HIJABISTAHUB PERKENAL JENAMA SOULTAN UNTUK KOLEKSI BAJU MELAYU

HIJABISTAHUB PERKENAL JENAMA SOULTAN UNTUK KOLEKSI BAJU MELAYU | Assalammualaikum semua! Pada 2 Mar 2023 telah berlangsung pertunjukan fesyen dari jenama HijabistaHub bagi memperkenalkan koleksi raya 2023 yang menampilkan Baju Melayu Soultan dan Kurung Klasik. 

Kesemua koleksi busana raya 2023 diperagakan dengan dekorasi royal bak istana kayangan. Ini menunjukkan bahawa pakaian tradisional kita tidak akan ditelan zaman. Ia adalah jati diri kita sebagai masyarakat melayu Islam. Setuju jika Ruby mengatakan ramai lelaki di luar sana akan auto kacak bergaya apabila memakai baju melayu? Nak tahu benar atau tidak, anda boleh lihat koleksi pakaian yang digayakan oleh selebriti dan influencers semasa acara ini berlangsung. 

Malah Kurung Klasik juga tampak mempersona digayakan di pentas peragaan. Siapa bilang gadis melayu tak menawan...  Tak menarik hati tiada memikat... ewahh nyanyi lagu Jamal Abdillah pula kan. Dapatkan baju raya anda sekeluarga di HijabistaHub sekarang okay? Stok makin susut Ruby tengok di laman web dan tiktok. Hahaha.

HIJABISTAHUB PERKENAL JENAMA SOULTAN UNTUK KOLEKSI BAJU MELAYU


Dari kiri, Aeril Zafrel, Encik Ahmad Syafiq Hilmi; Pengarah HijabistaHub, Puan Wanie Elena; Pengasas HijabistaHub dan Wawa Zainal

HijabistaHub merupakan sebuah jenama pakaian wanita yang sudah mula bertapak sejak tahun 2016. Pertunjukkan fesyen yang diadakan ini merupakan acara yang julung kalinya diadakan setelah 8 tahun berada di dalam industri fesyen tanah air. Jenama yang saban tahun membina nama ini mungkin tidak asing lagi bagi kaum wanita terutamanya. 


Acara tersebut telah berlangsung di JW Mariott Hotel, Kuala Lumpur bertemakan Royale Night dan dihadiri lebih daripada 300 jemputan yang kebanyakkannya merupakan selebriti terkemuka dan pempengaruh media sosial. 

JENAMA SOULTAN UNTUK BAJU MELAYU


Pembukaan acara berkenaan dimulakan dengan memperkenalkan satu jenama baru iaitu Soultan yang membawakan koleksi Baju Melayu. Jenama Soultan ini merupakan hasil kolaborasi bersama pelakon popular tanah air, Aeril Zafrel. Perbarisan berpanji yang membawa keris ke pentas utama membuka tirai sebagai simbolik pelancaran kepada jenama berkenaan. 


HIJABISTAHUB DAN SOULTAN DIBAWAH SATU BUMBUNG YANG SAMA


Menurut Encik Ahmad Syafiq Hilmi; Pengarah HijabistaHub, "HijabistaHub bermula pada tahun 2016 yang diasaskan oleh Puan Wanie Elena. Kemudian saya menyertai HijabistaHub setelah menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam. Pada ketika itu, kami masib belum mendirikan rumahtangga. 

2023 merupakan tahun ke-8 HijabistaHub. Permulaan HijabistaHub dari awal adalah secara sendirian tanpa bantuan modal dan kewangan. Kami bermula kosong, kemudian dari berdua, sekarang kami ada 100 orang pekerja. Pada tahun 2017 dan 2018 adalah tahun yang mencabar kerana terlalu selesa sehingga tidak mahu belajar tentang perniagaan dalam talian dan media sosial. Stok berbaki dan hutang keliling pinggang. HijabistaHub terus bangkit dengan bantuan dari keluarga dan kenalan. 2019 dan 2020 adalah tahun kami dikenali ramai dan mendapat perhatian semua. Ia adalah permulaan buat kami.

Ramai menyukai koleksi pakaian yang kami sediakan walaupun nama jenama HijabistaHub seakan-akan hanya untuk tudung sahaja. Namun, lama kelamanaan, kami menyediakan pakaian untuk sesisi keluarga dengan pilihan lebih trendy dan masih mengekalkan nilai tradisional. Sepanjang pandemik COVID-19, HijabistaHub terus bertahan dan meneruskan perniagaan seperti biasa dengan peningkatan pelanggan dari seluruh Malaysia dan luar negara.

Tahun 2021 adalah permulaan kami bekerjasama buat pertama kali bersama Wawa Zainal, hasil kejayaan pada tahun itu diteruskan pada tahun 2022 dan disertai oleh Aeril Zafrel untuk koleksi baju melayu HijabistaHub. 

Pada tahun 2023, jenama Soultan diwujudkan untuk mengasingkan di antara HijabistaHub yang fokus kepada pakaian wanita. Walau bagaimana pun, platform jualan masih dikekalkan di HijabistaHub. 
Baju Melayu Aeril Zafrel diberi nafas baru dengan elemen lebih kemelayuan yang menampilkan butang baju melayu custom berbentuk keris. Maka, itulah kisah tertubuhnya jenama Soultan." jelasnya.

AERIL ZAFREL CEREWET KE?


Menurut Aeril Zafrel, "Nama Soultan ini adalah pilihan beliau semasa perbincangan suatu ketika dulu. Saya pilih Soultan sebab ia lambang kemegahan, kelelakian dan Soul itu jiwa. Soultan itu kebanggaan apabila dipakai. Sebelum ini saya custom baju melayu dengan HijabistaHub. Label baju melayu HijabistaHub macam tak kena. Nak bawa nama Hijab seperti tak sesuai. Maka lahirlah Soultan. 

Saya mempunyai pengalaman menjual baju melayu selama 5 tahun dan saya tahu ramai akan tetap menyukai Baju Melayu tradisional untuk dipakai di pagi raya nanti. Potongan cantik, warna menarik dan material selesa. Pasti ramai menyukainya. 

Saya memang sangat cerewet dan Encik Syafik mengetahuinya. Saya ingin baju melayu yang selesa dan keselesaan ini saya ingin para pengguna juga menikmatinya pada hari raya nanti. Baju Melayu sentiasa di hati kita semua. Sesiapa pakai Baju Melayu Soultan akan automatik handsome.

Baju Melayu Soultan tersedia dalam 18 warna kesemuanya. Material Zara memeri dan mesra wudhu. Ada zip sorok di bahagian pergelangan tangan dan sisi kanan baju. Setiap pembelian akan menerima butang baju melayu berbentuk keris dan sapu tangan untuk diletakkan di poket bahagian dada kiri. 

Baju Melayu Soultan tersedia dari saiz XS hingga 2XL. Harga bermula dari RM 189 - RM 269. Dapatkan di butik, secara dalam talian dan di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 yang bakal berlangsung pada 14-17 April 2023 di MITEC", jelasnya.

SKETSA PUTERI SALJU DAN 7 ORANG KERDIL


Kisah-kisah puteri di dalam kartun Disney's sentiasa terpahat di hati kita semua. Malah, apabila ia di angkat sebagai persembahan dalam transisi pentas fesyen. Kisahnya lebih jelas bahawa setiap insan dilahirkan berpasangan. 

Jangan hanya faham bahawa dengan ciuman, akan menyedarkan Puteri Salju. Tetapi fahami simbol kekeluargaan. Nostalgia raya pasti menggamit memori. Jadi, dapatkan pakaian raya anda sekeluarga segera! Beli awal, tak kalut. 


BAJU MELAYU SOULTAN UNTUK ANAK DAN BAPA

Penghasilan Baju Melayu Soultan bukan hanya untuk orang dewasa sahaja. Malah ia juga tersedia untuk anak-anak lelaki. Warna yang sama dan material yang sama.

KLASIK RAYA BY HIJABISTAHUB


Selain itu, pelbagai koleksi pakaian bagi wanita yang ditampilkan dalam pertunjukkan berkenaan yang berunsurkan elemen moden klasik dengan sentuhannya yang begitu menawan. 

Dalam pada itu, turut ditampilkan empat koleksi eksklusif daripada artis wanita popular Wawa Zainal yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kehadiran beberapa orang kerdil dengan mengusung Wawa Zainal ke pentas utama menjadikan gimik yang sangat istimewa sebelum pengenalan kepada koleksi berkenaan.

Koleksi yang ditampilkan oleh HijabistaHub ini membuktikan bahawa kualiti dan karya jenama tempatan juga mampu untuk berada setanding dengan hasil karya jenama antarabangsa diluar sana. Dalam ucapan oleh pengarah HijabistaHub juga menyebut bahawa impian mereka yang ingin direalisasikan untuk membawa jenama ini lebih jauh dan lebih dikenali.

Pada tahun ini, HijabistaHub menampilkan sebanyak 34 koleksi pakaian wanita yang boleh digandingkan bersama pakaian kanak-kanak perempuan. Malah, warna tersebut juga terdapat pada koleksi Baju Melayu Soultan. Tona warna yang sama di antara pakaian dewasa dan kanak-kanak memudahkan anda untuk berpakaian sedondon pada Aidilfitri nanti. 

HIJABISTAHUB TEJA KURUNG



Teja Kurung terdapat dalam empat warna iaitu Black, Dusty Pink, Misty Blue dan Green Tea. 

TEJA KURUNG DEWASA
Harga: RM 209
Saiz: XS - 4XL

TEJA KURUNG KIDS
Harga: RM 129
Saiz: Terdapat 6 saiz dari usia 1 - 12 Tahun. (1-2, 3-4, 5-6, 7-8, 9-10 dan 11-12)

HIJABISTAHUB TAHIRA KEBAYA



Tahira Kebaya terdapat dalam lima warna iaitu Lilac, Aqua Blue, Dusty Pink, Burgundy dan Black

TAHIRA KEBAYA DEWASA
Harga: RM 249
Saiz: XS - 2XL

TAHIRA KEBAYA KIDS
Harga: RM 139
Saiz: Terdapat 6 saiz dari usia 1 - 12 Tahun. (1-2, 3-4, 5-6, 7-8, 9-10 dan 11-12)

HIJABISTAHUB DAHLIYA KEBARUNG



Dahliya Kebarung terdapat dalam empat warna iaitu Burnt Orange, Black, Nude dan Brown.

DAHLIYA KEBARUNG DEWASA
Harga: RM 199
Saiz: XS - 2XL

DAHLIYA KEBARUNG KIDS
Harga: RM 129
Saiz: Terdapat 6 saiz dari usia 1 - 12 Tahun. (1-2, 3-4, 5-6, 7-8, 9-10 dan 11-12)

HIJABISTAHUB VANESSA KURUNG



HIJABISTAHUB KAMILIA KURUNG



HIJABISTAHUB SEROJA KEBARUNG


KOLEKSI RAYA HIJABISTAHUB


Turut ditampilkan dalam pertunjukkan fesyen ini barisan selebriti-selebriti antaranya ialah Alif Aziz & Bella Astilah, Mawar Rashid & Raf Yaakob, Amyra Rosli & Iman Troye. Tidak ketinggalan mereka memperkenalkan barisan pempengaruh media social yang tidak asing lagi iaitu, Ryan Bakery & Boss James selain persembahan oleh Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel. Kemeriahan sambutan pertunjukkan festyen berkenaan turut dirasai oleh semua yang hadir. 

ANUAR ZAIN



ERNIE ZAKRI & SYAMEL



IZWANI MERICAN


IMAN TROYE


RYAN BAKERY



BOSS JAMES 


AERIL ZAFRIL DAN WAWA ZAINAL


ALIF AZIZ DAN BELLA ASTILLAH



MAWAR RASHID DAN RAF YAAKOB


AMAR BAHRIN DAN AMYRA ROSLI 


FAUZI NAWAWI DAN LISDAWATI


HIJABISTAHUB RASMI SEBAGAI OFFICIAL BRONZE PARTNER 2023 KELAB BOLA SEPAK SELANGOR


Kelab Bola Sepak Selangor, Selangor FC telah mengumumkan HijabistaHub sebagai rakan rasmi atau ‘Official Bronze Partner’ terbaru bagi mengharungi Liga Malaysia musim 2023 selepas selesai majlis menandatangani dokumen perjanjian kerjasama antara kedua-dua belah pihak pada 27 Januari 2023.

Kerjasama ini bakal menyaksikan penjenamaan HijabistaHub akan dipamerkan dibelakang jersi Selangor FC, selain di stadium pada hari perlawanan, aset digital Selangor FC, potensi penghasilan produk bersama serta penampilan pemain Selangor FC untuk produk mereka.

DAPATKAN KOLEKSI RAYA HIJABISTAHUB SEKARANG!


Sementara itu, HijabistaHub juga mengumumkan sebahagian koleksinya sudah boleh didapati di laman web rasmi mereka www.HijabistaHub.com dan butik mereka di Setia Alam, FourSeason Kuala Lumpur, Kelantan dan booth mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru. Jangan lupa untuk ikuti mereka di platform media sosial untuk segala info yang terkini. 

MENGENAI HIJABISTAHUB


Ditubuhkan pada 2016, HijabistaHub merupakan syarikat jenama pakaian tempatan memfokuskan pada pakaian yang sederhana moden, canggih dan kontemporari bersesuaian untuk kaum wanita dan lelaki masa kini. 

Dimiliki oleh pasangan suami isteri iaitu Encik Ahmad Syafiq Hilmi, Pengarah HijabistaHub dan Puan Wanie Elena, Pengasas HijabistaHub. 

Kini, HijabistaHub memiliki tiga butik di semenanjung Malaysia, HijabistaHub melengkapkan keperluan penting dalam almari pakaian seseorang kerana setiap koleksi diutamakan dengan keselesaan, praktikal dan serba boleh dan juga melengkapkan pakaian seisi keluarga untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

7 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. that is such a beautiful and incredible traditional yet modern collection. i am definitely bringing my partner here for shopping soon ahead of raya!

    BalasPadam
  2. Wow the launch was so grand, i like their kebaya collection, its so elegant.

    BalasPadam
  3. Wahhh meriah and cantik sungguh collection Raya tahun ni from them kan! Big name juga rupanya, siap jadi sponsor ye! 👍🏻 kena check out this la.. banyak artists pun go for this!

    BalasPadam
  4. Ohh wowo.... I'm totally in love with all the beautiful designs done by HijabistaHub. All these collection dure gonna gain lots of Muslims buyers this Raya celebration. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  5. good job to HijabistaHub. all the clothes feature here is so elegant and nicely design

    BalasPadam
  6. terletak cantik rekaan baju dia.. suka tengok.. nanti bolehla cari koleksi baju raya kat sini

    BalasPadam
  7. Baju2 kurung HijabistaHub tak pernah tak cantik. Padan lah dengan harga dia kan. Now ada baju melayu juga. Senang nak sedondon masa raya nnti.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال