ROCHE ANJUR WEBINAR MEMIMPIN KESAKSAMAAN DAN KEADILAN BERSEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2023

ROCHE ANJUR WEBINAR MEMIMPIN KESAKSAMAAN DAN KEADILAN BERSEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2023 | Assalammualaikum semua. Pada 8 Mac bersempena Hari Wanita Sedunia 2023, Ruby berbesar hati dapat memanfaatkan hari tersebut dengan menyertai Sesi Perbincangan melalui Zoom iaitu topik Leading for Equality & Equity: How far have we already come towards gender equity in our nation? (Memimpin Kesaksamaan & Keadilan: Sejauh manakah telah kita capai dalam kesaksamaan jantina di negara kita?)

Topik yang menarikkan? Apa yang lagi menarik adalah barisan panel yang turut serta. Beliau adalah Datin Paduka Marina Mahathir, Penulis & Aktivis; Cindy Sirinya Bishop, Duta Muhibah (Goodwill) Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Asia Pasifik, Thailand; Deepti Saraf, Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn. Bhd dan Yeoh Ying Ying, Pengurus Besar Roche Singapore Pte Ltd. 

ROCHE ANJUR WEBINAR MEMIMPIN KESAKSAMAAN DAN KEADILAN BERSEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2023 


Moderator sepanjang program adalah Freda Liu BFM yang sememangnya berpengalaman dalam mengupas isu semasa berkaitan isu semasa di Malaysia dan dunia. Bersempena Hari Wanita Antarabangsa, Roche Malaysia, Thailand dan Singapura menganjurkan satu webinar yang bertajuk “ Menerajui Kesaksamaan & Keadilan: Sejauh manakah telah kita capai dalam kesaksamaan jantina di negara kita?”

Di samping meraikan kepimpinan wanita, sesi tersebut juga bertujuan untuk memberi penekanan terhadap keperluan keadilan untuk mencapai kesaksamaan jantina serta keupayaan mengubah kesihatan pesakit menerusi perkongsian wanita inspirasi yang telah memberikan impak positif dalam industri masing-masing.


Barisan panel pemimpin wanita dari rantau Asia Pasifik ini terdiri daripada Datin Paduka Marina Mahathir, Penulis & Aktivis; Cindy Sirinya Bishop, Duta Muhibah (Goodwill) Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Asia Pasifik, Thailand; Deepti Saraf, Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn. Bhd dan Yeoh Ying Ying, Pengurus Besar Roche Singapore Pte Ltd. 

Mereka berkongsi pengalaman, pandangan dan perspektif masing-masing dalam memperjuangkan kesaksamaan jantina dalam industri yang diceburi bagi menginspirasikan kebijaksanaan, keberanian dan perubahan dalam komuniti. 

Mengulas mengenai keperluan perubahan struktur dalam komuniti, Datin Paduka Marina berkata, “Saya percaya keadilan dan kesaksamaan adalah penting bagi Malaysia dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan makmur yang akan menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi dan peluang yang saksama bagi wanita. 

Menggalakkan kesaksamaan jantina akan memperkasakan Malaysia untuk menyerlahkan potensi bakat wanita. Keadilan dan kesaksamaan bagi wanita juga akan meningkatkan keadilan sosial dan penglibatan dalam proses membuat keputusan terhadap keperluan dan kepentingan wanita.”


Deepti Saraf teguh memperjuangkan kesaksamaan kesihatan wanita memandangkan jurang yang lebih luas dapat dilihat dalam bidang penjagaan kesihatan untuk wanita. 

Beliau berkata, “Wanita membentuk 70%  daripada tenaga kerja ¹ sektor penjagaan kesihatan di peringkat global tetapi hanya 52% ² aset penjagaan kesihatan global memberi tumpuan terhadap wanita. Turut didapati bahawa wanita kurang diwakili dalam ujian klinikal, menyumbang kepada ketidaksamaan kesihatan dan ketidakadilan sosial ³.”

Beliau menambah, “Kita memerlukan lebih ramai pemimpin wanita untuk menyuarakan ketidaksamaan ini. Di Malaysia, pada masa ini wanita membentuk 40% daripada pasukan pengurusan kanan pada tahun 2022 ⁴. 

Ini tentunya satu pencapaian yang baik. Sungguhpun terdapat perkembangan positif dalam kesaksamaan jantina sejak beberapa dekad lalu, namun dunia masih belum berada pada landasan untuk mencapai mencapai kesaksamaan jantina menjelang 2030 ⁵.”

Deepti menegaskan bahawa Roche amat komited dalam penyelidikan dan perkongsian yang inklusif bagi memperkasakan infrastruktur penjagaan kesihatan buat wanita. 

“Di tempat kerja kami, kami menyokong wanita dengan membina sebuah komuniti yang sejahtera untuk warga kerja wanita, memastikan mereka mendapat pementoran dan bimbingan serta menangani kecenderungan yang tidak sedar dan kepercayaan mengehadkan yang sering didepani wanita,” katanya. 

Ying Ying Yeoh, yang percaya bimbingan dan jalinan kerjasama meningkatkan peluang untuk kesaksamaan, berkata, “Kita mampu mencapai lebih banyak sekiranya kita berkolaborasi dan menyokong satu sama lain. Sama ada bersama pasukan sendiri mahupun dengan kumpulan di luar organisasi anda, perkongsian bermatlamat akan membantu menyingkirkan pendekatan berbentuk silo atau menyendiri dan menerima kepelbagaian minda yang membawa kepada kemampanan sumber dan impak kolektif jangka panjang. 

Roche komited dalam memastikan persekitaran kerja yang inklusif kepada kakitangannya dan akan memperluaskan usaha ini bersama rakan industri agar kami sama-sama berupaya membangunkan solusi penjagaan kesihatan baharu dan lebih baik untuk semua.”


“Sebagai duta, saya akan terus menzahirkan sokongan kepada wanita dan berusaha memecahkan sempadan kesamaan jantina institusi yang wujud,” ujar Cindy Sirinya Bishop. 

Tambahnya, “Memperjuangkan kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita membantu untuk mencabar peranan jantina dan norma-norma biasa yang mengehadkan potensi wanita dan mengekalkan keganasan berasaskan jantina. 

Usaha-usaha mewujudkan kesedaran juga membolehkan individu untuk mengetahui hak mereka dan mengambil tindakan untuk menangani ketaksamaan yang dihadapi wanita dalam masyarakat.

Sebagai ibu bapa, kita perlu mendidik anak-anak dari rumah agar menghormati dan menghargai setiap insan terutamanya wanita. Kita hidup harmoni bersama walau di mana anda berada.”


Apakah cabaran Datin Paduka lalui dalam meningkatkan kesaksamaan dan keadilan jantina di Malaysia?

Sangat banyak cabaran, salah satu adalah untuk memperdengar suara wanita kerana di Malaysia adalah terhad. Stigma terhadap wanita telalu banyak yang tidak membenarkan kita bersuara. Ramai tidak mahu wanita memberi pendapat tentang banyak perkara. Seperti yang berlaku sekarang banyak program tentang Invest Malaysia tetapi semua panel adalah lelaki. Ramai tidak mahu mendengar pendapat wanita yang lebih tahu banyak perkara.

Bagaimanakah usaha Datin Paduka dalam meningkatkan keterlihatan wanita di parlimen negara kita Malaysia dalam kerja yang anda lakukan? 


Menurut Datin Paduka Marina Mahathir, “Saya sentiasa terlibat dalam memberi kesedaran melalui kerjasama bersama NGO agar dapat mempromosi kempen kesedaran. Malah, saya juga telah bersama-sama mendidik ramai untuk memahami peranan kita semua. Topik ini dibincangkan ke peringkat tertinggi dalam institusi kerajaan. 

Malah saya mengambil pendekatan dalam memberi pendidikan melalui rancangan 3R (Respek, Relaks, Respon), sebuah program TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka dan tanpa berselindung telah diperkenalkan pada tahun 2000 sebelum laman sosial MySpace, Friendster, Facebook, Instagram hadir dalam kehidupan harian kita.

Kesaksamaan dan Keadilan dalam semua jantina dan bangsa adalah topik yang sering diajukan. Politik kita boleh lihat di parlimen hanya 10% wanita sahaja, sedangkan semasa musim pilihan raya, wanita yang mengemudi semua kempen agar ia berjalan lancar dan putaran keadaan itu berterusan.

Kita sentiasa cuba membantu para wanita. Seumpanya, tentang kewarganegaraan anak kepada ibu warganegara Malaysia yang melahirkan anak di luar negara. Setelah banyak proses perlu dilalui, kerajaan bersetuju memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.

Ini bukan tentang keterlihatan sahaja tetapi kuasa yang penting untuk wanita. Isu ini harus dipandang serius kerana ia keutamaan dalam sebuah institusi kekeluargaan di Malaysia.”


Sebagai peneraju bidang penjagaan kesihatan, Roche menegaskan semula komitmennya untuk mempertahankan kepelbagaian dengan memberikan galakan aktif dan menambah bilangan wanita dalam jawatan-jawatan kanan serta pengurusan, pada masa sama terus mencari cara untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam projek-projek penyelidikan dan pembangunan.

Roche memegang kepercayaan kukuh dalam menerapkan rasa bangga terhadap pencapaian dalam masyarakat dan menggalakkan orang ramai untuk berusaha ke arah kesaksamaan jantina, hak wanita sertamenyokong kepelbagaian dan inklusif. 

Roche telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1950-an, ketika jualan dan pengedaran produknya diuruskan oleh pengedar pihak ketiga. Sejak itu, Roche telah membentuk operasi yang turut melibatkan Roche (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah perniagaan farmaseutikal; Roche Diagnostics (Malaysia) Sdn. Bhd., perniagaan diagnosis dan Roche Services (Asia Pacific) Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai Roche Services & Solutions APAC). 

Dengan jumlah tenaga kerja melebihi 1,000 orang, Roche telah berkembang sebagai salah satu syarikat penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia yang menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang holistik kepada pengamal perubatan dan pesakit. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.roche.com.my.

Rujukan:
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2021. Boleh didapati di: https://www.who.int/director-general/speeches/detail/who-director-general-s-opening-remarks-at-the-media-briefing-on-covid-19-1-april-2021
2. McKinsey & Company. Unlocking opportunities in women’s healthcare. Boleh didapati di: https://www.mckinsey.com/industries/healthcare/our-insights/unlocking-opportunities-in-womens-healthcare
3. Cell Reports Medicine. Boleh didapati di https://www.cell.com/cell-reports-medicine/pdf/S2666-3791(22)00059-3.pdf
4. Grant Thornton 2022. Boleh didapati di https://www.grantthornton.com.my/press/press-releases-2022/wib-2022/
5. Perubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). (2023). Gender equality and women's empowerment. PBB. Boleh didapati di : https://www.un.org/sustainabledevelopment/gender-equality

8 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. wow that is such an amazing of empowered and smart female speakers! i am a huge fan of Cindy Sirinya Bishop, she has always been leading the conversations on important topics!

    BalasPadam
  2. Wah bagusnya ada pendedahan yang baik macam ni. Yaya pun dulu memang suka tengok cerita 3R. Banyak ilmu yang kita boleh dapat tentang wanita juga

    BalasPadam
  3. Bagusnya sesi begini. Rawlins sokong - lagi2 hari nie Tan Sri MIchelle Yeoh menang plak Oscars kan! Dan yang penting salah satu tunggak SDG gak kan

    BalasPadam
  4. Wow ni betul2 program yang membuka mata & menekankan women empowerment! Menarik sangat❤️ semangat betul i membacanya!

    BalasPadam
  5. This is a great initiative for women's to share thoughts and ideas, most importantly inspire each other

    BalasPadam
  6. Yesss...Wanita . Semestinya Bangkit, Berjuang Bersama . Kita bukan lemah .. wanita kita jauh lebih mampu kehadapan. Best bila dengar talk macam ni

    BalasPadam
  7. Ohh wowo.... impressive content covered in this webinar Leading for Equality & Equity: How far have we already come towards gender equity in our nation?. Thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  8. Tahun ini banyak initiative menarik mcm platform ni kan, perfect and love topic yang dibincangkan sempena International Women Day ni 🙏🏻

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال