MUZIK VIDEO GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA INSPIRASI DARI KEHIDUPAN MASYARAKAT HARI INI | Assalammualaikum semua. Pada 27 Mac 2023 yang lalu Ruby telah hadir ke majlis pelancaran muzik video Guardian Raya Untuk Semua. Tahniah Guardian Malaysia! Finally! Muzik video raya Guardian ada gaisss. Sebab Ruby amat menantikan promo video raya begini dari Guardian. Boleh la join sekali jenama lain memeriahkan persiapan Aidilfitri. Hehehe.
Gandingan hebat penyanyi kesayangan ramai Amy Mastura dan Sham Visa. Lepas tu ada pula penampilan pemenang The Face of Healthy Beauty Guardian iaitu Yasmin Khalid, Dr Amanda, Afeefa Ooi dan Puteri Shazwani. Meriah muzik video dengan jalan cerita kehidupan mereka yang sebenar. Ruby mengikuti perkembangan mereka berempat dan berasa ia sangat dekat dengan kisah masyarakat kita hari ni.
MUZIK VIDEO GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA INSPIRASI DARI KEHIDUPAN MASYARAKAT HARI INI
Guardian Malaysia hari ini mengadakan tayangan perdana ‘Guardian Raya Untuk Semua’, video Raya Guardian untuk Hari Raya 2023, bersempena dengan pelancaran tawaran Hari Rayanya yang menakjubkan!
Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata;
“Video Raya 2023 kami, bertajuk ‘Guardian Raya Untuk Semua’, dihasilkan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan nilai-nilai kekeluargaan, terutamanya di masa-masa berharga seperti Hari Raya.“Kami turut menggunakan kesempatan ini untuk menyerlahkan peranan Guardian dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dengan membantu mereka berhari raya secara sihat dan bergaya, menerusi tawaran pelbagai produk kesihatan dan kecantikan hebat pada nilai yang lebih baik tahun ini!” jelas beliau di majlis tayangan video raya dan berbuka puasa bersama media.
Video Raya tersebut, yang menampilkan lagu berirama joget yang rancak oleh Guardian, dibangunkan dengan tema - ‘Keluarga yang ceria bersama, kekal bersama’ (A family that plays together, stays together).
Di sebalik perbezaan mereka, berlainan personaliti dan perangai, apabila seisi keluarga bersatu, mereka teguh ibarat sebuah rumah yang kukuh, saling membantu antara satu sama lain agar hubungan lebih harmoni dan gembira.
Teo berkata: “Di Guardian, kami meraikan kelainan dan kepelbagaian. Guardian adalah untuk semua. Tidak kira siapa anda, apa keperluan anda, usia atau jantina anda, Guardian adalah jenama yang memenuhi segala keperluan kesihatan dan kecantikan anda, menyatukan keluarga dan kami akan sentiasa bersama anda.”
Apa yang menjadikan video Raya kali ini berbeza daripada yang sebelumnya adalah, untuk video Raya tahun ini, Guardian menampilkan empat pelanggan setia Guardian. Empat wanita ini merupakan antara finalis Peraduan Face of Healthy Beauty Guardian yang diadakan pada 2019.
Teo berkata, keempat-empat wanita ini; Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi, adalah pelanggan setia Guardian dan merupakan testimoni hidup Healthy Beauty - konsep kehidupan yang diperjuangkan oleh Guardian dalam semua acaranya.
“Kami sangat berbangga dengan mereka sehingga kami memberikan gelaran ‘Ikon Healthy Beauty’ kepada keempat-empat wanita ini,” jelas Teo.
PROMOSI GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA
Untuk membantu pelanggan kekal sihat dan cantik menjelang Hari Raya, Teo turut mengumumkan tawaran ‘Raya Untuk Semua’ Guardian yang menampilkan promosi penjimatan sehingga 50% yang akan bermula di semua stor fizikal dan dalam talian mulai 30 Mac 2023.
Antara tawaran istimewa Hari Raya termasuk:
✅️ Percuma Beg Penyusun Kecantikan dengan pembelian RM160 dan ke atas
✅️ Percuma Set Hadiah Pinggan Seramik 3 Keping dengan pembelian RM120 dan ke atas
✅️ Percuma Bekas Kaca Meadows dengan Penutup Buluh dengan pembelian RM120 dan ke atas
✅️ Belian dengan Belian Air Fryer Mini Eksklusif 1.5L pada RM89 dan jimat 50% (tertakluk terma dan syarat)
✅️ Percuma Kupon Penjagaan Kulit RM10 dengan pembelian RM80 dan ke atas
✅️ Percuma Baucar Jenama Penjagaan Kulit bernilai RM118
✅️ Diskaun 70% untuk barangan kedua untuk produk penjagaan diri terpilih jenama Guardian
Di bulan Ramadan yang mulia ini, bulan dimana kita digalakkan untuk berusaha melakukan amalan baik dan kebajikan, pelanggan Guardian juga boleh membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia dengan membeli mana-mana produk mandian jenama Guardian. Untuk setiap liter yang dijual, Guardian akan mendermakan RM0.15 ke tabung yang telah diwujudkan untuk membeli produk penjagaan mandian untuk mereka.
“Jadi, rebutlah tawaran menakjubkan yang telah kami sediakan untuk anda sempena Hari Raya ini. Pastikan anda kelihatan segak, anggun dan sihat apabila pulang menziarahi sanak saudara di kampung di Hari Raya nanti,” kata Teo mengakhiri.
VIDEO MUZIK GUARDIAN RAYA UNTUK SAMA
Video Hari Raya ‘Raya Untuk Semua’ Guardian boleh ditonton dengan mengakses pautan ini: https://youtu.be/PSbunZ8FYr0
#guardianraya2023 #guardianmy
Tags
Berita
Baru habis tonton muzik video Guardian. Meriah sungguh ya. Paling best watak mak yang dibawa oleh Amy Mastura. Macam adik-beradik je... hahaha!
BalasPadamwahh guardian pun ada muzik video. best jugak videonya. paling best kalau dapat beli air fryer mini tu hahahahaha
BalasPadamMemang suka tengok iklan raya Guardian ni. Ceria dan meriah. Baru habis tengok muzik video ni, memang best.
BalasPadamMemang meriah the launch event, love their raya muzik video and also their promos.
BalasPadamMenarik muzik video dia, macam macam ragam anak lagi lagi semua anak perempuan haha..mula2 ingat kaklong tu balik kampung pakai baju tidur, dari jauhnampak mcm baju tidur heehe
BalasPadamOhh wow ....Guardian Muzik video looks so so exciting festive, nice one , I'm so tempting to own the mini air fryer la 😆 cheers SiennyLovesDrawing
BalasPadamNell suka la muzik video Guardian tahun ini, so relatable kan walaupun adik beradik masing2 ada characters tersendiri, but when come to this, we are all united, and best part Guardian can cater for all of us on our needs... ini barulah Guardian Raya Untuk Semua...
BalasPadamsuka dengan bait dan tempo muzik video guardian ni.. catchy sangat.. video pun sangat cantik
BalasPadambest, macam-macam promosi sekarang ni, dapat air fryer jimat lagi, memang terbaik
BalasPadam