASI BUTIK SHARA OTHMAN


L2-10, Central i-City, i-City,
Persiaran Multimedia, Seksyen 7,
40000 Shah Alam.

L1-28, East Coast Mall, 
25200 Kuantan.

Butik Zalina,
Taman Bentong Prima, 
28700 Bentong, Pahang.

6 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Cantiknya Koleksi baju raya dari Shara Othman, menarik ada voucher RM20 kalau beli dekat Shopee. Boleh usha nanti

    BalasPadam
  2. Design baju-baju semuanya cantik-cantik belaka. Cutting labuh dan sopan. Sesuai dengan budaya kita. I tertarik dengan design Tijah dan Samoa.

    BalasPadam
  3. Rawlins terus tertarik tengok design Saoma tu - nampak classy and comfortable. Model cilik dia comel dan pandai posing.

    BalasPadam
  4. Wow...very nice all the fashion collection ni , sienny nak dapatkan new baju muslimah juga ni. Cheers SiennyLovesDrawing

    BalasPadam
  5. Wow semua nampak cantik, i like camelia collection so comfy and material nampak berkualiti

    BalasPadam
  6. Kesemua collections ni cantik and kekalkan elemen budaya kita kan... Nice to go with this since Raya around the corner kan.. boleh matchy2 bergaya la both ibu and anak.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال