KOLEKSI RAYA 2023 BAYU SOMERSET

KOLEKSI RAYA 2023 BAYU SOMERSET | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini, Ruby telah ke Melawati Mall. Ruby nampak satu pop-up store yang menampilkan Baju Kebaya Pendek Tie Die macam ais krim Paddle Pop. Sempat juga lah Ruby tanya, harga berapa ni kakak? "RM 99 sahaja. Ada banyak lagi warna menarik." Bila dah masuk dalam kedai. Serius menarik, tertarik dan tercuba. Heiii cantiknyaaaaa. 

Rambang mata nak pilih. Material kapas dan ringan. Sesuai untuk mak mak yang nak buat macam-macam perkara. Lepas raya boleh pakai untuk pergi kerja atau majlis perkahwinan. Hadir ke parent teacher day di sekolah anak pakai baju Bayu Somerset pun cantik sopan. Jauh Ruby fikir. Hahaha. 

KOLEKSI RAYA 2023 BAYU SOMERSET

Membeli baju raya untuk para wanita seluruh alam harus bijak. Kita perlu beli dan pakai berkali-kali. Barulah jadi pengguna yang bijak. Setakat hari ini, Ruby belum jumpa baju raya selesa dengan material kapas hanya RM 99. 

Walaupun material CEY sedang viral dengan kepelbagaian rekaan pakaian, anda pasti mendambakan material kapas yang lebih menyerap peluh, berangin dan selesa. Hahaha. Nak cari pakaian material kapas, meh Ruby perkenalkan jenama Bayu Somerset.

Bayu Somerset dikenali dengan pelbagai rekaan yang menarik tapi masih mengekalkan nilai tradisional. Jenama Bayu Somerset ditubuhkan pada 2021, bermula dengan keinginan untuk wanita tampil feminin dan bergaya. 

'A new kind of comfort' akan menjadi penanda aras kerana matlamatnya adalah untuk berusaha untuk menjadikan fesyen terbaik yang paling selesa, corak bertekstur yang ringkas namun bergaya dan dijual pada harga mampu milik.

Seperti kebanyakan wanita di luar sana, memakai pakaian tradisional dengan sedikit keanggunan di dalamnya benar-benar menonjolkan keperibadian seseorang individu.  

Matlamat kami adalah untuk menjadikan koleksi kami menjadi pakaian harian untuk anda pakai pada bila-bila masa dan di mana sahaja, sesuai untuk sebarang majlis.

Pelbagai jenis rekaan dan corak dibuat untuk anda pilih berdasarkan kegemaran anda. Koleksi Bayu Somerset dibuat paling dekat dengan hati, dibuat agar sesuai dengan deria gaya unik mana-mana wanita. 

Sedikit cerita di sebalik nama Bayu Somerset, Bayu menggambarkan ketenangan, manakala Somerset berasal daripada inspirasi bos wanita kami untuk mengimbau kembali zaman lama melepak di sebuah daerah di UK yang dipanggil 'Somerset' pada musim panas.  

Apabila anda memikirkan Bayu Somerset, pemandangan Somerset yang menakjubkan akan terlintas di fikiran anda. 

Bayu Somerset telah melancarkan koleksi Raya 2023 pada 11 Mac yang lalu di Setia City Mall, Setia Alam dengan rekaan terbaharu yang ceria dan selesa. Sebanyak sepuluh koleksi baharu untuk Raya 2023. Antaranya adalah Elora, Floral, Tie Dye, Niaasom, Bungadanbintang, Merdu, Pop dan Premium Bersulam

BUNGADANBINTANG

TIE DIE

NIAASOM

ELORA


FLORAL

POP

MERDU

Di antara selebriti tempatan yang hadir semasa pelancaran adalah Elfira Loy, Niaasom, Nadiah Halim, Nina Khalil dan Ezlisa Loy. 

Bayu Somerset, merupakan jenama baju di Malaysia yang menghasilkan Baju Kurung dan Baju Kebaya unik yang diperbuat dari fabrik kapas. Sememangnya terkenal untuk penggunaan di iklim panas lembab di Malaysia. Setiap rekaan diperbuat dari cetakan fabrik yang elegan dan selesa untuk digunakan. 

Bersempena Hari Raya 2023, Pengasas dan Pengarah Kreatif iaitu Diana Kamalul mula merancang rekaan fabrik lebih awal. Beliau juga telah bekerjasama dengan illustrator tempatan yang terkenal iaitu Niaasom dan Kirin dari Bungadanbintang


Koleksi Raya 2023 ini sangat istimewa buat pemilik Diana Kamalul dan suami Emir Fauzi kerana ia tahun kedua mereka memulakan syarikat Bayu Somerset, tahun pertama jumlah jualan adalah sebanyak 7 angka, manakala sasaran untuk tahun kedua adalah untuk menyampai jualan sehingga 8 angka. 

Mereka berdua meninggalkan pekerjaan korporat sebagai jurubank dan mengambil peluang pada sesuatu yang tidak dirancang sama sekali. Mereka bagaimanapun telah berjaya mencipta jenama pakaian yang mencetuskan kemampuan dan keselesaan. 

Menurut Emir, Ketua Eksekutif “Untuk koleksi raya 2023, kami lebih kepada pencetakan fabrik yang warna-warni, menampilkan garisan elegan. Kami teruja kerana ia juga merupakan koleksi ibu anak perempuan pertama yang kami lancarkan, kami mempunyai 133 corak untuk dipilih” tambahnya lagi  “Pilihan yang pelbagau ini diharapkan sesuai untuk semua orang dan harga jualan kami sangat berpatutan”

Nia daripada jenamanya Niaasom, seorang individu muda yang berbakat dan ceria. Bayu Somerset dan Nia bekerjasama untuk menghasilkan palet warna unik bagi koleksi Baju Kebaya Raya 2023. 

Diana berkata "Nia memang gemar melukis bunga; ilustrasinya memang sesuai dengan gaya baju kebaya yang kami hasilkan. Saya memang terharu dengan bakat melukisnya, saya seronok kolaborasi dengan Nia untuk mencipta kolesi Niaasom ini. Saya memang berharap berkerjasama dengan bakat tempatan yang lain pada masa hadapan, jangan risau pasti banyak lagi koleksi baru akan datang!”

“Sebagai tambahan kepada cawangan di Setia City Mall, kami merancang untuk membuka beberapa lagi kedai dalam masa terdekat ini. Kami juga mendapat sambutan dari Singapura, jadi kami akan berada di Dewan Konvensyen Suntec, Singapura pada 17 Mac ini. Memang jenama ini berkembang dengan pantas, saya yakin dengan kerjasama semua dan sokongan tidak berbelah bahagi kakitangan di syarikat, saya dapat mencapai matlamat kami” tambah Emir Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif Bayu Somerset.

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi Bayu Somerset, anda boleh berkungjung ke pop-up raya booth yang terletak di AEON Shah Alam, Melawati Mall, SOGO KL, ISETAN KLCC, Sunway Putra Mall dan Lazada X Riuh. Jemput datang ke kedai pop-up Bayu Somerset, anda boleh merasai material kain kapas yang digunakan dan melihat cetakan yang berwarna warni ini dengan lebih jelas.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال