HIDUPKAN RAMADAN BERSAMA RABBANI DI SEMENYIH ECO VENTURE BERTEMAKAN PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI

HIDUPKAN RAMADAN BERSAMA RABBANI DI SEMENYIH ECO VENTURE BERTEMAKAN PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI | Assalammualaikum semua! Ramadan yang dirindui bakal menjelma lagi beberapa hari. Mengikut kalendar, 1 Ramadan 1444H akan bermula pada 23 Mar 2023. Pastinya ia adalah saat yang dinantikan oleh semua umat Islam. 

Pada bulan Ramadan, ibadat menjadi keutamaan kita yang ingin dekat dengan Allah s.w.t, Rasullullah s.a.w dan melakukan perkara yang mendatangkan manfaat kepada rohani. Indahnya bulan Ramadan apabila ramai umat Islam mengimarahkan masjid. Ada tadarus Al-Quran dan macam-macam lagi. 

HIDUPKAN RAMADAN BERSAMA RABBANI DI SEMENYIH ECO VENTURE BERTEMAKAN PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI



Semenyih Eco Venture Resort & Recreation adalah tempat rekreasi yang akan membawa anda kembali ke alam semula jadi dan menjauhkan anda dari kesibukan kota. Dengan tanah seluas 21 ekar, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation menyediakan aktiviti yang terbaik untuk team building, hari keluarga, acara sukan dan perkhemahan. 

Anda akan berpeluang untuk mencuba pelbagai aktiviti seperti memanah, paintball, berbasikal, berkayak, aktiviti “high rope” seperti flying fox, wall climbing atau aktiviti yang lebih lasak seperti meredah hutan dan sungai dan juga ATV. 

Yang Berusaha Tuan Iskandar Mirza Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia.

Semenyih Eco Venture Resort & Recreation juga merupakan tempat penginapan kontainer terbesar di Malaysia. Selain daripada itu, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation turut menyediakan pelbagai pilihan makanan seperti masakan Thai, masakan Western dan juga steamboat. 

Menyahut seruan kerajaan, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation membawa TEMA PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI bersempena bulan Ramadan ini. Juga menjadikan Semenyih Eco Venture Resort & Recreation sebagai pusat pelancongan Madani terbesar di Malaysia dengan pelbagai aktiviti menarik yang sedia ada di sini.

Yang Berbahagia Puan Sri Datin Mimi Nur Liana Lim Binti Abdullah, Group COO Semenyih Eco Venture Resort & Recreation.

Pemilihan kumpulan Rabbani sebagai selebriti jemputan dan juga rakan synergi kerana kredibiliti, berpengaruh dan telah mencipta nama tersendiri dalam industri hiburan tanah air. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation. Antaranya kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) menyediakan program dalaman dan luaran.

PROGRAM PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI 


PAKEJ MADRASAH RAMADAN 
23 Mac to 20 April (Sebulan)

Aktiviti :
Kelas pengajian kitab 
Program kerohanian Tadarus, Terawih & Qiamullail
Berbuka puasa, moreh dan sahur Aktiviti Outdoor 
Iftar Jamaie
Pakej untuk seorang RM1990.00

PAKEJ LAILATULQADAR 
12 April 21 April (10 malam terakhir) 

Aktiviti :
Kelas pengajian kitab
Program kerohanian Tadarus, Terawih & Qiamullail
Berbuka puasa, moreh dan sahur
Aktiviti Out door 
Iftar Jamaie
Pakej untuk seorang RM1990.00

Bagi pakej berbuka puasa bersama Rabbani akan bermula dari 1 Ramadan hingga 27 Ramadan 1444 Hijrah.

PAKEJ BERBUKA PUASA BERSAMA RABBANI 


DEWASA RM68.00 
KANAK - KANAK 6-12 TAHUN RM34.00
WARGA EMAS 60 TAHUN KEATAS RM40.00
KANAK - KANAK 6 TAHUN KEBAWAH PERCUMA

Diskaun sebanyak tiga puluh percent (30%) akan diberikan pada mereka yang membuat tempahan pada tiga (3) hari pertama dan tiga (3) hari terakhir. Menyediakan lebih 200 menu masakan traditional Malaysia, Asia dan Timur Tengah terdiri dari satu pasukan pakar masakan yang berpengalaman.

LEBIH 200 JUADAH BERBUKA PUASA



HADIAH PAKEJ UMRAH

Bagi pelanggan yang berbuka puasa bersama Rabbani di SEMENYIH ECO VENTURE RESORT & RECREATION sepanjang Ramadan ini akan memenangi hadiah cabutan bertuah berupa Dua (2) pakej Umrah, tajaan MJ Success Travel & Tours Sdn Bhd dan Satu (1) pakej Umrah, tajaan As Safa Travel Sdn Bhd. Hadiah harian berupa pakej percutian 2 Hari 1 Malam di SEMENYIH ECO VENTURE RESORT & RECREATION.


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung dengan: HQ Semenyih Eco Venture Resort & Recreation pada talian +6017 420 9358 
Muhammad Aiman pada talian +6019 239 0668
Afrina Izzati pada talian +6011 2814 2816

4 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. dah nak puasa dah rupanya. orang semenyih or KL boleh la try ke tempat ni. lauk n kuih pun nampak sedap. harga berbaloi compare to hotel mewah kat KL

    BalasPadam
  2. wow the ramadan packages are so meaningful and so comprehensive. definitely recommending this to my muslim friends and their loved ones so they can spend the holy month with more purpose!

    BalasPadam
  3. Wah bagus juga konsep macam ni, makanan pun sedap dan harga pun berpatutan

    BalasPadam
  4. seeonoknyaa ada rabbani. suka dengan nyanyian rabbani apatah lagi di bulan ramadhan time nak berbuka dihiburkan dgn lagi2 kump ni mesti
    meggamit memori

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال