ELEGANT COSMETICS UMUM HANNAH DELISHA SEBAGAI DUTA JENAMA DAN PELANCARAN EADOS SERUM

ELEGANT COSMETICS UMUM HANNAH DELISHA SEBAGAI DUTA JENAMA DAN PELANCARAN EADOS SERUM | Assalammualaikum semua! Pada 17 Mac 2023 telah berlangsung majlis pelancaran produk terkini dari Elegant Cosmetics. Jenama yang cukup popular di TikTok dan sering menjadi produk #fyp (for your page) apabila TikTokers membuat ulasan. Pasti ramai mempercayai keberkesanan produk dan membeli terus melalui TikTok Shop. Hebat betul kuasa media sosial TikTok ni. 

Walaupun telah viral dan menjadi pilihan ramai. Elegant Cosmetics sentiasa memandang jauh untuk membawa jenama ke persada antarabangsa. Melalui perlantikan Hannah Delisha, Elegant Cosmetics berhasrat untuk dikenali melalui duta jenama dengan membawa ke peringkat industri hiburan tanahair. 

ELEGANT COSMETICS UMUM HANNAH DELISHA SEBAGAI DUTA JENAMA DAN PELANCARAN EADOS SERUM


ELEGANT COSMETICS UMUM HANNAH DELISHA SEBAGAI DUTA JENAMA DAN PELANCARAN EADOS SERUM
Dari kiri Hannah Delisha; Duta Jenama Elegant Cosmetics, Encik Fitri Khai; Pengasas Bersama Elegant Cosmetics dan Datuk Al-Amin, Pengasas & Pengarah Urusan Elegant Cosmetics.

Hannah Delisha memiliki personaliti yang bersih dari sebarang kontroversi dan sentiasa mendapat perhatian dari pelbagai peringkat usia peminatnya. Penampilan dan kecantikannya tidak dapat dinafikan. Natural beauty serta menyukai produk dari sumber tumbuh-tumbuhan membuatkan figura ini setuju menerima mandat sebagai Duta Jenama Elegant Cosmetics. 

Elegant Cosmetics ditubuhkan pada tahun 2020 dan produk Elegant Cosmetics Whitening Emulsion merupakan produk pertama mereka. Ia adalah sunscreen best seller sehingga hari ini. Dari sunscreen, seterusnya ke produk ke lapan dan terkini iaitu Elegant Cosmetics EADOS Serum yang dilancarkan pada 17 Mar 2023 semalam. Tahniah Elegant Cosmetics. 

Sepanjang Elegant Cosmetics berada di pasaran, jualan adalah menerusi sistem ejen dan stokis. Namun, bagi anda yang menantikan produk Elegant Cosmetics berada di kiosk kecantikan terkemuka. Nantikan kemunculan Elegant Cosmetics di Sephora. 


Menurut Encik Fitri Khai, Pengasas Bersama Elegant Cosmetics, "Elegant Cosmetics sentiasa telus dalam menghasilkan sesuatu produk. Setiap produk akan melalui proses ujian makmal. Ujian makmal yang mengesan kehadiran sebaran bentuk bahan terlarang seperti bahan kimia terlarang. Setakat ini, ujian makmal menunjukkan kesemua produk Elegant Cosmetics bebas dari sebarang unsur bahaya kepada kulit manusia. 

44 jenis kulit manusia telah diuji agar produk Elegant Cosmetics bersesuaian dengan semua jenis kulit pengguna. Sama ada lelaki atau wanita, berbangsa melayu, cina, india, atau berlainan warna kulit atau berlainan jenis kebimbangan kulit. Sama ada kulit normal, sensitif, kering, berminyak atau kombinasi. Elegant Cosmetics sesuai untuk semua.

Elegant Cosmetics juga dalam proses mendapatkan Sijil Pengesahan Halal JAKIM agar ia lebih yakin digunakan oleh pengguna dan membantu para ejen dan stokis Elegant Cosmetics untuk menjana pendapatan dengan lebih kompetitif.

Elegant Cosmetics sudah memasuki pasaran Brunei, Singapura dan Indonesia. Buat pengetahuan anda semua, 3 produk Elegant Cosmetics iaitu Detox Celanser, LipGlass dan Cheeky Blush dihasilkan di Korea. Kami inginkan produk berkualiti digunakan oleh semua. Elegant Cosmetics bukan produk timbang kilo.

Pemilihan Hannah Delisha kerana kecantikan natural dan persona beliau. Beliau tidak perlu memakai mekap yang tebal setiap hari. Hannah Delisha memiliki kecantikan semulajadi. Untuk kekal tampil cantik menawan, rutin penjagaan wajah adalah perkara utama. 

Ia seharusnya dijaga dengan rapi. Jadi, kami di Elegant Cosmetics ingin mendidik setiap insan di luar sana berbangga dengan kecantikan yang ada. Pertingkatkan kecantikan dengan rutin harian penjagaan wajah bersama Elegant Cosmetics."

HANNAH DELISHA DUTA JENAMA ELEGANT COSMETICS


Pemilihan Hannah Delisha sebagai Duta Jenama Elegant Cosmetics kerana persona yang menawan. Beliau juga pengguna produk Elegant Cosmetics Whitening Emulsion. Kesibukan kerja harian yang berada di luar dan cuaca panas memerlukan penjagaan kulit yang mampu melindungi diri dari selaran matahari. 

Hannah Delisha dilantik sebagai duta jenama Elegant Cosmetics yang bakal mempromosi kesemua 8 produk terdiri daripada:

1. Elegant Cosmetics Whitening Emulsion
2. Elegant Cosmetics Night Recovery Cream
3. Elegant Cosmetics Cellulose Face Scrub
4. Elegant Cosmetics Jeju Detox Cleanser
5. Elegant Cosmetics Cheeky Blush
6. Elegant Cosmetics Shine Lipglass - Diana
7. Elegant Cosmetics Shine Lipglass - Giselle
8. Elegant Cosmetics EADOS Serum

Elegant Cosmetics juga merupakan penaja utama untuk drama bersiri 60 episod Andai Itu Takdirnya yang dilakonkan oleh Hannah Delisha. Andai Itu Takdirnya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Jamal Khan, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Hannah Delisha. Produk Elegant Cosmetics akan berada di dalam beberapa babak dalam drama tersebut. 


Menurut Hannah Delisha, Duta Jenama Elegant Cosmetics, "Walaupun ia produk jenama tempatan, ia adalah produk yang dihasilkan dari bahan-bahan natural iaitu estrak tumbuh-tumbuhan. Ia sangat berkesan kepada semua jenis kulit. 

Saya memiliki kulit kombinasi dan sensitif. Kadang-kadang ia terlalu berminyak, kadang-kadang ia terlalu kering. Jadi, pemilihan produk amat penting agar ia benar-benar selamat untuk pengguna. Terutama kita sebagai wanita yang ada ketidakstabilan hormon.

Saya telah mencuba Elegant Cosmetics selama 2 bulan sebelum bersetuju untuk memikul tanggungjawab sebagai duta dan alhamdulillah produk Elegant Cosmetics berfungsi dengan baik."

ELEGANT COSMETICS EADOS SERUM DENGAN TEKNOLOGI OIL-INFUSED WATER


Pelancaran Elegant Cosmetics EADOS Serum menjadi tanda tanya dari segi nama dan fungsinya. Apakah manfaat yang ditawarkan dan bagaimana penggunaanya? 

Pelbagai manfaat tersedia dari Elegant Cosmetics EADOS Serum. EADOS bermaksud Elegant Age Defiance Oilet Serum (EADOS). Seawal usia 17 tahun boleh mula menggunakan Elegant Cosmetics EADOS Serum kerana ia terdiri daripada bahan-bahan natural. Dijual pada harga RM 79.00 (30ml) sahaja. 

Fungsi Elegant Cosmetics EADOS Serum  adalah untuk menganjalkan dan melembabkan kulit wajah. Bahan-bahan utama adalah Hibiscus Sabdariffa yang membantu menghasilkan kolagen.

Ruby suka tengok semua bungkusan produk Elegant Cosmetics, warna warni dan paling penting adalah nampak mewah macam beli minyak wangi. Sedangkan itu adalah produk penjagaan wajah dan mekap. Lawa betul. Boleh la jadi pengumpul bungkusan Elegant Cosmetics. Sayang lah nak buang. Kita kitar semula jadi sesuatu yang berguna.

Dapatkan produk terkini Elegant Cosmetics sekarang melalui ejen, stokis berdekatan anda atau melalui TikTok Shop Elegant Cosmetics HQ.

1 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال