KEKASIH BY THE MELVINS LANCAR SET EDISI RAYA 2023 ISTIMEWA BERSAMA PEMBAYANG MATA BAHARU | Assalammualaikum semua! Pertama kali Ruby dapat melihat keempat-empat adik beradik The Melvins di acara pelancaran set Edisi Raya 2023. Mencuit hati melihat gelagat mereka, rindu gelagat adik-beradik kecoh macam ni. KEKASIH by The Melvins merupakan jenama barisan kosmetik yang sempurna untuk wanita yang ingin menambah semangat dan warna dalam kehidupan seharian mereka.
Ditubuhkan pada tahun 2020, KEKASIH ialah jenama kosmetik yang diasaskan oleh adik-beradik, DS Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin, Syifa Melvin dan Syida Melvin. Komited memberikan yang terbaik dari segi perkhidmatan, kualiti produk serta mengekalkan harga yang sangat berpatutan menjadikan jenama KEKASIH by The Melvins pilihan ramai pengguna dari pelbagai peringkat usia.
KEKASIH BY THE MELVINS LANCAR SET EDISI RAYA 2023 ISTIMEWA BERSAMA PEMBAYANG MATA BAHARU
KEKASIH by The Melvins, cipta hiburan dalam dunia kosmetik. Umum mengetahui karakter yang lucu adik-beradik ini sering menjadi ikutan kerana jujur dalam membuat ulasan dalam apa sahaja isu semasa dan tidak ketinggalan dalam keseronokan menjaga kecantikan wajah.
Dari perkongsian tentang kecantikan, maka wujud lah produk KEKASIH by The Melvins yang ceria. Setiap produk yang dikeluarkan mempunyai signature tersendiri. Memandangkan 4 adik-beradik ini memiliki minat yang sama dalam bidang kecantikan, maka lahirlah kepelbagaian label nama unik dan jenis warna yang berbeza. Tetapi diserikan seperti dalam koleksi Lip Cloudy, Lip Gloss, Eye Shadow dan lain-lain. Comel kan?
Terkenal dengan tagline "Satu KEKASIH cukup ke?" Itu tagline yang dibawa empat beradik yang cukup riuh dan kecoh ketika megadakan sesi siaran langsung di TikTok. Malah para ejen juga menyahut dengan "Memang Tak La!". Disclaimer, tagline ini hanya untuk produk KEKASIH by The Melvins sahaja ya. Tidak kena mengena dengan kehidupan mana-mana pasangan kekasih atau penyondol. Produk KEKASIH by The Melvins sudah semestinya tidak akan cukup satu. Nanti nak warna lain, nak maskara, nak eye liner dan lain-lain. Hehe.
Pekat dengan dialek utara mereka 4 beradik dan saling berbalas cakap semata-mata bagi mempromosi dan menjual produk, sudah cukup untuk membuktikan bagaimana komitednya mereka dalam berniaga. Produk info semua dalam ingatan masing-masing. Riuh!
Dengan hanya meletakkan diri mereka sebagai wajah dan pengasas, KEKASIH yang menampilkan Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33; Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32; Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29; dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26, kian dikenali dan berada di kelas tersendiri.
Bukan sahaja cantik tetapi turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Bahkan, mereka bijak dalam mencorak kehidupan masing-masing dan peminat sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan semasa mereka.
Keakraban The Melvins ini tidak dapat dinafikan hingga berjaya mengasaskan KEKASIH yang kini sudah mencecah usia empat tahun di pasaran. Sebagai hadiah kepada peminat dan pelanggan setia mereka, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, KEKASIH muncul dengan rangkaian produk edisi RAYA KEKASIH iaitu kosmetik dan moisturiser.
EDISI RAYA 2023
Mewakili adik beradiknya, Syatilla Melvin atau mesra disapa Tila berkata, edisi raya KEKASIH menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa dengan unit yang terhad.
"Sempena sambutan hari raya tahun ini, kami melancarkan edisi baharu KEKASIH. Edisi ini kiranya berwajah baharu. Edisi ini menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan moisturiser. Macam kosmetik tu ada empat warna 'best selling' yang mana kami keluarkan semula seperti maskara, pengapit bulu mata, dan pertama kali keluarkan pembayang mata."Insya-Allah, untuk kedua-dua rangkaian produk ini kami keluarkan antara 50,000 hingga 60,000 unit saja. Jadi, memang terhad. Nama pun istimewa, jadi kami mahu semua pelanggan kena dapatkan segera."Dari segi harga pula, satu pek RM19 dan paling mahal pun RM69. Dalam erti kata lain, kalau beli semua tak sampai RM100," katanya.
9 DALAM 1 SET RAYA 2023 KEKASIH BY THE MELVINS
KEKASIH sangat terkenal dengan tiap produk yang dibeli, mesti akan dapat hadiah. Untuk edisi raya 2023, KEKASIH menyediakan kotak kecantikan yang mengandungi 9 barang. Harga asal RM 200++, namun dijual pada harga RM 159 sahaja! Sangat berbaloi-baloi!
Di dalam kotak kecantikan ini terdapat:
1. LIPCLOUDY - Mamayong (Harga Asal: RM 19.90)
2. LIPCLOUDY - Makngah (Harga Asal: RM 19.90)
3. LIPCLOUDY - Maknjang (Harga Asal: RM 19.90)
4. LIPCLOUDY - Diana (Harga Asal: RM 19.90)
5. LIPGLOSS - Samantha (Harga Asal: RM 25.00)
6. KEKASIH EYESHADOW Pallete High Pigmentation 2 Matte, 2 Glitter, 4 Warna (Harga Asal: RM 49)
7. KEKASIH Eye Brow Kayu (Gift)
8. Hijab Mata KEKASIH Mascara Red Edition (Harga Asal: RM 49)
9. Eye Lash Curler (Gift)
Teruja dengan semua senarai produk Edisi Raya 2023 KEKASIH by The Melvins. Pre-order segera!
4 TAHUN USIA KEKASIH BY THE MELVINS DAN TERUS MELANGKAH
Berkongsi lanjut, Tila yang juga pelakon berkata, dia dan adik beradik bersyukur apabila jenama KEKASIH terus mendapat perhatian dan sokongan ramai pihak. Menurutnya, resipi terbaik produk mereka kekal di pasaran adalah keberkatan hubungan adik beradik.
"Alhamdulillah, KEKASIH sudah empat tahun. Kelainan kami apa yang saya boleh tekankan adalah hubungan akrab kami adik beradik. Buat apa nak gaduh-gaduh. Ini yang membuatkan orang tertarik dengan kami dan KEKASIH. Macam sekarang kami kerap 'live' di TikTok dan orang boleh tengok macam mana mana kami berniaga di situ. Kami bersatu di situ dan itulah kekuatan kami."Mungkin produk dan kualiti sama macam orang lain, tapi sebab hubungan itu kami lain sedikit. Tengok saja kami berempat, orang sudah tahu ia KEKASIH."Dalam masa sama, tak keterlaluan jika dikatakan KEKASIH juga satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama oleh empat beradik. Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Bukan sekadar hanga-hangat tahi ayam," katanya.
Menurut Tila, berada pada tahap sekarang bukan semudah yang disangka.
"Kami juga melalui episod hitam ketika musim Covid-19. Dari situ, ia memberikan banyak pengalaman kepada kami untuk bangkit dan terus mara ke hadapan. Kami memperbaiki apa yang kurang untuk menjadi lebih baik."Pada peringkat awal perniagaan, semuanya lancar saja. Tapi, memasuki tahun ketiga, kami tak boleh terlalu selesa. Kami dah rasa kena betulkan mana-mana yang kurang. Jsuteru, tahun keempat ini, KEKASIH bangkit semula," katanya.
MALAM ANUGERAH KEKASIH BY THE MELVINS
Pada hari pelancaran Edisi Raya KEKASIH by The Melvins 2023, pihak KEKASIH HQ turut mengadakan pemberian anugerah buat ejen yang berjaya mencapai kejayaan sepanjang bersama KEKASIH by The Melvins selama 4 tahun di pasaran.
Penerima anugerah menerima trofi, sejambak bunga, wang tunai dan pakej Umrah. Di antara kategori anugerah adalah:
1. The Most Active Social Media Award
2. The Most Consistent Content Award
3. The Highest Growth & Active Award
4. The Most Target Restock Award
5. Team Spirit Award
6. The Best Attitude Award
7. Leadership Award
8. The Most Dedicated Award
Tahniah buat semua penerima anugerah. Semoga ia menjadi inspirasi untuk anda terus setia bersama KEKASIH by The Melvins. Tahniah DS Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin, Syifa Melvin dan Syida Melvin dan seluruh pasukan KEKASIH by The Melvins!
Buat anda yang ingin mendapatkan set Edisi Raya 2023 KEKASIH by The Melvins. Boleh dapatkan melalui ejen sah atau dari KEKASIH HQ.
Tags
Kecantikan