COSRY RTW RAYA 2023 SEHINGGA SAIZ 5XL DAN PERLANTIKAN PUTERI SARAH SEBAGAI MUSE

COSRY RTW RAYA 2023 SEHINGGA SAIZ 5XL DAN PERLANTIKAN PUTERI SARAH SEBAGAI MUSE | Assalammualaikum semua! Pada 25 Februari 2023 telah berlangsung acara yang Ruby nantikan iaitu pertunjukan fesyen koleksi busana Aidilfitri. Kali ini, bukan sekadar pertunjukan fesyen. Ia adalah comback jenama tersohor tempatan iaitu COSRY Kuala Lumpur. 

COSRY sangat terkenal dengan pakaian pengantin yang mampu memberi hari istimewa pasangan pengantin menjadi magikal. Maya by COSRY adalah pakej resepsi yang sering didambakan oleh ramai bakal pasangan suami isteri. Ini kerana sentuhan, idea, ketelitian dan pemilihan fabrik sentiasa menjadi keutamaan COSRY. 

COSRY RTW RAYA 2023 SEHINGGA SAIZ 5XL DAN PERLANTIKAN PUTERI SARAH SEBAGAI MUSE



COSRY bukan sahaja menghasilkan pakaian mengikut kehendak pelanggan, mereka terkenal dengan nasihat yang jujur dan membantu bakal pengantin mendapatkan rekaan yang sesuai. Keunikan ini membuatkan ramai mencemburui dengan hasil tangan COSRY. 

Untuk tahun 2023, COSRY kembali teguh. Kali ini, anda boleh memiliki koleksi COSRY untuk Raya 2023 dan ia ready-to-wear dari saiz XS hingga 5XL. Best kan?

Apabila pentas peragaan sudah mula beraksi. Ini bermakna koleksi Aidilfitri sudah mula untuk anda dapatkan pada kadar segera!

COSRY KEMBALI DENGAN LEBIH SEGAR DAN BERDAYA SAING


COSRY merupakan jenama fesyen yang sudah berada di hati peminat hampir 20 tahun. Terkenal sebagai jenama yang mengeluarkan busana perkahwinan eksklusif dan anggun. COSRY sering menjadi pilihan bakal pengantin di kalangan VVIP dan selebriti ternama tanah air.

Selebriti yang pernah menggayakan baju pengantin sentuhan COSRY ialah Datuk Sheila Majid, Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza, Datin Lisa Surihani, Erra Fazira, Anzalna Nasir, YM Che Puan Juliana Evans, Puteri Sarah Liyana, YM Che Puan Shamim Farid, Datuk Seri Eizlan Yusof, Datin Niena Baharun, Dr Amalina Che Bakri, Zahiran Mcwilson & Aiman Hakim, Elfira Loy, Nadiyah Shahab & Ben Ali, Mawar Rashid & Raf Yaacob dan Bella Astillah & Arif Aziz.

Malah, pelakon Hollywood Batman Forever, Nicole Kidman turut pernah menggayakan busana rekaan COSRY di sebuah acara karpet merah di Turki pada tahun 2016.


Pemergian Pengarah Kreatif COSRY, Putra Aziz yang meninggal dunia pada 30 Disember 2021. Ia meninggalkan kesan yang mendalam kepada Pengarah Urusan dan Pengasas Butik COSRY iaitu Ariff Quasry Md Din.

Mereka bukan saja rakan perniagaan yang bersama-sama mengasaskan COSRY 2O tahun lalu malah mereka adalah rakan akrab yang tiada galang gantinya. Pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui oleh Ariff dan Putra dalam membina empayar butik yang terkenal di kalangan VIP dan selebriti ternama tanah air.

Sentuhan ‘emas’ Putra menjadikan butik itu antara pilihan utama kepada bakal raja sehari dan mereka yang mengutamakan ketrampilan untuk ke acara rasmi, majlis keraian dan menggayakannya pada musim perayaan. 

Kini, Putra tiada lagi dan ‘pemergiannya’ membuatkan Ariff terpaksa mencari kekuatan dalam meneruskan legasi butik itu. Selepas enam bulan Putra ‘pergi’, Ariff bangkit semula. Jika selama ini beliau lebih senang berada di belakang tabir COSRY, namun kini beliau akan ‘ke depan’ sekali gus meletakkan dirinya sebagai pereka utama COSRY.

“Selepas enam bulan Putra meninggal, pada 4 Jun 2022, butik COSRY yang terletak di Sri Hartamas terbakar dan semua koleksi rekaan Putra yang dikumpul selama 15 tahun turut terbakar tanpa sempat diselamatkan walaupun sehelai.

“Barang kenangan arwah hilang lenyap dalam sekelip mata. Bangkit di atas kesedihan itu, saya yakin pasti ada hikmah di atas setiap ujian Allah SWT ke atas hambaNya, lalu saya kuatkan semangat untuk membina semula COSRY. 

“Tragedi itulah yang menjadi titik tolak kepada saya untuk membuka lembaran baru, berfikir secara rasional dan mula merancang untuk memulakan perjalanan baru COSRY,” katanya. 

Berkat doa, sokongan keluarga dan kenalan, Ariff dipertemukan dengan Datin Philomena Simeon. Perkenalan mereka bermula apabila Philomena menjadi pelanggan butik dan kebetulan beliau turut meminati bidang fesyen dan tekstil.

Atas persetujuan perbincangan di antara kedua-dua pihak, Philomena kini menyertai pasukan kerja COSRY sebagai Pengarah dan Rakan Kongsi sekali gus melancarkan penjenamaan baharu COSRY yang lebih segar, rekaan untuk semua golongan sasaran terutama orang muda dengan harga mampu milik. 

Jelas Ariff, Ketika Putra masih ada, beliau sebenarnya turut memberi idea dan suntikan idea kepada rekaan Cosry namun ketika itu Ariff tidak mahu menonjolkan diri dan memberi sepenuh kepercayaan kepada arwah sebagai ‘wajah COSRY’ .

“Waktu itu saya lebih tertumpu kepada urusan pentadbiran, pembangunan perniagaan dan penjenamaan COSRY. Selepas ketiadaan arwah, pernah juga saya mencari Pengarah Kreatif yang baru namun tiada yang bersesuaian dan memahami rekaan atau DNA yang telah kami berdua asaskan sehingga menjadi ‘signature’ kepada setiap rekaan kami berkonsepkan elegen dan klasik.

“Atas persetujuan Datin Philomena, maka saya mengambil alih tempat Putra sebagai Pengarah Kreatif COSRY dengan dibantu dua pereka fesyen.

“Untuk penjenaam semula ini, setiap rekaan adalah ilham dan sentuhan saya sendiri sepenuhnya tanpa ada lagi koleksi Putra. Bukan melupakan ‘magis’ Putra tetapi barangkali ia adalah penyebab untuk COSRY mengkaji semula pasaran dan cita rasa peminat fesyen,” katanya.

Ariff menambah, COSRY akan keluar dengan rekaan baru yang ‘lebih kelihatan muda’ tanpa menumpukan semata-mata kepada golongan VIP dan atasan.

“Jika sebelum ini juga, rekaan COSRY lebih bersifat ‘mature’ tetapi untuk ‘babak baru’ ini, COSRY perlu mendekati dan mencari pelanggan baru yang berusia 25 tahun ke 35 tahun kerana mereka inilah yang akan menyemarakkan lagi industri fesyen tanah air. 

“Dalam pada itu, COSRY masih terus bermain dengan elemen lace dan kebaya eksklusif kerana itu adalah DNA asal penubuhan COSRY yang begitu terkenal di kalangan pelanggan kami tetapi kini dengan cara dan ‘style’ saya sendiri. 

“Impian saya mahu melihat COSRY digayakan oleh seluruh lapisan masyarakat. Kami turut memperkenalkan rekaan ‘plus size’ dan tidak lagi hanya untuk mereka yang berukuran ‘pinggang secekak’,” katanya.

Tambah Ariff, sebagai Pengarah Kreatif, kini segala keputusan berkaitan pemilihan kain, ‘material, warna dan rekaan akan ditentukannya. Pereka fesyen COSRY perlu merujuk kepada saya terlebih dulu dalam pemilihan material, rekaan dan sebagainya. 

“Untuk koleksi Hari Raya yang diperagakan hari ini, terdapat 3O koleksi khusus untuk digayakan pada Aidilfitri ini. Tema warna musim perayaan ini menjurus kepada warna pastel tanpa mengabaikan terus ‘warna-warna garang’ seperti ‘shocking pink’. Warna-warna garang masih diselitkan dalam rekaan ini kerana ada peminatnya,” katanya. 

Pasukan kerja COSRY ada 10 orang termasuk pereka fesyen, tukang potong, tukang jahit baju dan tukang jahit manik.

KENALI DATIN PHILOMENA SIMEON


Pengarah COSRY, Datin Philomena Simeon 

Asalnya perkenalan Datin Philomena Simeon dengan Pengasas Butik COSRY , Ariff Quasry Md Nor bermula sebagai pelanggan yang sering menempah baju di butik itu.

Kebetulan mereka berkongsi minat yang sama dalam bidang fesyen dengan saling bertukar pandangan, melontarkan pendapat dalam industri fesyen dan tekstil tanah air. 

Atas keserasian itu, Philomena kini ‘menyertai’ pasukan kerja COSRY sebagai Pengarah dan rakan kongsi butik itu untuk bersama-sama berganding bahu dan mencurahkan idea untuk penjenamaan semula COSRY.

Kesediaan Philomena untuk bersama-sama mengembangkan empire fesyen COSRY amat bermakna kepada Ariff yang diibaratkan ‘tempang sebelah kaki’, selepas sahabat karib, Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif COSRY, Putra Aziz, meninggal dunia pada Disember 2021. 


Bagi mencorakkan pembaharuan dan mengukuhkan penguasaan COSRY dalam industry fesyen tanah air, Philomena menyuntik motif Sarawak yang ternyata mempunyai kelainan sendiri. 

“Saya anak jati Bumi Kenyalang jadi saya mahu mengetengahkan budaya pelbagai suku kaum di negeri itu dan kepada pencinta fesyen, motif Sarawak tidak asing lagi kepada mereka.

“Minat saya terus bercambah dalam seni reka fesyen ini apabila saya berkhidmat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di bawah Datuk Sri Hajah Nancy. 

“Saya sering mengiringi beliau ke tempat pembuatan songket dan batik Sarawak dan dari situlah minat saya semakin berkembang,” katanya.

Bagaimanapun tambahnya, selepas mendirikan rumahtangga, beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai perkhidmatan awam kerana mahu mengejar impiannya untuk menceburi bidang fesyen dan tekstil. 

“Alhamdulillah, fokus saya kini tertumpu kepada penjenamaan semula COSRY bersama Ariff dan warga COSRY.” katanya.

PENUBUHAN COSRY IMAGE


Penjenamaan semula COSRY turut menyaksikan penubuhan ‘COSRY IMAGE’ dengan mengeluarkan pakaian Ready-To-Wear (RTW).

Sebelum ini konsep rekaaan COSRY adalah ‘made-to-measure’ iaitu lebih kepada tempahan. 

Bagaimanapun, untuk meluaskan lagi sasaran pemasaran COSRY kepada seluruh masyarakat terutama golongan muda, COSRY mengeluarkan pakaian RTW yang tersedia sepanjang masa dan sesuai digayakan pada semua keadaan serta majlis keraian.

PROGRAM JAHITAN MANIK IBU TUNGGAL (B40) BERSAMA COSRY


Program Jahitan Manik Ibu Tunggal (B40) Bersama COSRY pernah diadakan pada 2017 merupakan antara program yang mendapat perhatian dan dinanti-nantikan golongan ibu tunggal B40 kerana manfaatnya yang memberi hasil lumayan sehingga mencecah RM5000 ke RM8000 sebulan pada musim perayaan. 


Program ini pernah mendapat kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Wanita di kawasan Wilayah Persekutuan.

Justeru, COSRY berhasrat untuk meneruskan program ini bukan sahaja untuk mendapatkan seberapa ramai penyertaan komuniti, malah butik bercita-cita untuk memantap dan memperkasakan lagi kemahiran golongan ibu tunggal B40 dalam bidang jahitan manik.

Insya Allah, mungkin ia akan dimulakan dalam skala kecil dahulu sekitar lima ke sepuluh orang golongan ibu tunggal. Namun, ia masih dalam perancangan. 


Semoga kedatangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat pada majlis ini hari ini, dapat memimpin COSRY untuk meneruskan program ini. Semoga usaha ini menjadi realiti dan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

PENJENAMAAN SEMULA LOGO COSRY


Logo terdahulu.


Logi terkini.

PEMILIHAN PUTERI SARAH SEBAGAI MUSE


Perlantikan Puteri Sarah sebagai Muse kepada jenama COSRY adalah bertepatan dengan pemerkasaan jenama COSRY sendiri yang baru kembali setelah beberapa bulan menyepikan diri setelah pemergian Arwah Putra Aziz pada 30 Disember 2021 di usia 45 tahun. 

Allahyarham mula menceburi bidang fesyen sejak tahun 2004. Jenama Cosry bermula secara kecil-kecilan ketika Allahyarham dan rakan perniagaannya, Ariff Quasry Md Nor mula menawarkan perkhidmatan menjahit dari rumah ke rumah untuk teman-teman rapat mereka.

Rekaan fesyen COSRY mula mendapat tempat di hati ramai penggemar fesyen. Perniagaan mereka berkembang dan Allahyarham serta Encik Ariff berpindah dari premis di Shah Alam, Selangor ke Bangsar, Kuala Lumpur.


Pada 8 Mac 2014, COSRY menyediakan busana pernikahan pilihan Puteri Sarah Liyana. Rentetan dari ujian yang diterima oleh Puteri Sarah Liyana, Encik Ariff Quasry menginginkan kebangkitan bersama-sama agar menghargai kehidupan yang masih berbaki. Jalan terus bersama mereka yang mengambil berat tentang kita dan lakukan apa yang kita inginkan untuk masyarakat dan agama. 

TOUCH BY COSRY KOLEKSI READY-TO-WEAR


Potongan siap pakai mewah direka dengan perhatian kepada perincian dan fokus pada kualiti selain daripada mencipta trend terkini untuk reka bentuk keperluan fesyen semua orang oleh Cosry dengan sentuhan reka bentuk profesional.

RTW PHILOMENA


Koleksi ready-to-wear dari Cosry memberi peluang kepada peminat dari hasil rekaan signature jenama ini. Melalui setiap koleksi, kita boleh lihat permainan fabrik dari kain lace glitter, perincian material satin eksklusif, lining di antara lace yang kemas, jahitan manik yang mempersona, zip sorok dan potongan kain mermaid atau A line.

COSRY RTW RAYA 2023 SEHINGGA SAIZ 5XL DAN PERLANTIKAN PUTERI SARAH SEBAGAI MUSECOSRY RTW RAYA 2023 SEHINGGA SAIZ 5XL DAN PERLANTIKAN PUTERI SARAH SEBAGAI MUSE

Noura kebaya S-XL

Leia Kurung Scallop S-XL


Rania Kurung XS - XL

Laura Crop Kurung XS - XL

Claudia Kurung XS - XL


Clara Kurung Scallop XS - XL

KOLEKSI SEHINGGA PLUSIZE



Lana Kurung Kedah XS - 5XL

Belle Ruffle Kurung Kedah XS - 5XL

Lily Double Puff Kurung XS - 5XL

RTW AMASZ

Amasz by COSRY merupakan koleksi ready-to-wear pakaian lelaki yang terdiri dari Elias Kurta dan Baju Melayu. 


LUXE DAN LIMITED EDITION KOLEKSI BE SPOKE EKSLUSIF


Be Spoke menawarkan reka bentuk yang dibuat mengikut ukuran yang dipesan lebih dahulu dengan mutu kerja artisan yang halus semuanya dari atelier dalaman.

LUXE



LIMITED EDITION


PELANCARAN LAMAN WEB COSRY 


Pada majlis hari ini juga, COSRY melancarkan laman sesawang yang baru iaitu www.cosry.com. Istimewa buat anda yang pertama kali mendaftar, baucar RM 100 akan diberikan untuk anda berbelanja di laman web tersebut.

Dapatkan semua koleksi COSRY seperti Touch by COSRY yang terdiri dari Amasz by COSRY, Kenit by COSRY, Philomena by COSRY dan Hajj by COSRY. Untuk koleksi made to measure, anda boleh dapatkan di dalam koleksi Be Spoke yang menampilkan LUXE dan LIMITED EDITION. 


Di dalam laman web rasmi ini akan menampilkan semua rekaan dan produk COSRY. Anda boleh membeli secara mudah menggunakan medium pembayaran online banking dan paypal. 

MENGENAI COSRY


Cosry ialah sebuah jenama fesyen ikonik dan terkemuka di Malaysia yang terkenal dengan mencipta fesyen yang istimewa. Sulaman menarik buatan tangan, manik renda dan reka bentuk moden yang pasti menarik perhatian.

Kehilangan pereka fesyen berbakat Putra Azizi, pengasas Cosry, pada 31 Disember 2021, adalah tarikh keramat yang menggemparkan seluruh dunia fesyen tempatan. Namun, COSRY mempercayai proses yang akan dilakukan pada masa akan datang dan pasti berada dalam industri fesyen tanahair.

Cosry Image (M) Sdn Bhd kini dimiliki oleh Datin Philomena Simeon dan Ariff Quasry dengan imej, visi dan misi baharu untuk meluaskan pasaran dalam industri fesyen. Untuk meluaskan spektrum pengguna Cosry Image (M) Sdn Bhd telah membangunkan lebih banyak produk dengan gaya dan konsep berbeza untuk meluaskan rangkaian. 

Sentuhan sub-jenama oleh Cosry menawarkan fesyen sedia untuk dipakai dengan sentuhan rekaan profesional. Potongan-potongan itu direka dengan perhatian terhadap perincian dan fokus pada kualiti selain daripada mencipta trend terkini untuk keperluan fesyen semua orang.

Tahun 2023 akan menjadi pengembaraan baharu untuk pasukan COSRY, kerana visi ingin berkembang bersama pada masa hadapan, dan kami berharap dapat melihat semua penyokong di butik mewah pertama kami, yang akan dibuka tidak lama lagi pada pertengahan tahun ini.

POP-UP STORE COSRY


Selama 3 bulan dari 26 Februari hingga 25 April 2023, COSRY akan berada di Shoppes at Four Seasons Place yang terletak bersebelahan pusat membeli-belah Suria KLCC. 

Pelanggan boleh hadir untuk melihat sendiri pakaian yang sudah siap Touch by COSRY atau membuat tempahan koleksi BeSpoke di Pop-up store COSRY yang terletak di tingkat dua, Shoppes At Four Seasons Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 

Butik COSRY yang baharu akan beroperasi di Jalan Maarof, Bangsar masih dalam pengubahsuaian dan dijangka siap pada Jun 2023 ini.


PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال