ROSYAM KAMBING PERAP SEDAP SAMPAI TERMIMPI-MIMPI DENGAN SOS PEDAS KOREAN PERTAMA DI MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Hari ini telah berlangsung pelancaran produk terbaharu dari Datuk Rosyam Nor iaitu produk Rosyam Kambing Perap. Fenomena kambing perap yang mudah disediakan dalam beberapa minit ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Kelainan yang disediakan oleh jenama Rosyam Kambing Perap adalah kambing perapnya diperap dengan bahan istimewa dan mempunyai dua jenis sos. Kambing perap ini dijamin juicy dan sedap sampai termimpi-mimpi.
Bagi Ruby yang berkeluarga, Rosyam Kambing Perap adalah solusi untuk kami sekeluarga menikmati kambing hanya dari rumah. Tidak perlu ke buffet Ramadan hanya untuk menikmati kambing golek pada harga ratusan ringgit dan beratur panjang. Setuju?
ROSYAM KAMBING PERAP SEDAP SAMPAI TERMIMPI-MIMPI DENGAN SOS PEDAS KOREAN PERTAMA DI MALAYSIA
Pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Rosyam Nor melancarkan Rosyam Kambing Perap dengan sos Korea Hot & Spicy yang pertama di Malaysia. Keistimewaan kambing perap ini terletak pada sosnya iaitu sos pedas Korea.
Menurut Datuk Rosyam yang juga pengasas produk terbaru keluarannya itu, kambing perap dengan sos pedas Korea adalah yang pertama di Malaysia dan beliau yakin ia bakal mendapat sambutan baik daripada pelanggan.
“Bukan sahaja Kpop menjadi fenomena di Malaysia, malah apa saja produk keluaran negara itu menjadi kegilaan ramai, jadi kami inspirasikan sos pedas Korea yang digemari ini bersama Rosyam Kambing Perap.“Pelancaran kambing perap ini juga tepat pada masanya ketika umat Islam bakal menyambut Ramadan hanya berapa hari sahaja lagi. Justeru, kambing perap boleh menjadi antara juadah berbuka puasa buat seisi keluarga dan rasanya yang pedas pasti membuka selera,” katanya.
Ujar Rosyam lagi, kambing perap itu menggunakan bahan bermutu tinggi dan premium. Selain sos pedas Korea, pelanggan juga boleh menikmatinya dengan sos BBQ.
ROSYAM KAMBING PERAP SOS PEDAS KOREAN
Sebagai peminat Kpop dan menyukai makanan Korean. Ruby letak penanda aras yang tinggi untuk Rosyam Kambing Perap Korean Hot & Spicy Sauce. Sebab Sos Korean begini agak sukar untuk dicapai jika tidak mengikut piawaian deria rasa rakyat Malaysia.
Namun, selepas Ruby mencuba. Wow! Sedap giler! Bersesuaian dengan perapan kambing. Sos pencicah Korean Hot & Spicy juga pedas manis sempurna seperti sos kita makan bersama ayam goreng di restoran Korean. Nyummmsss!
Setiap bungkusan Rosyam Kambing Perap, terdapat 1 pek kambing perap dan 1 pek sos. Setiap pek kambing perap terdapat tiga keping kambing yang telah diperap sempurna dengan bahan-bahan berkualiti. Pilihan kambing juga dari potongan bahagian premium.
Untuk keluarga Ruby, kami mesti masak 1kg Rosyam Kambing Perap bermakna 2 bungkusan. Hehehe. Kami makan pun stail macam orang Korea yang gunting daging kambing lepas dah siap masak. Gaul dengan sos perapan lagi sekali. Memang terbaikkk. Korang patut cuba!
ROSYAM KAMBING PERAP SOS BBQ
LENGKAP DENGAN SIJIL PENGESAHAN HALAL, GMP, HACCP, MESTI
Rosyam Kambing Perap dikilangkan oleh Delicious Western Sdn Bhd dengan sijil HALAL, GMP, HACCP dan MESTI. Diedarkan oleh Deliwest Marketing Sdn Bhd. Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang kualiti dan penyediaan produk. Delicious Western Sdn Bhd telah berada di pasaran sejak bertahun lamanya. Tiada masalah kekurangan stok. InsyaAllah.
Sebungkus Rosyam Kambing Perap mempunyai anggaran 500gram hingga 600gram dan terdapat tiga keping kambing perap. Rosyam Kambing Perap itu dijual pada harga asal RM43.90. Khusus untuk Ramadan ini ia dijual pada harga promosi, RM39.90 sahaja bermula dari 1 Mac hingga 9 April 2023.
Orang ramai boleh membeli Rosyam Kambing Perap melalui stokis dan ejen yang terdapat di Selayang, Klang, Puchong, Petaling Jaya, Melaka, Pasir Gudang (Johor) dan Gelang Patah (Johor).Selain itu, anda boleh membelinya di semua cawangan ST ROSYAM MART dan SRI TERNAK.
Tags
Foodie
Omg... terliur sis tengok, kena simpan stock kat rumah boleh enjoy kambing perap ni anytime
BalasPadamWahhh kena pada masanya nak bulan Ramadan ni terus banyak produk yg senang nak dimasak.. Makin maju Rosyam Noor bagua ini kita nak usahawan Melayu... Lagi bagus kalau dapat 2 3 pak ker kan heheheheh...
BalasPadam